"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Saturday, December 29, 2012

Salam Imtihan Final :)

Salam Mahabbah ^^


  Maafkan aku wahai sahabat . Bukan niat nak berdiam diri sebenarnya . Tapi tengah sebok study . hehe . Jangan ditanya kenapa aku tak on FB . Oh ye buat pengetahuan , aku ni sekarang sedang exam final . So agak jarang kalau nak On9 tu . Lepas exam kita sambung la . No hal punya .

Apa apa pun :) . Imtihan final dah dekat .



6/1 Arudh
8/1 Turki
10/1 Nathar .

InsyaAllah persiapan akan cuba buat sebaik mungkin :)

Friday, December 21, 2012

Selami Dalam-Dalam ...

Salam Mahabbah ^^

       Alhamdulillah selesai sudah program selami dalam dalam anjuran MMY dan Qisim Bahasa Arab. Alhamdulillah saya sebagai pengacara dan 4 lagi senior2 sebagai peserta berjaya sampaikan apa yang tersirat dalam bahasa arab ini sebenarnya . Dan titik tolak dari itu barulah orang kenal apa itu Bahasa Arab sebenarnya .  
      Kecil kepala rasa . Duduk dengan senior2 yang bakal khirij tak lama lagi . Ramai yang berilmu dan berpengalaman . Semoga Allah beri peluang untuk saya contohi mereka .

    Btw best team ever :) . Semua sporting semua co-operate dan mahasiwa/wi Yarmouk pun bagi kerja sama jayakan program tu . Tak pasti ada k tak orang rakam . Tapi gambor tu banyak la .

Jom tengok team Selami Dalam-Dalam  :D
































Itulah antara sedutan team Selami Dalam-Dalam . Ah Btw mereka tu senior2 yang bakal khirrij bulan 1 nanti insyaAllah . Tahun 4 semua . Kak Liyana je tahun 3 dan saya tahun 2. Nice bekerja dengan semua . InsyaAllah ada masa boleh kerja sekali lagi .

Sekian ....

Monday, December 17, 2012

-Izinkan aku memberi nasihat-

Salam Mahabbah ^^



Ye dalam dunia kita banyak lagi perkara selain cinta .
Jadi jangan targetkan hadaf hidup hanya berdasarkan perkataan C.I.N.T.A. .
Pernah diutarakan kata-kata ini oleh penulis kepada audiens , dan hasilnya aku menerima kata cacian dan habuan jerkahan serta tomahan yang menyakitkan hati .

Kata mereka aku tidak pakar dalam ilmu cinta manusia untuk menidakkan rasa asli seorang insan . Kata mereka aku tidak handal mengendalikan bait kalam ku untuk tidak mengiyakan rasa naluri seorang manusia .
Kata mereka itu dan kata mereka ini .
Kata mereka aku sialan kerana tidak pernah merasai kehidupan dalam sayang dunia .

Ya .
Aku mungkin sialan kerana mengelakkan hati ku berkelubung nafsu .
Aku mungkin hina kerana menundukkan nafsu dan memenangkan nafsi .
Aku mungkin jahil kerana tidak merasai manisnya hidup bercinta .


Tapi ....
Bukan kerana aku tidak handal ,
Bukan kerana aku sial ,
Bukan kerana aku sundal ,

Tapi kerana aku telah lama berselubung dalam fatamorgana cinta nafsu dan cinta monyet .
Tapi kerana aku sudah lama bermain kata bermanis muka .
Tapi kerana aku BOSAN dan merasa HINA .


Sahabat ..
Aku mohon jika aku banyak berdosa di hadapan mu .
Aku mohon andai aku kurang pahala di sisi mu .

Aku mohon ...
Dengari kalimah ku .
Hayati dendangan ku
Aluni melodi nasihatku .
Kerana yang berkata-kata adalah "aku"
Bukanlah aku yang "dulu"

Iktibar wahai sahabat .
Aku insan bergelumang dosa .
Bagai ingin ke syurga .
Tapi akhlak menjurus neraka .
Hidup sebagai hamba .
Namun enjoy persis tiada Pencipta .

Tapi aku mohon kata-kata ku tidak engkau siakan .
Kerana aku juga manusia yang cuba menggapai Jannah seperti mu .

Izinkan aku memberi nasihat
Kerana agama itu sendiri berunsurkan taujihad .....


-Izinkan aku memberi nasihat-

-Buluh Lentur

Wednesday, December 12, 2012

Husnu Zhon Billah :)

Salam Mahabbah ^^


    Husnuz Zhon Billah . Belum tentu ramai yang mampu bersangka baik dalam aturan Allah .
Ye termasuk lah diri yang menulis ini . Secara jujur saya sukar untuk bersangka baik dengan takdir mahupun cuba untuk bersangka baik .

   "Ye hari ni dapat markah arudh . Tup tup . Bayangkan apa yang di studykan selama 2 minggu itu tidak membuahkan hasil . Tengok markah macam tak percaya . Yang imtihan awal study 2 hari je kot. Dapat garib 20 "

    Di situlah perlunya ada hubungan dan sangka baik dengan Pencipta . Dia mungkin tidak memberikan apa yang kita nak . Tapi dia berikan apa yang kita perlu . Kita mungkin tak dapat perkara yang selalu kita kejar . Tapi kita selalu dapat sepenuhnya apa yang kita perlukan .

   Sebagai contoh saya petik kisah yang berlaku pada hari ini .

"Balik dengan mata memerah . Minda berpeluh keringat . Jiwa runtun dengan air mata . Berjalanlah aku dalam sejuk beku dunia sahara . Hidup bagai hampa . Mati umpama kecewa . Kemanisan yang dulu enak hanyalah sementara . Angin datang mampir . Bertanyakan kemana arah tujuan ?? Bayu mendekat . Mencium pipi yang terbejat dengan aluran air . Kuciwa dengan dunia maka kubawa diri ke hujung fatamorgana . Ya Allah , sia-sia masa dan waktu . Aku tak dapat nk score arudh . Dan dua minggu aku pulun , aku gomo aku baca aku hafal aku buat latihan , tapi yang aku dapat adalah markah sia-sia seperti orang yang tak pernah belajar semua ni . Aku berazam dan aku bertawakkal seperti kata2Mu , tapi kenapa ???? "

   Kemudian balik ke rumah , duduk kejap tak buat apa-apa , datanglah seorang hamba Allah , mohon ingin mendermakan sebuah almari besi . Katanya sahabat beliau lebih mendambakan keperluan itu berbanding dirinya . Tak semena-mena , hari ni dapat almari besi free .


Nampak ??? "aku" mungkin tak dapat apa yang dia nak tapi "aku" dapat apa yang dia perlu .

Bersabarlah wahai hati . Kita tgok nihae :)

Wednesday, December 5, 2012

Apa nak buat ??? Naseb lah hurm ..

Salam Mahabbah ('o')


Hurm . Jammed .
Tahun 2 kena bicarakan pasal mafhum lughah dan mafhum arab serta kandungan2 ilmu Bahasa Arab.
Mampus aku .. Hadoyaii .
Aku search perkataan arab saje dalam Lisanul Arab dah 5 muka surat pengertian dia .
Tak kire perkataan bahasa lagi .
Nak chat dengan ustaz radhi banyak2 malu .
Nak bertanya banyak2 kang tak de pasal2 .
Arghhh !!!
Kenapa aku kena jadi ahli panel ni ???!!!


Satu pun aku tak prepare nk cakap ape nanti .
Tu pun dah kira elok dah aku ni dapat pendahuluan dengan khatim .
Kalau tak mati lagi aku nak bahas bab haid dalam usul fiq . Bab dalam Iqtisad .
Bab Tib Bashari . Bab Dakwah dan sebagainya ..

Tapi kena pulak nk search pasal lughah dan arab ni dah menggilakan otak aku yang tak berapa geliga ni .
Hadoi ... Malu lah pulak nanti sangkut nk bagi pencerahan ...
Nak bertanya banyak2 malu .
Memang la malu bertanya sesat jalan .
Banyak bertanya kang orang bagi siku pulak .


Ok esok jumpa je lah mana2 doktor .


Kenapa aku ditakdirkan :(
Sepatutnya aku ni layak jaga booth je .
Kang aku auta susah pulak .
Majlis formal ...

Hadoi doi duyai .

Allah permudahkan urusan ni .
Aku malu dengan senior2 ku .
Ilmu mereka ibarat langit .
Aku hanya setitik air hujan yang tak pernah berani turun ke bumi.
Mereka mampu menyuburkan benih tuaian .
Aku hanya berdiam tanpa berganjak dari kejahilan ku .

Allah aku mohon kali ini permudahkan urusan ku .
Jadikan aku penuntut ilmu di sisi mu
Jauhkan riak .
Jauhkan takabbur .

Sesungguhnya tanpa ilmu Mu aku hanyalah sebiji batu ...

Friday, November 30, 2012

Hidup seorang hamba ...

Salam mahabbah ^^


Maaf ganggu ruang bacaan anda ..
Senyum dan angguk ..
Ye sekali lagi saya mohon maaf ... :)


Hidup sebagai hamba ...
Yep , hamba ...
Bayangkan ... Kita hanyalah hamba .. Tapi , berapa banyak nikmat yang bertaraf raja kita dapat ??

Berapa banyak ???
Tak perlu sentuh bab harta la brader ...
Tuu . Nama hang yang bukak2 mata dah terus sign nama Islam ...
Nikmat tu kalau depa tak mampu nk pikiaq jugak ... Tak usah bangkitkan hal hal lain la ...


Sebab kita ni tenggelam dalam nikmat dunia tanpa kita sedar nikmat itu adalah ujian ...
Berapa ramai yang terperangkap ?

