Redup di hati masih sama .Rindu di jiwa masih serupa .Semuanya tidak pernah difahami insan-insan biasa yang masih keliru dalam menafsirkan erti madah cinta .Cinta itu mahal takrifnya .Rindu itu kelam ceritanya .Sayang itu pedih kisahnya .Seperti biasa , hanya empunya diri yang mengerti segala ujian adalah penguat tunjang keimanan kepada Pencipta .Jika tumpas kepada nafsu bukanlah bermakna dia lemah .Jika kalah kepada hawa itu bukanlah bererti dia lemas .Semuanya hanya kerana kudrat yang memaksa .Dan niat yang terpaksa .Serta pelaksanaan yang tergendala .Lantas cukuplah sifat hamba yang lemah kepada godaan dunia .Semoga itu semua menguatkan lagi iman untuk mengintai keredhaan Yang Maha Berkuasa .....
Titik .Jari manis tangan kanan menekan butang publish post .Seperti biasa .Jam di dinding akan ditenung .Dan seperti kebiasaan juga .Pukul 3 pagi adalah waktu optimum untuk dia berhenti berkarya .Mata dah kuyu .Tangan dah layu .Tapi hari ni dia masih belum merasai kantuk yang selalu dia lalui pada hari-hari sebelumnya .Jiwa masih dibasahi rindu.
Luar biasa pula ya kali ni ?Bertanya si hati .
Ya . Jawab jiwa yang dari tadi menyepi .
Jatuh cinta lagi k ?Murung hati yang sunyi .
Mungkin jika itu takdir . Jawab sang jiwa lagi .Ceria .
Monolog sendirian ..Senyuman manis merekah di bibir .Ingatan tentang peristiwa kelmarin masih segar di ingatan .Semuanya masih terngiang-ngiang .Masih indah jika diperhatikan .Gelak tawa si dia .Cara sapaan .Cara teguran serta gelagat-gelagatnya sentiasa membukukan kenangan yang tidak akan dilupakan .Sekali-sekala kitaran ingatan itu singgah menyampaikan salam .Perlahan-lahan dia menjahit lembaran-lembaran kenangan sehinggalah lengkap menjadi lapisan-lapisan memori indah .Lantas tenggelam dia diatas keempukan tilam kasih sayang itu .
**********************************************************************************
‘Enta .Mana kertas kerja yang ana mintak tu ?Enta buat ke tak nih ? sergahan satu suara halus cukup untuk memecahkan lamunannya yang bergunung .Sepantas kilat dia bangkit dari khayalan yang berkecai tadi .Matanya terpisat-pisat .Sekujur jasad kecil molek bercekak pinggang dihadapannya .
‘Ha awatnya nih ?Pagi-pagi dah makan orang .kejap lah orang tengah susun satu-satu nih .Dia pon orang SMS semalam tak de pulak gatal tangan nak balas .Lepas tu datang je terkam macam ni .Orang pon penat jugak .Bukan dia je .’Dia merungut-rungut sambil menggaru-garu kepala .Hakikatnya memang kepala dia tidak gatal .Tapi sebagai medium untuk menunjukkan dia juga sedang sibuk .Lidah kelu untuk mengaku bahawa perbincangan semalam langsung tidak dihayati .
‘K fine .Sori ganggu .Tak ingat dia pegang segala jawatan kat Universiti nih .Tak ingat pulak yang dia nih ade sidang akhbar untuk projek terbaru dia .Tak ingat yang dia nih ada mesyuarat untuk rancangan Mukhayyam Tarbawi hujung minggu nih .Tak ingat yang saya nih tak de keje ape2 .Tak ingat saya nih hanya tunggul kayu jadi sekretari dia dalam semua program tu .Huh!!!‘.Lantas empunya diri berpaling dan melangkah pergi .Arghh jiwa kacau .Jika perbalahan tercetus .Memang itulah ayat yang sering dia dengar .Dengan cebikan bibir mengejek dan mimikan muka merengek , dia tahu dia perlu bertindak pantas memujuk demi kepentingan kerja-kerja yang tertangguh .
