"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Tuesday, January 31, 2012

marah bukan tanda benci .marah itu sayang tersangat ....





.haaaaaaa .awat ?tampaq kang .hahah .salam semua .semenjak balik jaulah dengan akhawat kedah .tiap2 hari dok main cakap kedah .jangkit2 .haha .ops .jangan lupa prinsip anda .jangan lupa .biarkan hati berkubur bersama kisah lalu .semoga tetap berkubur .memang hakikat aku dh hilang perasaan .kan ?haha .semoga tetap dalam keadaan yang sama ..kerana itu lebih baik bagi aku .erm hari ni baca blog akhawat sejaulah .hahaha .ade ke .dia tulis tu balik semua yang aku marah dia time dia sakit kaki .hahaha .sambil2 gelak sambil2 baca .lawak jika ingat balik .mungkin akhawat tu xtgok kot muka aku time tu .aku marah dia sambil sengih tu .sambil2 angkat peace .cuma nada suara tu aku tekankan supaya tegas .klu cakap lembut2 kang xpaham .baik cakap keras terus .hehe .ha .ni hari nih .baru je update madah nk belajar .erm ..4 madah .cukup balance dah .jap upload gambar jap .






erm tu lah kelas untuk sem kedua .so kena struggle sikit .siap2 belajar kena buat nota .sebab xde nota xingat lah ape yang belajar .dari xingat langsung .baik ade dalam buku .nmpk gaya xleh lalai kali nih .sem pertama dah beri pengajaran yang cukup bermakna dah .maka dh kenal dunia Uni macam mana .so kena fit in .jangan lalai dengan segala yang ada di sekeliling ..


oke hari ni .ada tanya apa itu sembahyang hifzi .credit to them .mereka pon xtahu k aku pon xtahu sangat tnentang nih .so dengan sedikit sumber dan rujukan .maka dapat lah aku buat sedikit tentang sembahyang hifzi .


bismillah ..oke .pada asas nya sembahyang hifzi ni adalah sembahyang sunat yang biasa nya dibuat oleh mereka2 yang hafal quran .antara satu punca utama .sebab kadang2 susah nk hafal .sebab ada ayat2 Quran nih .ada yang sama .yang sama tak pe lah sebab senang sikit hafal .yang jenis dekat2 sama tapi hanya tukar dhamir je ,kadang2 agak susah untuk baca .lagi lah susah untuk hafal .erm .jadi para penghafal al-quran nih memang selalu buat sembahyang hifzi .dan kebiasaan mereka buat pada malam jumaat (mengikut pengalaman) .dan dari mana sembahyang hifzi ni terjadi sebenarnya ?asal nya adalah kisah Ali r.a. mengadu kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang kepayahan dan kesukaran beliau untuk mengingati al-quran yang sedang dihafal .maka pada masa itu .baginda menasihatkan Ali untuk solat sunat hifzi untuk menjaga ingatan .dan hadith tersebut berbunyi sedemikian .