Kita ?
Mereka ?

Pikirlah . Yang ada kat dunia ni takkan pernah kekal sampai kiamat ...
Sampai masa dunia ni hanyalah leper dilipat arus Hari Manusia Menyalahkan Satu Sama Lain .


Belum terlambat untuk bersyukur .....


-warkah umawi

Tuesday, November 27, 2012

Ilmu antara sebab tak dapat syurga ...

            Ye . Dengan kata lain atau kalimah yang lebih kasar . Dengan ilmu itu tiket kita ke neraka . Semua manusia tahu dan semua manusia faham apakah kesan ilmu dalam kehidupan seharian . Sebagai pemangkin . Sebagai pencetus . Malah sebagai pemusnah juga .

           Kita di zaman ini sedang menghadapi sesuatu perkara yang bermanfaat jika pada jalannya namun mudarat jika terpesong dari landasannya . Yaitu intelek dan juga sawang ilmu yang meluas tanpa sempadan . Cubalah anda google sahaja apa benda yang anda tak tahu . Malah yang tak pernah terlintas di kepala untuk anda tahu . Malah perkara yang tak pernah anda fikir akan terlintas di fikiran manusia sekalipun . Ia tetap ada di dalam enakmen keluasan fikiran Mr Google .

         Bermanfaat malah menjimatkan 90 % waktu kerja dan tenaga yang digunakan . Namun , ia tampak memudaratkan apabila manusia mula meluaskan skop pandangan kepada sesuatu yang jauh dari simpangan asalan manusia .

          Pornologi kian menjangkiti alat yang bernama Internet . Lihat sahaja kepada iklan-iklan di halaman-halaman yang terkemuka . Separuh dari mereka mula menggunakan alternatif pornologi sebagai tarikan minat kepada pemuda pemudi zaman bangunan pencakar langit ini . Ya . Kita dewasa dan mampu berfikir secara waras dan rasional . Ya itu adalah mahasiswa dan "kita" . Bagaimana dengna generasi selepas kita ? Adakah daya intelek dan tahap pemikiran mereka sama ?? Adakah waras itu singgah di mata mereka dan rasional terngiang-ngiang mencubit cuping telinga ??? Golongan tua dan remaja mampu dibentuk dengan kesedaran . Namun mampukah kanak-kanak yang beristanakan permainan pasir dan berajakan khayalan kartun dicelikkan dengan kesedaran ???

         Jauh untuk membaiki malah mencegah . Kartun hari ini jelas mempamirkan sifat dan sikap negatif lantas meracuni jiwa anak muda yang bergelar panji negara suatu hari nanti . Disney sebagai contoh . Dari kaca mata ibu bapa ia adalah hiburan untuk mereka menjana IQ dan sebagainya . Namun tidak kepada mereka yang memerhatikan analogi sebenar dan tujuan asal kartun itu . Di setiap penghujung cerita malah di pertengahan cerita , banyak bahagian yang dikotori adegan adegan yang saya rasa meluat di mata ibu bapa . Malah kotor pada fikiran anak-anak.

        Untuk itu , untuk apa agamawan itu hidup ? Untuk apa  ??? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan mereka yang lama dibaham dadah hiburan . Maka ...



     Sampaikan apa yang patut kita lakukan wahai penghuni agama Allah . Untuk apa ilmu itu ditaut dan dikaut jika tidak dicurah kembali ?? Suatu hari nanti anda dan juga saya bakal ditanya ke manakah ilmu itu ? Dan dengan apakah kita terapkan ilmu itu ?? Adakah dengan ilmu itu menjadi pass masuk kepada pintu syurga Allah atau sekadar semudah thumbprint untuk ke neraka Allah ??

         Maka sampaikan tentang Islam walau sepatah . Ilmu yang ada . Jadikan ia satu hadaf untuk membayangi agama Allah sehinggalah Hari Di Mana Kaki Dan Tangan Berkata-Kata .


Hinanya aku disebabkan ilmu ku .

Kerana dengan ilmu itu aku masih gagal meletakkan diriku dekat kepada Pencipta .
Walaupun adanya ilmu itu aku masih lagi hanyut dibaham dunia .
Walau bersama ilmu itu aku masih mabuk meneguk arak cinta .

Hinanya manusia dan 'aku' dalam waras yang nyata .
Muliakah aku sebagai penuntut ilmu walau selaut tinta terpalit bersama ??

Allah . Hinanya aku walau tetap bersama ilmu Mu.









-Kalam Hina 

Saturday, November 24, 2012

Imtihan Thani ...

Salam Mahabbah ^^



Doakan .
Imtihan thani dalam jangkauan 5 6 jam lagi .
Hurm .
Secara jujur .
Tak banyak info yang dapat difahami dan dimuatkan dalam kepala ni .

Jadi ...
Mohon tembakan doa kalian .



Allah .
Hamba Mu ini berdosa .
Hamba Mu ini tidak berharga .
Tidak punya harta malah apa-apa .

Imannya juga hanyalah sekerat rupa .
Ruh Islamnya jauh sekali dari mata .


Allah .
HambaMu ini juga tidak menghargai waktu .
Waktu .
Makhlukmu yang memberikan seribu satu makna dalam kehidupan .
Ada kala hambaMu ini hanya menyempitkan sesuatu yang luas .
Ada kalanya dia hanya tahu mengeluh dan mengalah .
Sesungguhnya hambaMu ini terbantut ilmu untuk mengenalMu .

Allah .
Andai syurga itu sukar bagiku .
Maka luaskan pintu taubat-Mu .
Agar aku mampu menghirup haruman Jannah walau untuk sementara .


Jagailah kedua ibu bapa ku .
Berikan mereka kesihatan sebagaimana aku dalam naungan-Mu
Sesungguhnya tiada makana kehidupan dalam seorang manusia yang hina tanpa dua ibu bapa .


Allahumma Amin .







Wednesday, November 21, 2012

Cinta ku bersama mu Gaza .


Salam mahabbah ..


Angin syita menusuk tulang .Sejuk . Kulihat disana . Debu berkejaran ke sana ke mari . Indah barangkali kehidupan mereka. Berpanjangan permainan mereka . Mengejar dan dikejar . Hidup sebutir debu .Hurm .....

Tiupan sahara terngiang-ngiang di kotak telinga . Mata bagai terbawa-bawa . Fikiran jauh di sana . Teriakan mereka . Darah mereka . Cinta mereka kepada dunia terkubur begitu saja . Sirna . Aku sirna.

 Tenggelam dalam lautan jiwa muda . Ahhhh!!! Jarak mereka hanya sedepa . Namun perjalanan bagai tiada rupa . Niatku murni . Menghulurkan tangan andai diperlukan . Merakam cinta kepada syurga akhirat . Gagah dalam berkata-kata . Namun dijerkah gegaran lari bercempera . Mampukah ?? Dimamah taburan kelongsong peluru sudah cukup meruntun jiwa . Jambatan ku terhadap dunia masih ukuh direka .

 Bagaimana mereka mampu kuat hadapi semua ini???Bagaimana sikecil mereka mampu berkata-kata menepis dunia tatkala kaki hancur dicerai senjata ??? Itukah jiwa syahid ??? Itukah cinta yang membutakan duniawi mencelikkan ukhrawi ??? Ahhh aku hanya pandai menyusun permata . Namun tujuan tidak sekemas rupa ...

Gaza ..
Jasad mu bermandikan wangian syuhada
Wajahmu ditoreh tanpa kau rela
Kudrat yang ada belum cukup menentang cahaya .
Apa yang engkau pinta .
Tiada yang berani menerpa .
Rohmu terlitup semangat mulia .
Pergi mereka meninggalkan dunia .

Gaza .
Dikau tidak keseorangan .
Kami disini sentiasa menjadi teman .
Kami tidak semantap kalian .
Mampu membuang dunia dari cengkaman .
Kami hanyalah insan .
Namun...
Usah berduka .
Doa kami sentiasa dibaca .
Walau sekaku manapun .
Walau sejerih manapun .
Doa cinta dan rindu kepada mu tetap didendangkan .



Gaza ..
Andai esok masih punya pelangi untukmu .
Maka ketahuilah ia pastinya yang terindah
Andai masih lagi engkau dihujani peluru .
Bergembiralah ,
Kerana pintu syurga luas terbuka menyambut kehadiran mu ..


Gaza .
Andai angin bertiup kepada mu .
Jadikan ia nada terindah dari kami .
Andai bayu terpuput merindu .
Ketahuilah itu tangisan mereka dan aku .
Andai iklim berubah mencorak kehidupan baru.
Maka kau binalah matahari yang tidak pernah layu .
Janakan rindu mu .
Ketahuilah .

Kami saudaramu masih mencakar jiwa .
Masih merangkak terseksa .
Ratapan dunia memenjarakan kami .
Nikmat dan  maksiat pakaian kami .
Hina dan dusta minuman harian .
Rasa cinta dunia itu masih membutakan mata yang sedang celik .


Gaza .
Kami rindukan kamu .
Kembalikan mereka Ya Allah .
Hancurkan topeng manusia bernama Yahudi .
Sesungguhnya diri kami rindukan masjid mu.
Tanamkan semangat cintakan syahid kepada kami Ya Allah.
Kepada Mu mereka-mereka yang zalim kerana mereka hanyalah patung permainan Mu .
Dengan ruh dan darah , sampaikan salam ku kepada penghuni syurga Mu yang baru ...




-Buluh Lentur


Perlunya tepuk dada tanya iman ^^

Salam Mahabbah ....