Bangun dan berlari .Mereka yang melihat tak dipeduli .Mereka yang menegur juga dinafi .Si penolongnya juga tampak pantas menghayunkan langkah kearah pintu dewan utama .Laju pulak dia jalan ?Cetus hati .Kaki yang tadi perlahan kini semakin pantas mengatur gerak larian .Semakin lama semakin laju .Langkahannya menari dan menjangkah luas ke hadapan .Semakin hampir dan tubuh kecil itu semakin mampir .
“Annys !!!!Awak tahu tak saya tak salin semua point-point dalam mesyuarat tu ?!!Awak tahu tak saya tak dapat tumpukan perhatian time meeting bila awak buat muka macam tu ?!!!Tak kan awak tak paham lagi ?!!!”.Jeritnya setelah penat mengejar .Dewan makan yang pada awalnya bising menjadi hening seketika .Berpusu-pusu renungan tajam dari segenap penjuru memerhatikannya .Perasaan malu menyerbu ke wajah .Darah merah yang mengalir berhenti bagai turut mengerti situasi yang berlaku .Nafasnya tersekat .Jantung dan paru-paru yang tergaman hilang segala fungsi .Cuba diraih kembali kekuatan namun sekadar dijana pada ketenangan yang semakin pudar .
Bisikan-bisikan kembali mengusik ruangan utama dewan makan itu .Ternyata taktiknya menjadi kali ini .Annys dilihat tertampan dan pegun seketika .Dengan sedikit kerlingan .Annys maju kearah dia .
“Sufi !! .Apa nih ?!!Hang tak btoi ka apa ni ?!!Orang ramai ni !!Kenapa buat perangai macam nih ??”.Nada berbisik namun keras menunjukkan ketegasan dengan menekankan tona suara untuk setiap kalimah .
“Errr .Enti jalan cepat sangat .Sori”,Tanpa tercalit sedikit pun rasa sesal .Sufi mengangkat dua jarinya .
“Peace .Jangan marah eaa .Jom sambung keje” .Sufi beralih dan berjalan tanpa mempedulikan Annys Sophea yang tercengang-cengang .
*********************************************************************************
Diari Penoktah Cinta V2
Sufi termenung melihat cahaya bulan malam ini . Jejari
tingkapnya bagai menari memanggil dia mendekati . Bangun dia dari kantuk
. Cahaya itu tepat-tepat ke atas ubun-ubun . Sengaja dibiarkan biliknya
kosong tanpa langsir . Demi menatap si bulan yang dijadikan objek
sebagai ideologi kecantikan keatas seseorang wanita . Jendela itu masih
lagi sama . Memanggil dia mampir . Jeda . Tersenyum dia melihat
bayang-bayang yang dicipta sendiri . Mendekat dan menjauh diatas
kehendak dirinya . Sufi menatap jam di dinding . Tepat 3 pagi
sebagaimana yang diingini . Tuhan itu Maha Mengotakan Janji . Diminta
agar rohnya kembali pada pukul 3 selepas mati untuk sementara dan itu
yang dikota . Subhanallah . Sempat terukir pujian di bibir demi
memastikan dia tidak terlepas untuk menempah tiket ke syurga .
Belum sempat dia beralih dari kamar . Telefon bimbitnya
bergetar . Memutarkan lagu "Kemuliaan Ramadhan" . Sejak 3 hari yang
lepas , inilah mesej ringkas pertama yang diterima . Secara spontan
tangan kanannya mencapai . Dibuka SMS tersebut .
"Syakirah ??", guman Sufi . Setelah bertahun wanita ini
menghilang dari hidupnya . Kini muncul secara tiba-tiba . Diwaktu
seperti ini . Namun digagahi juga . Ibu jari dipaksa menekan pad nombor .
Rela dalam terpaksa dia membaca mesej tersebut .