عن عَطَاءِ بن أبي رَبَاحٍ وَعِكْرِمَةَ مولى بن عَبَّاسٍ عن بن عَبَّاسٍ أَنَّهُ قال بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ جَاءَهُ عَلِيُّ بن أبي طَالِبٍ فقال بِأَبِي أنت وَأُمِّي تَفَلَّتَ هذا الْقُرْآنُ من صَدْرِي فما أَجِدُنِي أَقْدِرُ عليه فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يا أَبَا الْحَسَنِ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ الله بِهِنَّ وَيَنْفَعُ بِهِنَّ من عَلَّمْتَهُ وَيُثَبِّتُ ما تَعَلَّمْتَ في صَدْرِكَ قال أَجَلْ يا رَسُولَ اللَّهِ فَعَلِّمْنِي قال إذا كان لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَقُومَ في ثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَإِنَّهَا سَاعَةٌ مَشْهُودَةٌ وَالدُّعَاءُ فيها مُسْتَجَابٌ وقد قال أَخِي يَعْقُوبُ لِبَنِيهِ ( سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ) يقول حتى تَأْتِيَ لَيْلَةُ الْجُمْعَةِ فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ فَقُمْ في وَسَطِهَا فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ فَقُمْ في أَوَّلِهَا فَصَلِّ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ في الرَّكْعَةِ الْأُولَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةِ يس وفي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَحم الدُّخَانِ وفي الرَّكْعَةِ الثَّالِثَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وألم تَنْزِيلُ السَّجْدَةِ وفي الرَّكْعَةِ الرَّابِعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَتَبَارَكَ الْمُفَصَّلِ فإذا فَرَغْتَ من التَّشَهُّدِ فَاحْمَدْ اللَّهَ وَأَحْسِنْ الثَّنَاءَ على اللَّهِ وَصَلِّ عَلَيَّ وَأَحْسِنْ وَعَلَى سَائِرِ النَّبِيِّينَ وأستغفر لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلِإِخْوَانِكَ الَّذِينَ سَبَقُوكَ بِالْإِيمَانِ ثُمَّ قُلْ في آخِرِ ذلك اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ يا أَبَا الْحَسَنِ فافعل ذلك ثَلَاثَ جُمَعٍ أو خمس أو سبع يجاب بِإِذْنِ اللَّهِ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ ما أَخْطَأَ مُؤْمِنًا قَطُّ قال عبد اللَّهِ بن عَبَّاسٍ فَوَاللَّهِ ما لَبِثَ عَلِيٌّ إلا خَمْسًا أو سَبْعًا حتى جاء علي رَسُولَ اللَّهِ في مِثْلِ ذلك الْمَجْلِسِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ إني كنت فِيمَا خَلَا لَا آخُذُ إلا أَرْبَعَ آيَاتٍ أو نَحْوَهُنَّ وإذا قَرَأْتُهُنَّ على نَفْسِي تَفَلَّتْنَ وأنا أَتَعَلَّمُ الْيَوْمَ أَرْبَعِينَ آيَةً أو نَحْوَهَا وإذا قَرَأْتُهَا على نَفْسِي فَكَأَنَّمَا كِتَابُ اللَّهِ بين عَيْنَيَّ وَلَقَدْ كنت أَسْمَعُ الحديث فإذا رَدَّدْتُهُ تَفَلَّتَ وأنا الْيَوْمَ أَسْمَعُ الْأَحَادِيثَ فإذا تَحَدَّثْتُ بها لم أَخْرِمْ منها حَرْفًا فقال له رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عِنْدَ ذلك مُؤْمِنٌ وَرَبِّ الْكَعْبَةِ يا أَبَا الْحَسَنِ قال أبو عِيسَى هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إلا من حديث الْوَلِيدِ بن مُسْلِمٍ

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Ato’ bin Rabah dan Saidina Ikrimah(hamba kepada Saidina Ibn Abbas),mereka berdua meriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma katanya:Ketika kami bersama-sama dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam , tiba-tiba datang Saidina Ali bin Abu Talib radhiyallahu anhu mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam: Demi sesungguhnya ya Rasulallah ,aku secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-quran yang telah dihafaz(telah hilang secara tiba-tiba daripada ingatanku),telah aku cuba untuk mengingatinya tetapi aku tidak mampu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Wahai Abu al-Hasan(gelaran kepada Saidina Ali radhiyallahu anhu),Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang mana ianya akan memberikan faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari serta mengukuhkan lagi ingatanmu terhadap apa yang engkau pelajari?Kata Saidina Ali radhiyallahu anhu:Tentu sekali aku mahu ya Rasulallah,ajarkanlah aku perkara tersebut.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Bilamana tiba malam Jumaat maka jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, yang mana waktu tersebut adalah waktu terakhir yang akan disaksikan oleh Para Malaikat, dan waktu yang mustajab doanya, Sesungguhnya saudaraku Yaakub alaihi al-salam telah berkata kepada anaknya ( seperti yang dihikayatkan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam surah Yusuf ayat 98) maksudnya: Aku akan memohon ampun bagimu kepada Allah taala dan Saidina Yaakub alaihi al-salam menyebutkan (pada malam Jumaat nanti).Tetapi jika kamu tidak mampu untuk bangun pada waktu tersebut,maka (bolehlah untuk kamu) bangun pada pertengahan malam,dan jika tidak juga mampu,maka bolehlah bagimu bangun pada permulaan malam.Dan dirikanlah solat sebanyak 4 rakaat.Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk.Apabila kamu telah selesai tasyahhud maka berzikirlah memuji Allah taala,kemudian pujilah Dia dengan sebaik-baik pujian, dan selawatlah kamu ke atas aku dengan sebaik-baik selawat dan selawat juga ke atas para Nabi dan mohonlah ke ampunan ke atas golongan Mukminin dan mukminat dan kepada saudara-saudaramu yang telah mendahului kamu dengan keimanan mereka kepada Allah taala dan kemudian sebutkanlah olehmu pada akhir( pujian-pujian dan doa kamu tersebut) dengan doa ini:

اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam lagi: Wahai Abu al-Hasan,lakukanlah olehmu solat ini pada tiga kali Jumaat, atau lima Jumaat , atau tujuh Jumaat ,Dengan Izin Allah akan mustajab doamu tersebut.Demi tuhan yang mengutuskan aku dengan kebenaran tidak akan tersalah sedikitpun seorang mukmin (yang beramal dengan perkara ini).
Kata Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma: Demi Allah, Tidak lama selepas Saidina Ali radhiyallahu anhu melaksanakan perkara ini lebih kurang lima kali atau tujuh kali maka Beliau sekali lagi datang bertemu Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam majlis yang seumpama sebelumnya dan beliau berkata: Ya Rasulallah,Aku sebelum ini hanya mampu menghafaz empat ayat dan seumpamanya sahaja, bila aku membaca semula maka ianya akan hilang, tapi sekarang aku sudah mampu menghafaz 40 ayat dan seumpamanya ,bilamana aku membacanya semula aku mendapati seolah-olah al-Quran berada di depan mataku. Begitu juga dengan hadismu ya Rasulallah,bila aku mengulang-ulangnya maka sekejap sahaja ianya akan hilang daripada ingatanku, tetapi sekarang ya Rasulallah, bila kamu menyebutkan hadis tersebut maka tiada satu huruf pun daripadanya hilang daripada ingatanku. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam bila mana mendengar perkara tersebut: Demi Tuhan Pemilik Kaabah ,Kamu adalah mukmin (benar-benar beriman dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam)wahai Abu al-Hasan.

http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/04/solat-hifzi-adakah-ianya-bidaah.html



.kitab sunan tarmizi 3570 .

dan begitulah bagaimana bermula kisah solat hifzi .namun ramai yang mempertikaikan kesohehan hadith ini .maklumat lanjut boleh cuba cek blog tersebut utnuk huraian yang lebih panjang .tapi ingat .apabila kita tidak ingin mengambil sesuatu dari hadith2 yang bukan berstatus hassan atau soheh .bukan bermakna hadith tersebut adalah hadith maudhu' atau yang hadith palsu .jangan lah kita taksub dengan sesuatu pendapat melainkan pendapat itu punya bukti dan nas2 yang kukuh .jika hadith bersifat dhaif .masih boleh untuk kita jadikan amalan .namun hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujjah .jika ke mana2 pusat tahfiz .kebanyak mereka melakukan solat sunat hifzi .dan pada saya sendiri yang melalui pengalaman menghafal al-quran selama 5 tahun .solat sunat hifzi ini berkesan .kerana bila kita solat sunat hifzi .hafalan yang dibaca .mestilah jangan letakkan al-quran dihadapan .melainkan menggunakan daya ingatan sendiri .secara tidak langsung .mengasah ingatan secara perlahan-lahan .

wallahua3lam .


jumpa lembaran lain .hehe .semoga beroleh pahala dari Allah .


Tinta Cinta bukanlah bermakna perasaan yang mengharap .tidak lain tidak bukan hanyalah suatu penulisan yang hanya ditulis oleh mereka yang telah mati hati nya .


31 Januari 2012
12.00 p.m. 

Semsemah , Syari3 Jamiah 
Irbid , Jordan

No comments:

Post a Comment