Jalinan dua manusia adalah fitrah . Hidup walau tidak bersuap . Mati andai dibiar terluap .  Maka suburlah ia merupa-ruap  . :)


Ok itu ayat pengenalan . Saja test mic .

    Dalam hidup kita . Ada masa kita tidak setuju dengan tindakan orang lain . Ada ketika kita hanya setuju tanpa bantahan . Dan ada waktu kita tidak memilih untuk disagree dan agree . Betul bukan ??
Kerana itu perlunya tepuk dada tanya iman :)


Pernah Nabi Muhammad bersabda ,mafhumnya " Sesiapa diantara kamu yang melihat keburukan . Maka cegahlah ia menggunakan tangan . Jika dia tidak mampu , maka cegahlah ia menggunakan lisan . Jika dia tidak mampu , maka cegahlah menggunakan hati dan itu adalah selemah-lemah iman "

"Riwayat Al-Bukhari dan Muslim . Hadith 40 (no. 34)"

Namun ....
Berapa ramai yang memilih untuk menegur menggunakan tangan ???
-Bukanlah bermaksud menggunakan kekerasan mahupun kekasaran . Sabda Nabi " Setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab diatas orang yang dipimpin"
Berapa ramaikah yang sanggup menggadaikan lisan mereka untuk secebis teguran . Melayu juga berkata "kerana mulut badan binasa"
Dan berapakah baki diantara mereka yang tidak sanggup menggunakan kudrat dan lisan , juga termasuk didalam golongan mereka yang menegur menggunakan hati ????
Dan berapa ramaikah yang hanya diam tanpa menggunakan kudrat , lisan malah mendiamkan hati mereka juga ???


Hidup ini tidak akan pernah lari dari dugaan maksiat . Hati sentiasa bermaksiat . Mata sentiasa liat. Mulut senang mengatakan cinta luat tabiat . Fikiran menerawang mencari perkara yang tidak sihat .
Dimanakah pelaksanaan "cegah menggunakan tangan,lisan, dan hati" jika diri kita tidak mampu untuk mecegah sesuatu yang logiknya datang dari diri sendiri ???

Tepuk dada tanya iman dan dapat jawapan . Tapi pelaksanaan kita hanya sekadar "ok diri aku je"

Pernah suatu ketika .....

     " Aku ke KB Mall . Hari ni macam biasa keluar dengan sahabat-sahabat yand dah habiskan SPM dengan aku . Mak aku cakap hari ni sebelum pukul 2 dah kena ada kat rumah . Aku ok je . Mat dan Aiman datang bawak awek . Fuyyo mantop . Naik motor bonceng awek . Awek pakai ketat2 . Yang si Amin pulak bawak awek cun gila . Ayu pulak tu . Pakai tudung labuh . Amir dan awek dia dah setting tempat dah . Dari tadi lagi aku tgok dorang borak dalam KFC tu . Aku ???? Aku tak de awek . Cukup lah aku tak de . Dari dorang dok main 'raba2' dengan awek dorang tu . Biarlah mereka .. Asalkan aku tak buat"


Tepuk dada dan tanya iman . Apakah tindakan anda dalam situasi "aku"????
Jujur .. Kita tidak melaksanakan "cegah guna tangan,lisan dan hati" dalam kehidupan seharian . Hatta kawan kita yang tidur dan terlepas zohor pun kita tak mampu nak kejut . Mana pulak nak tegur orang yang sedang bercumbu di jalanan ??
Mula berdikit-dikit .
Biarlah awal jalan ni terjongkit-jongkit .
Ayuh bangunkan nasihat Nabi kita ...
Mulakan dengan diri kita .

Tegur diri sendiri . Guna tangan sendiri . Guna lisan sendiri . Guna hati sendiri .
Apabila diri sudah terbiasa dengan teguran .
InsyaAllah lahir kekuatan untuk tegur sahabat2 kearah kebaikan :)

Berjuanglah . Sememangnya perjuangan menuju Allah itu pahit kerana syurga itu manis :)




-Cinta Dunia Itu Buta (CDIB)

Sunday, November 4, 2012

Manusia Pendosa

Selawat dan Salam keatas nabi Allah .
Syukur kehadrat Illahi kerana masih bernyawa hari ini .
Ayuh kita perbaharui Iman yang masih belum kukuh ini .




Jauhkan diri dari manusia buat sementara .
Ambil masa bersama Pencipta .
Berfikirlah , kerana dunia ini banyak berdusta .
Hidup bukan kerana sesiapa namun hanya kerana Dia .
Perjuangkan Islam di mata dunia .
Buangkan sifat kebendaan dan harta .
Kukuhkan iman yang ada dalam jiwa .
Jauhkan lagha dan juga cinta ,
agar kehidupan lari dari kecewa .

Fikirkanlah .
Gapai visi hidup walau lelah .
Banyak berfikir ,banyak mentelaah
Namun hakikatnya nafsu tetap ditengah .
Laut manjadi saksi cinta nafsu serakah .
Dunia ini kecil sanggup diredah .
Tepian 7 gunung didaki tanpa mengah .
Lautan api direnang tak berkesudah .
Itulah manusia banyak beristilah .
Akhirnya tumpas berpaling tadah .

Hidupkan .
Jangan hanya diperkotak-katikkan .
Tahu menunding dalam berpakatan .
Menyalahkan dalam anggukan .
Mengiyakan dalam gelengan .
Pandai menjiwai namun jauh mengamalkan .
Sebati dengan keseronokan .
Tenggelam dalam sedutan syaitan .

Terbiar .
Pusaka lama hilang bersama akar.
Mekar .
Cekal mencari sekuntum mawar .
Tegar.
Pancaroba digulung bagai tikar .
Cemar .
Kebenaran diteguk terketa-ketar .


Penghukum .
Bertindak hebat bagai sang matahari .
Namun berkata-kata bagai kenari .
Kepandaiannya hanya menunding jari .
Kemahirannya dalam sifat 'membela diri'
Betul semakin berani .
Salah mula lari .
Jangan jadi sang penghakimi .
Yang hidup dibawah telunjuk jari .



-Manusia Pendosa-
-11.55 p.m-
-Irbid Jordan-

Thursday, November 1, 2012

Ada waktu dan masa setiap perbuatan kita hanyalah demi kebaikan orang lain .

Salam Mahabbah

Dan salam fatrah imtihan  :)




-"wei , kau xrasa nak ada sesuatu perkara yang kuat ke mendorong kau untuk belajar Jordan ?"

-"maksud kau ??dorongan ape ?"

-"ye la . Kau tak rasa rugi ke ape yang kau buat sekarang ?? Kau datang belajar Jordan aku paham la sebab mak bapak kau . Kau tak rasa rugi ke ape yang kau buat ni ?Komfem kau tak ikhlas bukan ?? Aku paham sangat la kau ni "


Sentap . Pertama kali dalam 2 tahun sahabat sebatch tegur hal ni . Teguran dia cukup mengena batang hidung . Cukup untuk meragut tali hati yang sedang gundah dan tidak berutas ini .

-"kau tak paham bil . Aku buat semua ni bukan sebab mak bapak je . Tapi aku kesian tgok dorang . Abang2 aku semua tolak tawaran belajar agama . Tinggal aku je . Lagipun mak ayah aku dah tua beb"

-"ha sebab tu la aku tanya kau .Takkan kau tak de satu pun perkara yang mendorong kau belajar Jordan ni ? Macam awek k ?Minat memang komfem kau tak minat "

-"awek dan dan la aku tak de . Ade pulak kau sampai masuk ke bab awek . Ntah la bil . Habis degree lughah ni aku ingat aku nk sambung balik ape yang aku minat . Biarlah cita-cita aku aku letak belakang dulu . Biar aku laksanakan ape yang mak ayah nak"

-"aku bukan nk marah kau kowi . Tapi rugi la kalau kau tak ikhlas . Macam belajar je  . Interest tak de . Kau cari la sape2 buat bini . Sekurang-kurang kau ada dorongan . Aku tgok kau macam mayat hidup dah "

-"amboi sedap je suruh aku kawen . Lantak la bill . hahaha .Aku duk sorang2 pun makan tak cukup . Sah nak bagi anak orang makan . Mati botak la aku .hahah. Kalau si perempuan tu pandai makan pasir tak pe . Ni makan nasi . "


Ye . Kadang-kadang apa yang kita buat hanyalah semata-mata untuk kebaikan orang lain . Ape yang aku buat mungkin tak berguna bagi aku . Tapi cukuplah dengan apa yang terjadi ni . Mampu melekatkan untaian senyuman kegembiraan buat dua orang tua aku . Aku masih muda . Zaman untuk aku gembira masih panjang . Namun mereka sudah berusia . Berilah mereka masa untuk gembira :)


Sesungguhnya Ya Allah . Aku korbankan cita-cita ku demi mereka . Andai ia memerlukan kegembiraan ku untuk menggembirakn ibu bapa ku . Maka ambillah kegembiraan aku untuk kesejahteraan dan kesenangan ibu bapa ku . Semoga mereka sentiasa sihat dalam rahmat Mu Allah .
-ku kirimkan salam ungkapan rindu dalam hembusan lembut angin syita Jordan untuk ibuku-










-bersama talian terima kasih dari hati ke hati kepada ayah ku-


Saturday, October 27, 2012

Eidul Adha .hehe

Salam Mahabbah .

"jangan melihat kotoran yang ada pada seluar orang lain , kerana kotoran yang sama ada pada seluar kita"

Hembusan kata-kata itu merembes keluar seiring rembesan peluh . Berhempas pulas melapah daging lembu besar untuk santapan seluruh ahli Permai sejagat . :) . Ye . Kata-kata itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita . Jangan lihat dan tunding dosa yang ada pada orang lain . Because that sin maybe on ours :) . Ye . Jangan lihat darah lembu yang ada pada pakaian orang lain , kerana darah yang sama tertampal di "bantolun" kita ;) .