"assalamualaikum
.. Happy Ramadhan Kareen Suff . Never be astrayed so far away even if u
r in d middle of happiness :) .May Allah bless u here n after . Forgive
me for any of my bad and wrongs , sorry for all . May each single
experience pitch us up forward . every problem u r encountering now an
afterwards , just make it simple as Allah always by ur side . May u have
a very bright future n blessed life . Any word that came from me , may u
took it as advices , or as motivation for ur heart . I don't deserve
such dat we call 'love' coz me , myself not even ready n perfect for
that . Now i got my new life some new motive an some new concept . That
nice Love can never be a true Love except u r putting it into Love of
Allah . Allah make us as khalifa and give us hearts , y we give it to
others ? May ur heart protected for another protected heart . I wish u
all the best akhi :) . jge hati sekecil2 hati , terjagalah hidup ini :)
wallau a'lam"
Tertegun . Titik . Mesej itu berakhir . Lama masa dirasakan
berlalu . Terlintas segala jenak erti berkasih suatu masa dahulu . Jauh
didongakkan kenangan tersebut . Dahulu mereka intim . Mengikat janji
sebagai kasih untuk melayari bahtera yang diimpikan setiap manusia pada
usia muda . Namun dia sempat tersedar dari lamunan dan khayalan dunia .
Dia masih belum bersedia untuk perkahwinan . Lantas diputuskan hubungan
terlarang itu . Melarikan diri dari kenyataan mencintai seorang wanita
perit bagi Sufi . Namun itu adalah solusi terbaik demi menjaga hati dia
dan juga hubungan bersama Pencipta . Tuntasnya dia masih mencintai
wanita bernama Syakirah . Maka tegak di hati , selepas 4 tahun di
perantauan akan dia pulang melamar wanita tersebut .
Siapa sangka angin tidak selalu bertiup ke arah timur . Matahari
tidak selalu tinggi di atas . Bulan tidak selalu cerah . Siang tidak
selalu hujan . Wanita itu bertindak liar dengan menjual kasih yang
diimpikan dulu . Hidup bersama seorang lelaki yang tidak sepatutnya
dijadikan teman hidup . Beransur di dalam kancah maksiat . Wanita itu
tidak menemui jalan keluar . Malah terus menutup pintu hati dengan kunci
syaitan . Zulmat . Hitam diselubungi dosa .
Terus dilupakan wanita tersebut demi mencapai cita-cita sang
ibu dan bapa . Setahun menangguk ilmu di perantauan . Dia pulang
menjenguk kampung halaman . Sesekali terdengar berita mengenai Syakirah
yang kini kembali merantaui pangkal jalan . Namun sudah lama jiwa dan
cinta kepada wanita tersebut dihempaskan ke lautan dunia . Biarlah
dirantai bersama kotak-kotak emas di dasar laut . Biarlah terbenam
selama-lamanya di lantai air masin itu .
*********************************************************************************
Tahajjud menjadi santapan rohani Sufi . Malam ke 4 di bulan
Ramadhan seakan tenang . Membelai hati mana-mana jiwa yang ditelangkupi
masalah duniawi . Cukup untuk menenangkan kalbunya yang sedang dilontar
perasaan berbelah bahagi . Terngiang-ngiang kata gurunya .
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan dengan beriman dan
mengharapkan rahmat Allah SWT, nescaya diampunkan baginya dosanya yang
lalu.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
************************************************************************************************************
Sekali lagi bunyi telefon bimbitnya memecahkan keheningan malam .
Sayup-sayup menanti balasan . Tergaman dia dalam dunia khayalan
ciptaannya sendiri . Angin menyampaikan berita . Bayu singgah menyambut
ceria . Hilai derai tawa mereka membawa dia ke dunia realiti . Warna
kuning skrin memenuhi ruangan infiniti biliknya . Bangun dia secara
perlahan . Sejadah dilipat dengan teliti . Tangan nya mencapai telefon
bimbit . Sekali lagi benaknya dipaksa membaca SMS itu .
