"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Tuesday, November 27, 2012

Ilmu antara sebab tak dapat syurga ...

            Ye . Dengan kata lain atau kalimah yang lebih kasar . Dengan ilmu itu tiket kita ke neraka . Semua manusia tahu dan semua manusia faham apakah kesan ilmu dalam kehidupan seharian . Sebagai pemangkin . Sebagai pencetus . Malah sebagai pemusnah juga .

           Kita di zaman ini sedang menghadapi sesuatu perkara yang bermanfaat jika pada jalannya namun mudarat jika terpesong dari landasannya . Yaitu intelek dan juga sawang ilmu yang meluas tanpa sempadan . Cubalah anda google sahaja apa benda yang anda tak tahu . Malah yang tak pernah terlintas di kepala untuk anda tahu . Malah perkara yang tak pernah anda fikir akan terlintas di fikiran manusia sekalipun . Ia tetap ada di dalam enakmen keluasan fikiran Mr Google .

         Bermanfaat malah menjimatkan 90 % waktu kerja dan tenaga yang digunakan . Namun , ia tampak memudaratkan apabila manusia mula meluaskan skop pandangan kepada sesuatu yang jauh dari simpangan asalan manusia .

          Pornologi kian menjangkiti alat yang bernama Internet . Lihat sahaja kepada iklan-iklan di halaman-halaman yang terkemuka . Separuh dari mereka mula menggunakan alternatif pornologi sebagai tarikan minat kepada pemuda pemudi zaman bangunan pencakar langit ini . Ya . Kita dewasa dan mampu berfikir secara waras dan rasional . Ya itu adalah mahasiswa dan "kita" . Bagaimana dengna generasi selepas kita ? Adakah daya intelek dan tahap pemikiran mereka sama ?? Adakah waras itu singgah di mata mereka dan rasional terngiang-ngiang mencubit cuping telinga ??? Golongan tua dan remaja mampu dibentuk dengan kesedaran . Namun mampukah kanak-kanak yang beristanakan permainan pasir dan berajakan khayalan kartun dicelikkan dengan kesedaran ???

         Jauh untuk membaiki malah mencegah . Kartun hari ini jelas mempamirkan sifat dan sikap negatif lantas meracuni jiwa anak muda yang bergelar panji negara suatu hari nanti . Disney sebagai contoh . Dari kaca mata ibu bapa ia adalah hiburan untuk mereka menjana IQ dan sebagainya . Namun tidak kepada mereka yang memerhatikan analogi sebenar dan tujuan asal kartun itu . Di setiap penghujung cerita malah di pertengahan cerita , banyak bahagian yang dikotori adegan adegan yang saya rasa meluat di mata ibu bapa . Malah kotor pada fikiran anak-anak.

        Untuk itu , untuk apa agamawan itu hidup ? Untuk apa  ??? Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan mereka yang lama dibaham dadah hiburan . Maka ...



     Sampaikan apa yang patut kita lakukan wahai penghuni agama Allah . Untuk apa ilmu itu ditaut dan dikaut jika tidak dicurah kembali ?? Suatu hari nanti anda dan juga saya bakal ditanya ke manakah ilmu itu ? Dan dengan apakah kita terapkan ilmu itu ?? Adakah dengan ilmu itu menjadi pass masuk kepada pintu syurga Allah atau sekadar semudah thumbprint untuk ke neraka Allah ??

         Maka sampaikan tentang Islam walau sepatah . Ilmu yang ada . Jadikan ia satu hadaf untuk membayangi agama Allah sehinggalah Hari Di Mana Kaki Dan Tangan Berkata-Kata .


Hinanya aku disebabkan ilmu ku .

Kerana dengan ilmu itu aku masih gagal meletakkan diriku dekat kepada Pencipta .
Walaupun adanya ilmu itu aku masih lagi hanyut dibaham dunia .
Walau bersama ilmu itu aku masih mabuk meneguk arak cinta .

Hinanya manusia dan 'aku' dalam waras yang nyata .
Muliakah aku sebagai penuntut ilmu walau selaut tinta terpalit bersama ??

Allah . Hinanya aku walau tetap bersama ilmu Mu.









-Kalam Hina 

No comments:

Post a Comment