Hehe . Hari yang gembira . Tak segembira raya tahun lepas . Balik beraya tidur sampai ke malam .

Okeh . Maaf . Diari ini ditulis tanpa ada pengisian .
InsyaAllah dalam masa terdekat akan ada tazkirah ringkas dari saya Manusia Blog


Sedikit gambar ketika raya pertama :)








































Salam Mahabbah . Jom Titow .salam

Wednesday, October 24, 2012

Aidiladha kali kedua di Jordan :) (post takde kaitan dengan tajuk. maaf)

Salam Mahabbah


Oke . Imtihan pun sudah . Fesmak pun sudah . Program pun sudah . Tafaqquh pun sudah . Kini buat kali kedua aku beraya di perantauan . Amat berbeda tahun pertama dan tahun kedua . Ye aku sekarang dewasa dalam fikiran ku . Mungkin berbeza dari mantiqah pemikiran manusia yang lain .

Ok kalu ketiga dan kali yang keberapa entah , ayah mohon terima wanita itu . Agak sukar . Hadoi .
Mungkin awal perkahwinan itu bahagia . Ye kerana masih manis dan juga hangat ambang perkahwinan itu . Namun aku tak pernah nampak kehidupan aku pada masa hadapan bersama wanita itu . Mempunyai anak-anak . Meraih mereka sehingga dewasa . Aku perlukan masa untuk cari wanita sebenar yang aku suka . Pilihan ayah itu cukup sempurna di mata ku . Namun tidak pada jiwa dan iman ku . Aku inginkan wanita yang aku cari kerana dia . Bukan aku terima kerana ibu bapa .

Ayah . Berhenti desak . Berikan saya masa mencari kembali . Berikan qawi masa untuk meraih kembali kepercayaan kepada makhluk bernama wanita . Sekian lama hati yang dulu hancur , bertunas yang baru , tumbuh menggantikan yang patah , datang menggantikan yang hilang , semua itu perlukan elemen waktu .

Dan berhenti berkan saya calon . Saya punya hak untuk mencari . Dan saya tahu ayah terima wanita itu kerana keluarga . Ye datuknya kawan baik ayah . Ayahnya anak usrah . Malah ayah sendiri berkenan kerana mahu mengeratkan hubungan keluarga antara 2 family . Tapi yang terseksa adalah mereka yang tersepit diantara 2 pilihan .


Tapi , ayah tidak melihat kepada pribadi wanita tersebut .Malah tidak kepada cara wanita itu . Pergaulannya . Tingkah laku . Sopan santun . Budi bahasa . Ayah . Saya inginkan wanita yang lemah lembut . Wanita yang mampu mencairkan hati saya dengan peribadi dan juga kesopanan dia . Bukan dengan wanita yang saya rasa lack of that altitude . Dia terlalu aktif ayah . Jejak kaki ke Jordan baru sebulan , nama dia dah dikenali diseluruh mantiqahnya .

Ye , saya tahu saya tidak berhak bermimpi untuk bidadari seperti itu . Namun izinkan saya mencari dahulu . Ye masih dalam proses mencari . Saya tidak punya perasaan kepada wanita . Sekian lama setelah ayah sendiri mengharamkan saya mencintai insan bernama wanita ketika berumur 17 tahun . Ye kini 3 tahun saya kurung hati saya . Tidak dibenarkan kepada mana-mana insan mengetuknya . Dan setelah sekian lama , ayah meminta saya bukakn untuk wanita yang langsung tidak menjenguk hati saya .

Berikan saya waktu . Berikan saya waktu untuk seseorang datang dan terima saya seadanya




Yang Ikhlas
Anakmu .

Tuesday, October 16, 2012

Apabila salah faham berlaku ...

Salam Mahabbah :)


Erm hari ni hari ape ye ? Ha hari selasa .Ye hari aku ponteng kuliyah .hahahah .
OK ape tadi ? *tunjukatas* . Ye itu adalah salah satu tajuk yang nak dibincangkan pada hari ini .
Ye akan timbulkan kontroversi . Tapi itulah yang sepatutnya kita intabeh .


Ye . Di tempat aku ini , terjadilah satu perkara yang dipanggil "Syabab Mengendap Akhawat". Ok titik . Di situ berlaku satu perkara yang kita panggil tak patut berlaku dalam fatrah belajar . Ok disebabkan ia tiada kaitan dengan aku , aku pun buat tak peduli . Tapi dalam masa yang sama aku bagi la sedikit komentar tentang itu . Kataku dalam komen itu :

"mungkin syabab tu sedang berada di beranda dengan masalah wang masalah ibu bapa . Kemudian keluar akhawat dari basement terlihat syabab itu bermasam muka bermuram durja . Di tuduh skodeng . Semua benda boleh berlaku bukan ? :) " . Ye itu statement yang merujuk kepada manusia bernama "aku" . Ye aku memang selalu lepak kat beranda sambil2 tak pakai baju (excuse me . sebab aku tak tahu bangunan sebelah ada perempuan) sambil2 pk hal sendiri . Ye mungkin ada yang terlihat aku sebagai penskodeng . Tapi dari sudut yang lain aku sedang fikir hal dunia .

Jadi hari ini . Datanglah mereka yang bernama JKKK menyiasat hal ini . Dan ternyata sebagaimana sangkaan ku . Sememangnya rumah ini menjadi target kerana hanya di imarah aku sahaja tempat bertembungnya dua punca syabab dan akhawat (dua bangunan yang dekat2 la maksud aku) .

Jadi itu lah . One of the target men adalah aku sendiri . Ye sebab komen aku tentang benda tu . Sebenarnya aku cuma nk cakap segala kemungkinan boleh berlaku . Jadi dilihat kepada komen itu . Dan aku dijadikan kambing hitam .

Maaf aku nak cakap . Skodeng bukan profession aku . Kalau aku nak aku mengorat je . Skodeng bukan jenis aku . Maaf la . Andai aku memang bersalah , aku mengaku . Tapi sebab aku tak buat .

Dah la insan bernama akhawat , satunya anda sendiri yang tidak intabeh tentang diri antunna . Bila diintai mula nak post situ sini . Tapi tingkap rumah tak letak langsir . Manusia bernama lelaki memang perangai dia tgok benda yang sakitkan mata . Bila kena tegur barulah cepat2 nk tutup tingkap . Kemudian kami pula yang disalah tafsir . Mohon la . Stress kami yang tak bersalah . Kambing putih yang buat kambing2 yang lain turut bersalah .

Mohon la . Suara jaga . Malam2 kami selalu dengar antunna gelak macam ape *&*^*%#%$ .

Syabab pula . Tolong lah .Nama kami dah buruk dikalangan sahabat2 . Mengakulah anda yang sedang skodeng tu . Kami dah tahun 2 kat sini dan start tahun lepas kami tak pernah kacau akhawat . Mereka pun baru masuk 3 bulan yang lepas . Maaf lah . Kami dah ada buah hati masing2 . Mengakulah . Jangan tunding kami . Nama kami dah buruk .


Mohon intabeh . Jangan buat perkara yang tidak senonoh .



Maaflah tulisan entah ape2 .

saya sedang penat urus itu ini dan tired nak exam
dan saya sedang demam .

Mohon jangan dekat ....

Saturday, October 13, 2012

Okeh Futsal Mahabbah di Irbid Jordan

Salam Mahabbah


Sempena kemenangan besar kelantan menentang musuh ketat Selangor pada perlawanan separuh akhir , kami mahasiswa kelantan juga mengadakan Futsal Mahabbah demi memberi sokongan penuh kepada The Red Warriors dan juga Tuntutan Royalti .

Sedikit gambar yang sempat ditangkap .















Kekal berukhuwah sehingga syurga

Wednesday, September 26, 2012

Manusia ....




Manusia ..
Hatinya dalam diam inginkan syurga
Namun berbagai karenah yang selalu merujuk neraka
Jiwa kosong inginkan isian cinta
Tetapi tabiat hati mengejar cinta buta
Kalbu terasa merindu mahligai
Alpa dari tuhan tetap ia tergapai-gapai
Batin terhijab dek dosa yang menggunung
Tetap juga kekal menambah dosa yang tertimbun

Manusia ..
Aku manusia yang laparkan dunia
Tidak diberi malah meminta
Rezeki di pundak bagai berjuta
Hasrat hati tetap meronta
Jiwanya kosong...penuh yang disangka
Berdangkal,berdendaman malah saling membunuh kerana dunia

Manusia...
Tekadnya cekal malah berisi
Nalurinya tetap dan pertiwi
Ego yang ada sebagai pengganti
Namun hadirnya nafsu memusnahi
Jatuh ia dalam neraka yang dicipta sendiri
Bukan sahaja kekal ..tetapi untuk selamanya

Manusia ..
Cukup diberi akal dan fikiran mentadbir dunia
Malah kuasa dan kerajaan tampil menghamba
Hidup umpama raja mati ibarat permata
Istilah hamba tidak muncul malah tidak ternyata
Teruslah ia dalam dunia khayalan semata
Bukan sahaja kekal...namun untuk selamanya

Manusia ..
Hidup hanya sekali maka baiklah ia dipenuhi
Muda juga sekali tua pun hanya sekali
Namun terlupa diingati mati dan akhirat bukan berulang kali
Hidup kerana dunia tidak kekal abadi
Maka janganlah ia dibiarkan tidak diisi dan dikotori

Manusia...
Itulah makhluk yang menghuni syurga juga sebagai kayu api di neraka ....