" Kenapa ? Maaflah mesej tu ganggu awk " . Tidak ada gunanya maaf diwaktu ini Syakirah . Semua dh terlambat . Keluh Sufi melepaskan kekusutan di dalam kepala .
"erm Syakirah ?saya baru bangun . termenung sekejap. ada apa ?" bukan
berniat kasar untuk mencederakan sifat sopan . Namun terpaksa
dilakonkan sebegitu rupa . Berat-berat dia menekan butang send .
"oh ye ke ?jangan termenung . erm saya nak tanya sikit boleh ?" .ini lah yang ditakuti . Dia semakin berlembut . Namun terpaksa .
"ok tanya" .balasnya ringkas .
"awak tak de impian ke nk kawen awal ?" .bergetar
hati lelaki Sufi . Runtun tatkala ayat-ayat itu dibaca . Tak mungkin
aku akan kahwini kau . Tak . Jauh sekali untuk kita kembali bersama .
"erm
?impian ?smua mnusia mst brmmpi utk prkra itu . Saya pun tk prnh trfikir
utk itu . ye lah saya bljr di luar ngara , dgn mk ayah yg mgkin tdk akn
beri keizinan . jd tdk prnh trlintas utk itu . knapa ?"
"Jum kawen nk ? Smntr awak blum keje . Bia fmly sy yg tnggung saya . Awk jgn pk lain plk ea ," Sekali
lagi berderai hati bagai disambar halilintar . Mana mungkin . Setelah
setahun aku dibiarkan tanpa jawapan . Setahun aku jana segala air mata
dan doa . Namun kau lari dari menjaga hati . Dan hari ini kau minta aku
datang memeluk kembali haruman yang kau taburkan . Tidak !! Walau sekali
.
"tp
Syakirah , prkara ni brt . mn blh dlm stu mlm sy buat kptusan . sy msih
ad cita2 utk dicpai .sy kna ambil kra lagi ibu bp dn kwn2 sy . lgipun
..." sengaja dibiarkan ayat itu bergantungan . Agar dia tidak menjatuhkan tabir hatinya .
"xpe sy fhm :) just forget it k ?sy doakan awk berjaya :) "
"bkn mcm tu . lgipun .." sekali
lagi ayatnya digantung tanpa tali . Dia tidak mahu tabir hatinya
terjatuh . Biarkan dia digelar egois . Namun hatinya perlu dijaga untuk
seorang bernama isteri yang halal .
"lagipun ??" satu balasan yang mengharapkan jawapan yang munasabah .
" lgpun sy tdk pndai dlm mnjg hati dn bercnta . sy xnk semua brakhir spt dulu . cukup buat sekali " . Dititk noktahkan . Hatinya tidak akan lagi diberi pinjam begitu sahaja .
"sbb tu sy xajk awk bcinta . sbb sy dh fhm . Cinta sblm kawen x bwk k mana2 . tp cinta slps kawen InsyaAllah smpai k syurga " . Tenang ayat itu berlari meluncur mulutnya . Benarkah dia berubah ??
"sy
tdk pnya ap2 . hnya seorang ank kmpung yg hnya ad diri sndiri dn
keluarga . awk psti tdk snggp hdp dgn llaki spt sy . hdp sy tdk lain tdk
bkn hny utk ibu bapa " . Dia tidak akan jatuh walau dipaksa . Tegap . Biarlah .
" awk ingt sy nk hrta awk ?saya just nk lelaki yg boleh bmbng sy . xpe sy fhm " . Rajuk dalam diam . Dia faham apa yang diperkatakan . Namun dia masih keliru diantara ikhlas dan nafsu .
"mka
aturkan prmintaan awk kpd Allah . Jgn dirayu sgla cinta dgn sy .
Istikharah lah . Krna jwpn lisan sy tdk akn mmbuktikn apa2 " . Tirai
itu dilabuhkan sedikit . Manusia mampu berubah jika niat suci . Bukan
bermakna hatinya dilututkan untuk cinta yang hina dulu .
