"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Monday, March 9, 2015

The Day that I feared the most already here..

Hari yang paling aku takutkan akhirnya jejakkan kaki..
Ye.. mungkin anda tak tahu.. tapi aku yang mengalami.. aku yang sedang alami..
Akhirnya... bila sahabat balik ke malaysia berijazah. maka aku balik dengan tangan yang kosong..

 
1 hb 3 2015


      Ayah sampaikan berita yang aku rasa dah lama aku expect berlaku.. tapi tak pulak aku sangka secepat ni dia sampai.. Ayah kata 'ayah xmampu nak tanggung pelajaran qawi lagi'.. Nafas aku normal waktu tu.. aku yakin ini akan berlaku .. tapi bkn pada penghujung pelajaran yang hanya tinggal 4 sem berbaki.. Aku tarik nafas.. Garapkan realiti yang sedang terjadi.. Aku tanya ayah '4 sem lagi.. qawi kna balik k ni ?' .. Ayah dan umi hanya dia .. Kata umi 'Umi kering ni qawi. Rajeh nak masuk Uni.. Baha ke sekolah menengah.. Imtiyaz SBP.. Adik di IMTIYAZ Besut'
        Aku tahu perbelanjaan bulanan aku memakan hampir 70% kewangan keluarga dalam masa sebulan. Dengan status ayah sebagai pesara ahli politik yang membangkang kerajaan. Apa yang kami dapat harapkan dengan wang gaji pencen yang tertangguh dan terkadang tidak ditunaikan. Bagi aku itu perkara biasa yang terjadi. Tapi tidak aku jangka pada pengakhiran pelajaran. Dengan berbaki 4 sem atau 5 sem bergantung kepada keputusan. Siapa yang nak berpisah dengan Ijazah Sarjana Muda di depan mata. Hatta aku yang tidak pernah merasa manisnya Bahasa Arab ini pun merasakan sakitnya berpisah dengan kejayaan hanya di depan mata.
        Benar jika Allah ingin tarik sesuatu. Maka Dia tidak perlukan setahun, sebulan malah sehari.Dengan hanya sekelip sahaja mata harapan aku hancur. Maka aku terpaksa tinggalkan setiap pelajaran dan memori aku di sini.. Dan aku ambil tekad itu untuk pergi.



3 hb 3 2015


          Hari ini aku hanya menahan air mata. Ahmad di depan ku. Kami berjalan seiringan.. Dia punya 3 sem sahaja lagi sebelum bergelar Sarjana Muda Bahasa Arab. Dan aku hanya 4 sem sahaja lagi sebelum menggalas gelaran yang sama. Aku renung Ahmad. Bertanya adakah ini keputusan yang sepatutnya aku ambil ? Katanya sokongan 100 peratus sentiasa dia berikan tak kira kemana aku bawa diri selepas ini. Maka kami singgah di qabul tasjil. Soal keluar dari uni ini agak rumit ditambah lagi dengan pekerja dari orang arab. Aku hulurkan kad pelajar sambil berkata 'saya nak keluar dari yarmouk. sambung ke malaysia' .. Balasnya.. 'tamat sem ni kamu datang balik jumpa aku , ambil sijil dan bergambar' .. Allahu. Perit menular jantung. Air mata aku tahan.. Dada berombak. Tapi aku tegaskan bahawa aku ingin keluar dari uni dan sambung ke malaysia tanpa menamatkan pengajian aku di sini..
           Dokumen-dokumen berkenaan dikeluarkan. Maka berulang-aliklah aku dan Ahmad mencari tanda tangan dan juga cop dari orang atasan Yarmouk. Sekali dua aku dimarahi kerana tidak menamatkan pengajian walaupun sudah berbaki 4 sem sahaja lagi. Hanya senyuman mampu ku balas. Hambar.. aku tahu itu yang terlukis di wajah. Setelah tanda tangan setiap ketua unit telah aku ambil. Maka beransur aku ke perpustakaan untuk memenuhi tanda tangan yang terakhir.. Bersama kad pelajar aku hulurkan dokumen itu. Dicapainya tanpa sebarang kalam.
          'Prap'. Satu bunyi yang agak kurang menyenangkan menghiburkan suasana sunyi perpustakaan. Dikembalikan kad pelajar ku bersama dokumen. Yang pertama aku lihat adalah kad pelajarku yang berlubang. Tumpah air mata waktu itu. Ahmad masih lagi di luar maktabah ekoran tidak ada kad pelajar bersama beliau. Ku kesat air mata. Kerana ini takdir.. bukan yang ku pinta.


6 hb 3 2015

            Tiket oman telah aku beli untuk ke malaysia. Tarikhnya adalah 7 hb 4. Maka berbaki sebulan untuk aku berhibernasi dan berdiam diri di rumah. Ada sahabat yang tahu dan ada yang tertipu dengan topeng gelak tawa dan senyumanku. Sungguh aku menangis di malam hari menaruh air mata atas dugaan ini. Siangnya aku bergelak tawa menghitung duka di sebalik palsunya manis muka. Tapi hati ku sentiasa menangis dan luka. Goresannya halus tapi sakit tak dapat dilupa..
           Maka tuhan. Aku serahkan diriku pada Mu.. Sungguh aku tidak mampu melihat lagi masa hadapan yang tersedia untuk ku. Aku serahkan diriku pada Mu..