Tulisan kerana saja2 .
aku tak tahu aku buat apa time kelas arudh tadi .
inilah hasil dia ..


-Encik Hati-
11.02 p.m
26/9/12


Thursday, September 20, 2012

Sayang dia ....Bintul Huda

Salam Mahabbah ^^


Ye saya sayang dia .
Sangat2 sayang .
Juga rindu nak bergurau senda bersamanya .
Rindu nak buat lawak dengan dia .
Rindu senyuman dia .
Rindu masakan dia .
Rindu dia membebel pasal baju yang berlonggok-longgok tak basuh .
Rindu akan suruhan dia time kita tak bagi itik makan .

Ye .
Itu salah satu insan yang membentuk diriku menjadi aku .
Bintul Huda .
Mabruk kak huda :)
Sekarang dah jadi isteri .
Dulu dia kejut bangun sahur .
Dia jugak yang bergilir tugasan hantar dan ambik adik sekolah .







Jujur .
Aku tidak banyak kenangan manis dengan beliau .
Dia pun tak jugak selalu berborak dengan aku .
Tapi 3 bulan kebelakangan ini .
Aku tolong dia siapkan hantaran kahwin dia .
Sama-sama pakai ukiran rama-rama kat baju sempena ketidaksempatan aku masa dia kahwin .

Dia senyum bila aku ketawa .
Sama-sama ejek rajehah dengan style dia yang entah hape2 .
Hehe .
3 bulan di Malaysia tampak singkat .
Aku tak hayati .
Tapi ternyata 3 bulan yang last ni .
Dia sentiasa bahagiakan adik yang dulunya dia tak peduli sangat .
Ye aku sangat sakitkan kepala dia dulu .
Bergaduh .
Tak sehaluan .

Tapi dia sentiasa masakkan untuk aku .
Basuh baju .
Lipat baju .
Tengok runningman sama2 .
Tengok Oh My English sama2 .

Tapi hari ini dia sudah bergelar isteri .
Maka terlepaslah segala tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa dan keluarga .
Maka dibawanya haluan ke Kuala Lumpur .
Mencari tiket redha seorang suami untuk ke syurga .




Jadi bila aku teringat aku update la status .
Sincerely family aku tak pernah main2 rindu ni .
Kalau rindu pun senyap je .
Tak de luah2kan .
Jadi tiba2 hari ni .
Aku update kerinduan kepada kakakku .

And something happened !!!!!!!






Bagai tak percaya aku lihat ape yang kakak aku tulis .

Hilang akal aku baca tu .
Memang ternyata kakak aku juga rindu .
Menangis keluar air mata aku baca komen tu .
Sampaikan aku baca berulang-ulang kali .
Sebab aku dan kakak aku tak begitu rapat .


Ya Allah .
Kurniakan kebahagiaan kepada kakakku Bintul Huda bersama pasangannya Abg Fakhrizal .
Juga kesejahteraan dan kegembiraan kepada kedua ibu bapa ku .

Kutitipkan salam cinta bersama bebutir pasir rindu dari pinggir bandar Irbid .

-keluarga ku sememangnya aku sayangi segala yang ada pada mu :(
































 










Monday, September 17, 2012

MC kot ...

Salam Mahabbah ^^


Selesai pencahayaan Qisim bersama sahabat perjuangan tahun 1
tiba2 jadi MC
hahah



memang takdir
aku tak dilahirkan untuk menjadi MC
hancur majlis .hahaha


okeh esok kuliyah 9.30 lagi


untuk kak ika
selamat la kan pegi honeymoon
untung la dah kawen :)
hehe

Thursday, September 13, 2012

house sweet house :)

ok sampai kaki ke irbid .

namun ...........


terpaksa berpisah dengan sahabat baik.agak la sedih .
dia terpaksa tukar ke mafraq sebab tak cukup muaddal .



aku juga bakal menyusul jika sem ni aku tersungkur .



semoga Allah selamatkan aku dari lautan kegagalan .

 

Saturday, August 25, 2012

Pasangan Pertama MTS Jejak Kaki Ke Alam Perkahwinan

Salam mahabbah ^^



      Pertama dalam sejarah . Sahabat roomate dan juga senior di Tahfiz Sains akhirnya memecahkan topik nikah di kalangan alumni dengan berkahwin sama-sama batch . Akhirnya ada yang beranikan diri berkahwin walau di usia muda . Beliau baru sahaja berusia 20 tahun dan zaujah pun 20 tahun . Belajar di Mesir dalam bidang perubatan .

     2nd Batch of MTS melangkah bendul first batch . Nampak gaya selepas ini boleh la kita tengok alumni MTS mula berjinak-jinak dengan alam perkahwinan .

Ni aku lekatkan gambar mereka suami isteri .





























okeh itu je kot . banyak2 nanti mengarut pulak . paham2 je la kan bila orang dewasa berumur 20 cakap pasal kawen ni .

okeh salam 'alaik :)

Friday, August 24, 2012

RAYA Mahfuz

Hahah .
kali ni taknak cakap banyak nk upload gambar mahfuz .

saje nak pastikan kenangan dengan sahabat2 tak hilang .


-Jika aku diberi peluang menebus kembali sesuatu yang penting
maka aku pilih waktu bersama sahabatku ditebus
agar aku mampu hargai setiap mereka yang ada-







ini adalah sahabat2 satu batch di MTS
sememangnya tidak akan dilupakan kenangan bersama mereka
sudah 2 tahun tak berjumpa
namun perangai semuanya masih sama ketika beraya
yang bising tetap style bising
yang bengong2 tetap style bengong
yang jenis angkuh tetap angkuh dalam gurauan
hahah
gambar sudah mampu menceritakan semuanya

insyaAllah ada masa lagi
izinkan saya upload selebihnya


hari ini ..

"nikoh denge cucu pok cik deh?"

hahahah .
lawak la pakcik walaupun itu sebenarnya serius .


Wednesday, August 22, 2012

RAYA !!!

Salam Mahabbah ^^

maaf semua yang ikuti blog ni
lebih sebulan tak update .

kadang2 idea tak datang .
malas yang banyak datang dalam kepala .


Raya tahun ini mungkin agak lain berbanding tahun2 lepas memandangkan tahun ini terima 2 ahli baru .
Mungkin dalam masa terdekat mampu update banyak .
Sekarang agak sibuk .

:)

Tahun ini menyaksikan ramai sahabat yang sudah berumah tangga
Tak sempat tangan nk hadiri semua
Yang umur 19 ada 20 ada 25 ada .
Sampai yang diri sendiri pun tak sempat nak peduli .


Selamat2 semua ,

Monday, August 6, 2012

Hati Itu dilahirkan kotor namun perlu dijaga agar menjadi bersih .

Salam Mahabbah ^^

3 4 minggu kot terlupa menjenguk halaman ini .
Terlupa mencatit isi-isi kehidupan .
Terlupa memberkas segala memori dalaman .

Hari ni pun sebab ada yang bertanya di mana entry baru .
Jadi ..
Ini dia entry baru saya :)

      Menjaga pandangan diantara sesama muslim yang berlainan jantina mahupun yang sama jantina jarang dititikberatkan oleh masyarakat . Malah diri kita sendiri terlupa menjaga air mata dan riak muka yang mempamirkan rasa ingin bergaul bebas dengan orang yang lain . Kadang-kadang ada yang menyalah gunakan kuasa dan mandat yang diberikan untuk memuaskan nafsu . Malah ada yang bertindak secara terang terangan tanpa segan silu .

     Hari ini kita lihat masyarakat sekitar semakin alpa dengan aurat dan semakin lupa dengan ajaran supaya menutupnya . Malah mereka tega mempamirkan dengan megah dan dijadikan simbol kepada kecantikan tersendiri . Jika ditanya kepada mana-mana lelaki yang ada , tidak ada seorang pun yang menolak untuk melihat wanita yang berpakaian menjolok mata . Dan tidak ada juga dari mereka yang mampu menegah dari memandang golongan tersebut .

       Hal ini amnya berlaku kerana kekurangan tarbiyah dan didikan asal yang membawa kepada pengertian khusus mengenai aurat dan ajakan demi menutupnya . Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini , ramai yang berpendapat dengan berpuasa dan menjaga diri dari makan serta minum telah cukup memenuhi syarat dan terma berpuasa . "Fasting" yang bermaksud puasa di dalam Bahasa Inggeris juga menekankan etika menutup aurat dan menahan nafsu tidak kira berbentuk amarah mahupun syahwat .

     Hati manusia ini dilahirkan kotor dan tugasan membersihkannya jatuh ke bahu empunya badan . Pastinya dengan menjaga pandangan ataupun ghaddul basyar adalah salah satu cara menyucikan hati dari kekotoran dunia .

     Bulan puasa tahun ini menyaksikan ramai manusia yang mengaku ISLAM menyalahgunakan prinsip SAH puasa tersebut . Ramai yang beranggapan puasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sudah mencukupi ejaan SAH PUASA . Jauh berbeza apa yang diterapkan dalam nurani masyarakat hari ini .


RUKUN BERPUASA 
  1. Niat 
  2. Menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar dan terbenam matahari .


     Ramai muslim pada hari ini mengambil frasa menahan lapar dan dahaga tanpa mempedulikan kata-kata PERKARA YANG MEMBATALKAN . Jumhur ulama telah menyenaraikan banyak perkara yang mampu membatalkan puasa . Menahan nafsu adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan demi mendapatkan puasa yang sah .