"istikharah ? ok . mmg yg trbaik . tp ad jg lelaki yg gnakan prkataan itu utk mncri sbb lain .xpe . " .
Dia menghidu segala ketidak senangan dengan pernyataan tersebut . Jika
telah ditutup takdir bersama maka tidak akan lari walau terpisah 2 benua
.
"sy
dh bnyk kli org mntk sy khwini . tp sy xberani . sbb itu sy mntk
istikharah . tgok . wnita yg dlu ingnkn sy akhirnya brsm org lain hsil
jwpn dri Illahi . " .Dibuka pekung di dada agar Syakirah mengerti .
Perkahwinan bukan umpama memilih baju . Namun ia adalah sesuatu yang
lebih berat dari itu .
"Jujur sy tnya . prmpuan lain pun awk ckp mcm ni jg ? " .
Sudah terlihat belang di sebalik penyamaran itu . Belum langkah kaki
dijejaki ke arah rumah tangga . Namun sudah ada rasa tidak senang pada
diri Sufi .
"
ye . smuanya sy ckp mcm ni . Istikharah lah Syakirah . Andai jwpn kita
sama . mk sy tdk akn ragu awk sbgai pnman hdp sy . Nmn sy mohon brlaku
adil kpd sy . Sy akn lakukn istikharah sy . Dn awk buat istikharah awk .
Jwpn itu mohon diberitahu , dn brlaku adil walau jwpn itu menyimpang
jauh dari hasrat hati " . Tiada jalan lain . Segala puji puja hanya
untuk Allah . Ajal maut dan rezeki di tangan Nya . Maka jodoh dan
perpisahan tetap terselit diantara semua itu .
" sy mntx awk pn sm . andai sy bkn yg terbaik , britahu sy dn sy akn terima semua tu "
"baiklah . andai awk adlh jdoh sy . sy mhon awk jdi istri yg taat kpd
suami . sggp lalui sush sng bersma . andai sy tiada kdrat untk brnyawa .
mk jadilah jantung untk sy mmpu mnghirup chaya " , Itulah sandaran kata-kata yang selalu diungkapkan pada mereka yang mengharapkan dirinya .
" :) InsyaAllah . saya harap awk msj sy ni bkn smata-mata nk mainkan prasaan sy . sy akn cuba buat yg terbaik " .Hurm . Keluh Sufi mengeluarkan seribu penyesalan . Betulkah jalan ini Ya Allah ?
"
dn ingt , andai awk bkn jdoh sy . sy mhon tidk kita truskan mncari
tali demi menyambungkan 2 jiwa kita . mohon undur diri . sy mngantuk .
Salam "
Perbualan
itu ditamatkan . Keluh kesah dia dalam mencari ilham sejernih ilham dari
Allah . Betulkah jalan ini Ya Allah ? Andai dia benar-benar dilantik
sebagai ketua bidadari ku . Maka jangan Engkau limpahkan aku dengan
kemaksiatan dan kealpaan sebelum menikahinya . Sinarilah aku dengan
cahaya keberkatan mu . Bawalah aku dan dia ke jalan Mu . Bimbinglah kami
jika benar termaktub jodoh itu ditulis nama kami bersama . Ya Allah aku
pohon jalan yang kau tulis untuk aku .
Namun , andai
tidak pernah berselisih isi hati dan jodoh kami . Jangan disatukan agar
aku tidak menyesal seumur hidup dan dia tidak menyesal sepanjang bersama
aku . Andai tidak pernah hati ini bersatu kerana cinta kepada Mu ,
Jauhkahlah kami berdua walau dipisah 5 benua agar tidak bermaksiat
kepada Mu . Berikan kami jodoh yang sesuai bersama kami . Agar kami
tidak menyalahkan takdir mu .
Ya Allah Ya Rahman . Jika telah tercatat nama ku disisinya . Maka bimbing aku ke Raudhah-Mu.
Sufi merintih dalam tangisan malam . Hujan mula renyai-renyai
membasahi bumi . Turut mendalami jiwa Sufi . Tenggelam dia dalam
kelayuan angin subuh .
*********************************************************************************
Diari Penoktah Cinta V3
"Sufi !!! " lantang jeritan
dari luar memenuhi segenap penjuru rumah . Ayahnya bercekap pinggang
.Menanti kelibat si anak yang sedang nyenyak dibuai mimpi .
"Yaww ayah ??", Muhammad Sufi muncul dari tingkap biliknya . Gelap alam
ditatap . Diselak sedikit rambut yang mulai memanjang . Ahh cerah
fatamorgana di pagi hari ini .
"Bersiap cepat . Nak pergi
rumah kawan ayah . Dia ajak kamu pergi " , cepat ayah melafazkan
kata-kata . Tertegun Sufi . Mengapa hanya dia yang dipelawa pergi
sedangkan kesemua adik beradiknya mencukupi bilangan 9 orang . Namun
segala tanggapan dan sangkaan ditolak . Mungkin ada yang pakcik itu nak
bincangkan dengannya . Memandangkan dia memegang jawatan yang dalam
beberapa buah persatuan .
"Nanti pakcik tu tanya apa-apa ,
jawab dengan elok ye Sufi ? Jaga tutur kata dan adab dengan pak cik
Husin tu . Dia dah tua " , sekali lagi pelbagai andaian yang tidak enak
hinggap di benak Sufi . Apakah agenda ayahnya ? Apakah ? Namun persoalan
itu hanya ada membeku di dalam dada .
***********************************************************************************
Fortuner WRS 878 itu diparkir berhampiran garaj utama . Sufi
melangkah . Kaki kiri mencecah bumi . Dia menghirup nafas . Mengambil
kira segala kemungkinan yang terjadi . Pandangan dialihkan ke rumah
banglo bercat kuning itu . Atmosfera yang ada bagai menggamit lagi rasa
ingin tahu yang ada di dalam dirinya . Ahhhh . Keluhan panjang
dilepaskan . Memberi isyarat bahawa dia sedia melalui apa-apa dugaan .
"Ha sampai dh ustaz Sulaiman ? Masuk-masuk . Jangan duduk kat luar je "
. Uncle Husin tampil menghulurkan salam . Terkedu dengan khayalan yang
dialami , Sufi pantas menyambut salam yang dihulurkan . Dia bangun demi
menghormati orang yang lebih tua . Salam bertukar tangan . Sufi membalas
senyum yang dilemparkan . Senyum itu penuh dengan harapan . Anak mata
yang bercahaya .
"Masuk lah Sufi . Tengok-tengok apa ada
kat dalam " . Uncle Husim mempelawanya masuk sedangkan ayahnya berbicara
sepatah dua perkataan di ruang tamu . Curiga mengetuk jiwa . Namun
sebagai tetamu Sufi masuk ke dapur yang bersebelahan dengan ruang tamu .
"Ah ini lah ye Sufi ? Auntie dah lama tunggu kamu . Ha duduk Sufi .
Nanti Auntie mintak Ani hidangkan nasi " . Terpana Sufi . Siapa Ani ?
Hidangkan nasi ? Makcik takkan la tak boleh hidangkan ?
"Ha
Sufi . Ini la Ani . Dia nak pergi belajar abroad sama dengan Sufi jugak
. Jadi makcik mintak tolong-tolong tengokkan Ani ni ye ? Sebab dia ni
budak-budak lagi . Tolong ye Sufi ?" . Harapan dilontar terus ke pundak
Sufi . Dia faham benar kata-kata dan kalam itu . Namun terlalu awal bagi
dia . Tak mungkin . Husy ...Keluhan berbunyi sesalan hanya bergema di
hati . Sufi sedang bermonolog . Sepatutnya ayah dan ibu membincangkan
hal ini sebelum mereka berangkat pergi . Dia juga punya hak menyuarakan
isi hati . Tidak mungkin diterima wanita yang belum dia kenali walau
nama penuhnya ?