      Jika dilihat di mana-mana "bazar" mahupun mini market serta mega market , ramai wanita dan lelaki mengambil peluang mengenakan  pakaian bersahaja yang mana memberikan ekspresi "tidak mampu menahan nafsu syahwat" kepada orang sekeliling . Dengan berpakaian ketat dan menonjolkan anggota tubuh , mereka mungkin menjadi punca batalnya puasa muslimin muslimat di sekeliling .

     Ambil masa dan renungkan , kerana semua benda yang berlaku bukanlah terjadi dalam waktu yang pra-sedar . Belum menyentuh isu mereka yang bertudung labuh dan berjubah putih mulus . Menggunakan platform iman dan ajaran sebagai satu landasan melabuhkan nafsu mereka . Saya lihat berapa ramai mereka yang bertudung labuh dan berkopiah kemas menyalahgunakan alatan tersebut dalam menutup tirai keimanan mereka .

      Dalam menutup aurat secara sempurna dan berjalan dalam sunnah nabi , mereka mencemarkan nama pakaian suci Islam itu dengan bergaul bebas dan bertepuk tampar antara satu sama lain walhal tidak ada ikatan halal diantara mereka . Ini adalah salah satu induksi kecenderungan masyarakat untuk mendengar keapda para dai'e . Dengan ada pelakon handalan yang bertopengkan purdah dan tasbih , ramai yang memilih untuk mendengar dan meminta nasihat dari ustaz2 yang memakai Jeans .

     Perkara ini sememangnya satu corak masyarakat yang berlaku di Malaysia kala ini . Namun apakan daya kuasa seorang tidak mampu mengalahkan hati seribu orang . Renungkan semoga kita mendapat kebaikan dalam  bulan Ramdhan ini .

Ya muqallibal Qulub , Thabbit Qulubana 'ala Dinik , Wa'ala tho'atik .

Salam sahur semua :)



Saturday, July 21, 2012

Mari mengejar Raudah ..

Salam Mahabbah ^^

Salam Ramadhan :)
































Semoga sentiasa terikat hati dengan Allah :)


















Friday, July 20, 2012

Terawih Pertama ..

Salam Mahabbah ^^


Gedung gedang boommm bammm !!!
Baru sehari puasa tak sempat aku nk sujud syukur terus dengar mercun .
hahaha .
Erm .
Hari ini menjadi imam kepada keluarga .
Haha ada can nak kahwin dah ni .
Ok tutup hal kahwin .

Ingin katakan selamat berpuasa semua yang ada baca blog ini :)
Esok datang ke Masjid Mukim Gaal .
InsyaAllah imam muda dia baru ambik dari Jordan .

Alfun Mubarak alaikum :)

Tuesday, July 17, 2012

Menuju alam rumah tangga ...

Salam Mahabbah ^^


Hari ni tukar lagu sikit .
Kita ingatkan  kekasih yang mana nk sampai dah 3 4 hari lagi .
Ok tajuk hari ini menuju alam rumah tangga .

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ketika suatu hari ditakdirkan pelajar nakal diberikan tugas sebagai pemberi tazkirah selepas maghrib .
Bermulalah jadual tersebut dengan aku sebagai orang yang pertama .
Hakikatnya , mereka yang nakal lebih pandai dan bijak dalam menarik serta memberikan peringatan dengan lebih berkesan .
Itu adalah fakta :)

Ku mulakan dengan menebarkan tasbih dan juga selawat kepada Nabi Muhammad Junjungan Besar .
Dengan persiapan yang tidak mencukupi ,
aku gunakan rumah tangga sebagai tajuk .

Masih lagi ada catatan mengenai tazkirah tersebut .
Terasa terpanggil untuk berkongsi :)

Menuju alam rumah tangga

1. Ramai pelajar yang terfikir untuk berkahwin dalam usia yang agak muda . Namun pernahkah kita terfikir bahawa cabaran berumah tangga ini besar dari yang pernah kita bayangkan ? Hakikatnya memang manis pada awal namun tanpa hemah dan juga tindak tanduk yang menunjukkan kematangan , kemungkinan rumah tangga hanya akan hancur secara serta merta .



2. Ilmu agama dari perspektif seorang suami . Suami itu wajib tahu mengenai ilmu asas dalam Islam seperti sembahyang , haid dan juga yang sewaktu dengan nya . Andai isteri mengalami peraturan bulan yang agak ganjil maka suami perlu selesaikan . Tidak malukah jika kita bertanyakan hal haid isteri kepada ustaz2 ??fikir2kan lah .


3.  Harta juga wang ringgit . Memanglah dasarnya segala 'mal' yang berupa makanan dan wang ringgit adalah dari Illahi . Namun keatas kita dituntut supaya berusaha demi mendapatkan mereka . Tidak akan turun duit secara berguni-guni dari langit untuk kita . Dengan doa duit tidak mampu dijana . Usaha dan tawakkal itu kunci . "Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah" . Allah sendiri berfirman berusaha dulu barulah tawakkal . Ramai anak muda yang salah gunakan konsep rezeki ini semuanya hanyalah dari Allah semata-mata .


4. Bijaksana dalam mengurus hal rumah tangga . Dari segi tarbiyah kepada isteri juga kepada mengambil kira hal tarbiyah kepada diri sendiri dan anak2 suatu hari nanti . Maka ilmu itu makanan jiwa . Lelaki adalah imam dan imam tugasnya menyampaikan . Tidak ada erti menjadi ketua keluarga tanpa ilmu yang mantap .


Sikit sebanyak adalah dari kata-kata yang pernah aku ucapkan 3 tahun lepas .
Melihat gambar sahabat sebatch berkahwin cukup menggetarkan jiwa .
Hadoi ..hehe
Doakan jodoh saya cepat datang ..
Kalu boleh nk tarik2 turun dah dari langit tu .



JIKA SUAMI ISTERI JUJUR DALAM RUMAH TANGGA
TIDAK MUSTAHIL KEBAHAGIAAN ITU SENTIASA DIKECAPI


























































Jika sudah sampai waktu .
Izinkan saya memetik bunga di taman terlarang .

ceh....
itu ayat yang abang guna mengorat kakak ipar ..



apa-apa pun dakwah dan kahwin bukanlah 2 perkara yang berbeza
tapi hanyalah cahaya yang sama dari dua lubang yang berbeza :)





Monday, July 16, 2012

Lakonan sempena bulan puasa ...








Okeh itu lakonan pertama sempena berlangsungnya bulan puasa 3 4 hari lagi .

maaf hari ni nk update tentang diri sendiri :)


Bersyukur mengenali briged bakti .
Kerana setiap mereka di dalamnya pandai dalam seni kata menghargai .
Jika di dalam masyarakat lain saya tidak pernah merasai dihargai sperti ini .
Walau sekecil mana usaha dan bakat kita tetap di pandang besar oleh mereka .


MENJAGA DEPOH PENGURUSAN JENAZAH



















itu gambar sebagai seorang Ahli Sukarelawan Remaja .
Ramai orang yang mencemuh kerja ini . Kata mereka tiada elaun .
Tiada makan minum .

Tapi cukup lah bagi kami dengan menjadi manfaat keapda orang lain :)


Sunday, July 15, 2012

Menegur dan menerima teguran ...

Salam Mahabbah ^^

Teguran ...
Kritikan ...
Saranan ...
Cadangan ..

Semua itu mengekspresi satu tanda bantahan dan protes kepada sesuatu .
Namun yang membezakan adakah bantahan itu diluahkan secara emosi ataupun sebagai saranan yang ingin memperbaikpulih sesuatu ?
Secara tulus ramai yang memilih untuk menghamburkan kritikan secara emosi dan amarah tanpa kita sedar .
Secara tidak langsung memberikan satu wajah baru dan juga menimbulkan rasa tidak senang kepada piha yang lain .

Memberi kritikan ini dibahagi kepada 3 bahagian .

1. Kritikan berunsurkan hasad dengki .
 

Golongan ini mudah sahaja kita dapat lihat dan jumpa . Kerana dengki tidak diberikan jawatan atau kepercayaan dalam menguruskan sesuatu . Biasanya mereka ini akan mendapat sokongan dan juga bantuan dari insan yang lain diatas perasaan tidak puas hati kepada pimpinan yang asal .

2. Kritikan ikhlas agar diperbaiki .


Mereka yang berhati mulia biasanya menegur dengan penuh hemah dan juga teknik agar tidak menyakiti hati pihak yang lain . Biasanya ramai yang mendengar berbanding membantah .

3. Kritikan yang mengharapkan balasan .


Mereka adalah orang yang mengharapkan agar saranan mereka didengari . Bukanlah balasan agar diberi sesuatu hadiah berupa jawatan . Biasanya mereka akan disalah faham oleh pihak yang ketiga .



Hari ini dalam sejarah saya campur tangan hal MTS Qurra . Hal Iftar Jama'e yang bakal diadakan suatu tarikh di dalam bulan Ramadhan .
Ikhlas saya adalah antara yang tidak pernah campur tangan malah memberikan cadangan lantaran kisah silam sebagai pelajar yang nakal .
Malah diantara pemimpin Qurra itu adalah mereka yang selalu memberikan tarbiyah dan nasihat kepada saya . Maka hari ni jatuhlah ego mereka sebagai pemimpin apabila ada anak buah seperti saya yang dahulunya adalah seorang yang bermasalah menegur dan memberikan buah minda .