"Macam mana Sufi ?Sufi rasa ok k ? K nak
buat ape ?" Wanita yang dikenali sebagai Auntie Zanariah bertanya dalam
kuntuman senyuman . Berat untuk dia jawab . Senyum sekadar penggalas
beban . Direnung mata perempuan yang bernama Ani itu . Ani bagai
mengerti . Hati mana yang mampu menahan rasa malu . Hurm ..Sekali lagi
keluhan dilepaskan berputar-putar di dalam jiwa . Berat untuk Sufi
menjawab .
"Eh Sufi . Meh duduk kat sini . Uncle nak borak
dengan ayah kamu " , Uncle Husin mempelawa kerusi tempat duduknya
ditukar . Mata Sufi merudum ke arah kiri . Mengelak pertemuan mata
bersama Ani . Kerusi itu secara tepatnya bersebelahan Ani . Bingkas Sufi
bangun cuba meraih tenaga . Namun kembali duduk dengan tenang .
"Tak pe la Uncle . Saya duduk sini je la . Saya nak makan buah ni " .
Jawab Sufi dalam tawa . Cukup untuk memberitahu dia belum bersedia untuk
semua ini . Sunyi sepi ruang makan dengan jawapan Sufi . Walau hanya
respon kepada pertukaran tempat duduk , namun ia sudah cukup simbolik
kepada hati dan jiwa yang sedang dibicarakan .
Belum tertutup
malu Sufi , Ani bingkas bangun dan berjalan ke sinki . Meninggalkan
ruangan makan . Maafkan saya Ani . Mungkin tidak ada yang tersimpul
diantara kita . Saya belum bersedia untuk semua ni . Kita masih jauh
dari mengenali hati budi masing-masing . Awak ada jejaka yang awak ingin
lanjutkan jodoh dengannya . Begitu juga saya . Saya juga ada wanita
yang saya ingin harungi hidup dengannya . Ambil masa yang ada . Fikir
dan renungkan apa yang ada . Monolog Sufi melalui pertemuan mata bagai
difahami oleh Ani . Namun Sufi masih belum mengetahui sejauh mana dan
seserius mana semua ini .
**********************************************************************************
"PILIHAN KELUARGA ATAU PILIHAN SENDIRI ???"
Status
update dari Sufi mencecah jawapan yang beraneka warna dari sahabat alam
maya . Ada yang menyokong ada yang membantah . Namun segalanya
membuatkan Sufi berfikir lebih panjang dan matang dalam membuat pilihan .
ISTIKHARAH CINTA . Ya . Itu adalah jawapan yang diterima
dari sahabatnya . Hati manusia itu ada pada Sang Pencipta . Maka tanya
Perekanya apakah yang terbaik demi memenuhi rasa jiwa dan cinta .
:Nisah wei . aku ad mslh la .hurm : Send . Butang ditekan . Menghantar mesej kepada teman yang berlainan jantina ........
......................................
.......................................
......................................
:Pehal wei ?Aku dalam kuliyah nih . Tapi takpe .. Bosan juga doe dalam mende ni . Ha story kat aku : Balasan yang diterima membazirkan waktu 10 minit menunggu . Masa bergerak lambat di pihak Sufi .
:xde la kn . mk ayh aku bwk aku pg rmh kwn dia . srh aku kawen dgn ank dia . ad k ptut ? aku xknl2 pun pmpuan tu :( : Nisah
. sahabat sehati sejiwa . Walaupun perkenalan mereka singkat . Namun
dia menemui wanita ini seorang yang berpandangan luas . Tidak kurang
juga sentiasa memberikan semangat yang bermotivasi .
:Wei come tak perempuan tu ? Kalau comel ambik je la . Apa susah kan ? Kau jugak yang gila comel dari dulu lagi . : Agak sakit hati membaca . Namun itu yang menaikkan moral Sufi . Sentiasa cheer up dan happy-go-lucky .
:bukan la . kau xphm nisah . aku xsedia lagi utk smua ni . lgpn ht aku kt org lain . mn aku mmpu sdgkn aku ska YAM : Sukar
hati mengakui telah berkurun lamanya diculik namun Sufi tetap akur
hatinya lumpuh kepada wanita bernama Maryam . Namun hasrat hatinya
pernah diluahkan kepada empunya tubuh . Bagai dihentam halilintar , dia
ditolak 3 tahun yang lepas secara mentah-mentah . Dengan berstatus
lelaki playboy , Sufi merasakan egonya bagai dihempas . Segala wanita
yang diingini sentiasa mendamping ketika dicairkan dengan kata-kata
manisnya . Namun berbeza dengan Maryam , wanita itu tetap dengan prinsip
dan visi yang tersendiri .
:Yam ?Hurm aku tak tahu la
.Kenapa kau tak cakap sendiri kat Yam kau suka dia ?At least kau dh
dapat tahu jawapan dari dia . Tak de la aku tengok kau seksa . Dah 3
tahun Sufi . Aku tengok kau tak give up pon kat Yam : Masa berlalu
pantas . 3 tahun Sufi mencintai wanita bernama Maryam dalam diam . Namun
itu yang dipendam . Selama 3 tahun hatinya tertutup dari menyukai
mana-mana wanita yang hadir .
:kau xkn fhm nisah . aku
xsggp kcwa lg . i'm not full mentally prepared . aku dh prnh kna tlk dgn
dia dulu . aku xsggp prsaan aku kcwa . aku xpe kcewa . tp aku xnk tgk
ht aku sedih lagi : Ya . Ditolak secara mentah-mentah 3 tahun yang
lepas cukup memeritkan hatinya . Peristiwa itu memberi kesan yang
mendalam dalam hidup Sufi . Hayatnya berubah 360 . Mula berubah secara
perlahan-lahan menuju lelaki yang soleh . Hatinya tetap tidak mampu lari
dari menghambat perasaan yang sentiasa bertambah dari hari ke hari .
:Erm
. Tapi kau nak buat ape ?Kau istikharah la Sufi . Pegi buat cepat . Aku
ada kuiz esok . Tak leh nak ms8 kau lama2 . K salam . Buat tu
istikharah :
************************************************************************************
Sufi melabuhkan hatinya untuk Illahi . Memohon agar diberi segala yang
terbaik di dalam hidupnya . Itulah gunanya istikharah . Jika jawapan
tidak diingini maka itulah yang terbaik .Jika jawapan kena dengan hati
maka itu juga yang terbaik .
Ya
Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan
penetapan dengan kesuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar,
sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak
mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan jodohku baik untukku dalam
agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku
dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya
jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan
jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik
saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.
Jika termaktub aku sebagai penemanmu di dunia dan syurga , Maka Ya
Allah satukanlah aku walau apa yang terjadi dengannya . Sucikanlah aku
dari was was dan segala anasi yang mengucar kacir hati ku dari membuat
pilihan . Semaikan rumah tangga aku dengan bunga cinta dan kuntuman
rindu . Taburkan benih sayang dan biarkan kelopak kasih kepada Mu bebas
berterbangan di ruangan perkahwinan kami . Hati kami ini hanya layak
sebagai hamba bukan sebagai raja . Maka jadikan cinta kami ini akar
kepada tunjang kasih kepada Mu . Berikan kami ketabahan dan kesabaran
jika rumah tangga kami dihentam bada dan dipulas puing masalah yang
menimpa . Berikan kami hati yang sentiasa redha dengan harta , rezeki
dan juga apa-apa yang ada pada kami . Sesungguhnya kami hambaMu yang
lemah .
-Masih menanti Maryam
-If u were a tear , i dont want to cry because i might lost you forever .
Sufi melelapkan mata di atas sejadah . Berharap agar jawapan berbentuk mimpi muncul mencuit dan menenangkan hati yang gundah .