Bermulanya kisah dengan idea seorang akhawat yang ingin menyatakan keinginan untuk berbuka puasa bersama-sama sahabat tidak kira banin mahupun banat .
Dengan itu Press Qurra mengambil tindakan dan menyatakan persetujuan dan akan mengadakan mesyuarat dengan ahli2 nya yang mana tergolong dari mereka yang sentiasa terikat waktu dan masa dengan Qurra 3rd Batch .
Maka timbullan kata2 yang mengatakan bahawa sudah sampai masa kita menguji ketangkasan dan kepandaian mereka yang lain dari menggunakan khidmat ahli2 yang lama .
Bermulalah perbahasan yang agak gamat membabitkan semua ahli .
Saya turut sama mengikuti perbincangan yang agak panas itu .
Namun kata-kata saya telah disalah ertikan oleh beberapa pihak .
Sengaja kata-kata itu diukir demi gurauan .
Namun menghiris beberapa hati .
Terluka dipinta maaf pun tidak akan pulih .

Namun satu sahaja teguran yang saya buat sebelum angkat kaki dari menimbulkan kontroversi .

"kita mungkin dilihat kepada diri kita yang dulu sebagai pelajar yang rosak akhlak :) . Namun saya yakin setiap orang mempunyai potensi dalam membina sesuatu . Dan setiap kita mempunyai role masing2 dalam menyempurnakan hidup bermasyarakat :) . Kami sentiasa patuh dan dengar keputusan Syura . Sami3na waata3na "


Keluar dari situ terus tidor :)

Ramadhan ...mampukan dai'e kembali ???

Salam Mahabbah ^^

Penat :) . 2 hari tidur selepas berakhirnya progam Pertandingan Pengurusan Jenazah dan POSDIR .
Tak terkata penatnya meng'handle' semua benda.
Dari menguruskan runner yang kecil2 .
Kepada mesyuarat dengan Dato' dan juga orang2 yang lebih tua .

Dulu ku janjikan gambar .
tapi xsempat .
Sebab gambar tu dalam laptop briged .
tak sempat nk dimasuk dalam pendrive .


Bulan puasa nih .
3 pelawaan untuk jadi Imam masjid rasmi .
Tapi hati ...
Rasa tak mampu berdiri untuk jadi imam dengan dosa yang banyak .
Quran pun jarang ingat .
Lagipun kawan2 ramai sangat mintak pergi rumah .
Jadi imam dan macam2 .
Mesyuarat situ sini .
Untuk program KMKJ .
Untuk Iftar Jama'e At-tarikhiyyah 3rd Batch .

Takut tugas sebagai imam itu tidak terjalan .
Erm .
Kalaulah dapat jadi imam kt rumah je pun .
kan ok .

Tapi apa2 pun .
Doakan semoga succes .

Nantikan video lakonan saya dalam Cerita Vlog bersiri "Ramadhan datang lagi" oleh Sir Syafiq Fadhli (tapi pegang watak jahat .hahaha)

dalam masa seminggu lagi akan disiapkan video tersebut insyaAllah .akan saya postkan dalam blog .

Wednesday, July 11, 2012

Hati ku juga hati mu .

Salam Mahabbah ^^

Itu dia tajuk hari ini .
Hati ku juga hati mu .

Haha . Anda tertanya-tanya ?
Sebelum . semoga anda semua sehat2 ye :)
Dah lama tak menjenguk blog .
Hari ni mungkin entry kurang bermanfaat .
Jadi kepada mereka yang sedang membaca dan dalam masa yang sama sdang mengumpat saya .
Tutup terus la .
Hehe .
Sebab malam ini saya bicarakan tentang saya ok ? :)

Biasalah manusia .
Ada waktu-waktu tertentu dia perlukan masa yang diluangkan untuk hati dia sendiri .
Hari ni kena-kena pulak hujan malam2 nih .
Sambil dengar lagu .
Sentimental la sikit .
Hehe .

Erm .
Hari ni sedang menyiapkan barang2 kahwin kakak dan abang .
fuh 2 orang terus kawen .
Bayangkan habis duit dekat 100 ribu .
Erm macam2 .
Nak tu nak ni .
Tapi nk buat macam mana kan .
Manusia ada benda kesukaan .

Status permohonan MARA masih Idle .
Mungkin tidak terima memandangkan kertas kasyful alamat ada 2 fail .
Tapi semoga diterima .
Sebab lepas ni ayah dan pencen .
Takde tempat nk bergantung dah .
Ni je satu2 jalan keluar yang ada .

Allahumma yassir .Allahumma yusahhil umuri .

Dan kepada dia .
Saya harap awak baca ni . Eh tak tgok ni .hehe .Saya tujukan khas untuk awak . Video best nih .





Dan kepada yang saya tak tuju .
Saya mohon maaf .
Dah penat saya baca status2 awak yang tuju saya .
Jika sudah takdir tidak hadir cinta .
Maka tiada guna paksa .

Maafkan saya sekali lagi .
Dah diunfrend pon ok je .
Tapi ingat kita ada tugas .
Dibawah kita ramai lagi yang perlukan kerja keras kita .

Ok setakat tu .
Malam ini entry xbermakna .
Esok insyaAllah ada tazkirahnya ,

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban permulaan kepada amalan baru

Salam Mahabbah ^^



Nisfu Syaaban .
Tertutup buku amalan lama .
Dibuka buku amalan yang baru .
Ini lah masa yang sesuai untuk buktikan kepada Allah bahawa kita hambanya yang terbaik .
Buku yang lama jika dipenuhi coretan pen merah .
Maka buku baru ni pastikan dicatit dengan pen biru :)

diriwayatkan hadith dari Ali r.a. :



















Sebab itu kita turun temurun baca yasin sebanyak 3 kali ..


Bacaan pertama .
-Semoga Allah memanjang umur . BUKANLAH dengan panjang umur itu kita minta agar boleh lagi menghirup udara dunia dengan maksiat . Namun dengan hasrat hati agar dipanjang waktu untuk kita beribadah .

Bacaan kedua
-Semoga Allah memurahkan rezeki . BUKANLAH dengan rezeki itu tumbuhnya darah dan daging yang tidak halal . Namun agar kita tidak miskin dan meminta-minta dengan manusia . Disamping mampu memberi zakat dan juga pertolongan kepada mereka yang memerlukan .

Bacaan ketiga
-Semoga diangkat bala . Diangkat bala kepada diri , sahabat , ahli keluarga , dan juga kepada seluruh umat islam .


Dan satu keajaiban yang datang depan mata sendiri malam ni , sedang-sedang terbaca ayat-ayat surah Yasin ,maka ditakdirkan terperasan ayat ini :


[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. 




Cuba perhatikan gambar ni . Kena x dengan ayat diatas 











klu ada yang belajar sains dulu , ini dipanggil moon phase .




Fase bulan ini kita dikenali oleh para saintis sebagai lunar moon . Pada setiap bulan lunar, Bulan akan melalui semua fasa. Kita boleh melihat fasa yang dikeluarkan dalam imej di bawah. Sama seperti Bumi, separuh Bulan yang diterangi oleh matahari manakala separuh lagi dalam kegelapan. Fasa pertama hasilnya kita lihat bulan hanya terlihat separuh sahaja .


Pada bulan yang seterusnya , Bulan dipagari antara Bumi dan Matahari. Kita melihat bahagian Bulan yang tidak diterangi oleh matahari (dalam erti kata lain, kita tidak melihat Bulan langsung kerana kecerahan Matahari melampaui kecerahan Bulan malap) Apabila Bulan tepat sehala dengan Matahari ( seperti yang dilihat dari Bumi), kita mengalami gerhana.



Sebagaimana Bulan bergerak ke arah timur dari Matahari di langit, kita melihat sekurang-kurangnya cebisan lambaian cahaya matahari yang terbias kepada Bulan setiap malam. Beberapa hari selepas bulan yang baru, kita lihat bulan sabit yang nipis di langit barat pada waktu  malam. Bulan sabit, atau didapati berkembang kepada lebih besar  setiap malam. Apabila separuh daripada bahagian Bulan diterangi, kita panggil bulan suku pertama atau (first quarter-moon). Nama ini berasal dari fakta bahawa Bulan kini satu perempat daripada jalan melalui bulan lunar. Dari Bumi, kami kini melihat di sebelah yang disinari cahaya matahari Bulan dari sisi Bulan .

Bulan terus berputar dan berputar. Setelah lebih daripada separuh bahagiannya diterangi, ia mempunyai bentuk yang kita panggil gibbous. Bulan gibbous muncul untuk berkembang lebih gemuk setiap malam sehingga kita lihat muka penuh disinari cahaya matahari Bulan. Kita panggil ini fasa bulan penuh(full-moon). Ia terbit hampir tepat ketika Matahari terbenam dan menetapkan waktu yang sama seperti Matahari terbit pada hari berikutnya. Bulan kini telah selesai setengah bulan lunar.



Pada separuh kedua bulan lunar, Bulan tumbuh secara sedikit setiap malam. Kita panggil ini menyusut. Bentuknya masih gibbous pada masa ini, tetapi tumbuh sedikit susut setiap malam. Kerana ia mencapai titik tiga suku pada bulan, Bulan sekali lagi menunjukkan kepada kita separuh bahagiannya cerah dan bahagian lain dalam kegelapan. Bagaimanapun, bahagian yang kita lihat gelap pada fasa suku pertama dulu ketika first quarter kini terang. Kerana ia melengkapkan perjalanan dan menghampiri waktu bulan baru lagi, bulan ialah bulan sabit . (moon waning crescent)

Maka cukuplah sebulan penuh ..

Kena bukan dengan ayat tersebut ?

"dan bulan pula kami takdirkan melalui beberapa peringkat sehingga akhir peredarannya kelihatan seperti kembali kepada peringkat awal (bebentuk melengkung) seperti tandan tua"

-Tandan tua tu bulan sabit lah .bermula dengan bulan sabit dan berakhir dengan bulan sabit . :)





selamat malam

-Encik Hati-






















Sunday, July 1, 2012

Mereka bernama ibu bapa juga mempunyai hati ..

Salam Mahabbah ^^


"dulu , sebesar-besar rumah ini tidak mampu menampung kenakalan kamu sembilan adik beradik
kini , sebesar-besar rumah ini tidak mampu menampung rindu umi terhadap kamu semua "


Satu ungkapan dari ibu yang membesarkan kami sembilan adik beradik . Cukup buat anak-anaknya sedar betapa sunyinya hati seorang ibu dari telatah anak-anak .

Pasangan ibu dan ayah apabila sudah melebihi umur 50 tahun , bukan duit yang mereka inginkan , bukan harta yang mereka dambakan , bukan kereta yang diimpikan , bukan rumah jadi harapan . Namun apa yang diminta adalah sepotong kasih sayang . Cuba kita lihat , berapa ramai anak muda yang menjauhkan diri dari ibu dan ayah setelah melangkah ke arah alam perkahwinan ? Dan berapa ramai anak muda yang sanggup jaga mak ayah selepas mereka berkahwin ?

Ibu bapa itu apabila menjelang tua , mereka sinonim dengan perkataan kesunyian . Ibu saya juga pernah menyebut

"Orang tua bila dia mula rasa sunyi , dia mula bercakap seorang diri , bercakap dengan binatang dan bercakap tanpa ada suatu tajuk yang khusus"


Justeru saya lihat fenomena itu sering terjadi keapda kedua orang tua saya sendiri . Pertamanya ibu mula bercakap dengan lembu dan kucing secara tiba-tiba . Keduanya ibu mula bercakap dengan kereta . Apabila diperhatikan , sememangnya apa yang sedang dibicarakan adalah luahan perasaan beliau sendiri . Begitu juga ayah , ayah mula duduk seorang diri di tepi sawah , mula berada di kandang lembu berjam-jam . Mula melakukan kerja seorang diri . Dan malam ini ...

Ayah ajak tengok cerita sekali dengan dia .... Tak sanggup kaki nak bawa diri pergi dari depan TV sedangkan ada orang call .

Ayah semakin sunyi . Anak2 ramai dh kawin tapi sorang pun tak yang duduk kelantan . semua duduk luar negeri ..




Kebanyakan kita sebagai anak-anak muda berfikiran dengan menghantar wang ringgit ke kampung sudah cukup memadai untuk membalas jasa ibu dan ayah . Tapi jarang kita fikir , kasih sayang yang ibu dan ayah bagi macam mana ? Pernahkah kita balas ??Pernahkah kita terfikir untuk satu saat bahawa orang tua ini perasaannya seperti kanak-kanak kecil ?Juga dipinta untuk diluangkan masa kepadanya . Namun ramai juga yang terperangkap didalam situasi-situasi yang berlainan .

Situasi pertama ..


  L- "Lepas awak kahwin dengan saya . Saya nak awak duduk dengan ibu ayah saya . Dosa awak sekarang saya yang tanggung . Ibu ayah awak dan tak de terikat dengan awak", 
  P- " Tapi ... macam mana saya nak balas jasa mereka yang membesarkan saya...awak tak tahu betapa besar mereka berjasa dalam membesarkan saya"
  L- " Tapi saya punca awak masuk syurga atau tidak !! apa-apa pun saya nak awak jaga mak ayah saya "

Ramai wanita yang bergelar isteri pada zaman ini melalui perkara yang sama . Kerana kurangnya sikap TOLERANSI di dalam berkeluarga , ini lah akibatnya . Ya betul kata si lelaki , selepas berkahwin seorang isteri 100 % semestnya mentaati suami dan berbakti hanya kepada suami . Melakukan suruhan suami dan menjaga keaiban suami sudah pasti menjadi tiket untuk si isteri masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukai . Namun bukanlah kuasa suami untuk memutuskan rasa sayang dan rindu seorang anak kepada ibu yang melahirkannya ...



Situasi kedua ..


  P- "Abang , xpayah pergilah ke rumah ibu abang , jom tidor kat rumah sayang . Boleh kita jumpa dengan ibu ayang . Ea??"
 L- "Okelah jom jom . Kita tidur rumah ayang la malam nih"




Ramai juga lelaki berkerjaya sekarang memegang tittle DAYUS tanpa dia sedari . Secara berterus-terang , perkara seperti ini juga berlaku di dalam keluarga saya . Saya sendiri mengakui . Amat memeritkan sebagai adik yang hanya mampu melihat tagedi ini berlaku , sedangkan lidah kita hanya mampu dikunci dan membisu . Sebagaimana seorang raja enggan menerima nasihat dari seorang hamba , maka seperti itulah jika seorang adik menegur abangnya .



Situasi ketiga ..


  L- " awak , jom kita pindah ke Kuala Lumpur . Kita bina hidup baru "
  P- " erm bang , jom lah . Kita hantarlah mak ayah tu pergi rumah orang tua "




4/5 manusia sekarang ini memilih jalan mudah dengan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua . Malah ada yang lebih biadap dengan menghalau ibu bapa dan ada juga yang meletakkan kedua-duanya dipintu masjid dengan harapan ada yang datang memelihara . Percayalah , setitik air mata seorang orang tua yang tumpah kerana murka kepada anaknya , nescaya murka Allah akan turun menghadap dalam keadaan yang hina .


Dalam kita sedang sibuk membesar sebagai dewasa
Kita terlupa mereka juga semakin tua .


Pelajaran dan dunia yang mana dulunya kerana ibubapalah kita mengenal mereka .Sia-sia jika hanya kerana ini kita mengabaikan orang tua .
Apa fungsi rumah orang tua ? Untuk kita mengenal pasti manakah tempat berlindung yang sesuai untuk kedua ibu bapa .


-Sayang ibu bapa- (tak rugi walau sesen)


-Encik Hati-

Saturday, June 30, 2012

Jalan itu berliku ...Laluan itu berduri ...

Salam Mahabbah ^^


Dalam kita tersenyum gembira ...
Ada insan yang sedang berduka lara ...

Dalam kita hanyut dibawa hilai tawa ...
Ada manusia sedang bertabah jiwa ...

Namun dalam kita kesedihan ...
Ada manusia dalam kesusahan ..

Jauh kita dibawa tangisan ...
Maka ramai lagi menanggung kesakitan ...



Entry ini khas untuk mereka yang membantu saya dalam meraih semangat dan jiwa ketika menempuh dugaan berkenaan tiket tempoh hari . Hari itu hanya tuhan yang mengetahui betapa hancur jiwa lelaki dipermainkan wanita yang dipercayai . 3 hari bermalamkan air mata . Tanpa segan silu , saya telah jauh dari berharap kepada Allah . Terus menerus menyalahkan takdir dan hilang tempat bergantung kepada tuhan . Sedangkan saya tahu ...

"Allah itu menurunkan musibah kepada hambanya kerana Dia terlalu rindukan rintihan hambaNya itu"


Namun sudah menjadi tabiat insan bertopengkan keimanan yang palsu , sudah pasti hilang tempat bergantung . Maka , tanpa tangan yang menghulur . Jauh sekali hati untuk berbalik kepada mencari Illahi .

Sehinggalah satu suara

"Sabaq la qawi , apa-apa benda Allah dah letak yang terbaik aih "


Hanya sebaris kalam yang menyedarkan . Maka terdetik di hati , begitu jauh aku meninggalkan Allah sedangkan segalanya hanyalah dari kudrat dan jangkauan kuasaNya . Sekali diberi musibah , maka terujilah hati manusia yang rapuh dengan kecintaan kepada dunia .

Terima kasih Kak Wani . Kerana pacu kembali semangat . Semoga cepat sihat d^_^b .

Dan kepada mereka yang tak ditag nama .jangan bimbang .


saya tulis kat sini ----> Kak Salamah , Kak Bieha , (serta kak2 dari dari Unisza .tak ingat nama) kerana sentiasa bersama dalam mencari wanita tersebut . juga dalam membantu memulihkan semangat .
Kak Alya dari mafraq -meminjamkan duit sebanyak 200 dinar tambah2 membantu mengurangkan beban
Kak Asma sekeluarga + Kak baya + faqih -ajak makan di mafraq dan bincangkan segalanya .
Sakinah - yang turut sama membantu dalam mesyuarat
Zulfa - tolong kalutkan keadaan
Najah - tulung ngepek
Ahli qisim Lughah - yang menghulurkan tangan dalam menangani masalah ini
Abbad Saufi - turut datang ke Irbid dalam membantu memulihkan semangat
Shaiful - sentiasa dengan gelak tawa
Muiz- senior kedebe kito . bantu tulung telefon kepada orang2 penting .
YDP Alimin - sebagai abe sulung tlg tgok adik dalam masalah .
Ahli rumah B.T.T - kerana memahami semasa diri dilanda masalah
Zaini - tlg telefon tulung kesian tlg beri kata-kata nasihat , meme saye ko saing hk nih .
Mukrim & Syuk - post atah wall kata-kata nasihat supaya sabar .
Ali Tarmizi - yang mengalami masalah tiket yang sama (dia balik seminggu selepas kejadian itu dan dia juga ada masalah yang sama .juga beli tiket dengan wanita tu )


Dan juga paling penting kepada Faysal - 3 hari 3 malam dia tak tidor semata-mata nak tgokkan sahabat dia yang berselimutkan air mata . agak-agak berapa banyak duit dia habis tulung beli nasik lagi .. walaupun sebelum ni saya tinggalkan dia selama sebulan sebah salah faham . tapi dia tetap membantu . salute ah sahabat ;) ...

Sekian ucapan terima kasih sejuta kali ucap pun tak dapat nak balas lagi jasa kalian . Syukran .