"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Saturday, June 30, 2012

Jalan itu berliku ...Laluan itu berduri ...

Salam Mahabbah ^^


Dalam kita tersenyum gembira ...
Ada insan yang sedang berduka lara ...

Dalam kita hanyut dibawa hilai tawa ...
Ada manusia sedang bertabah jiwa ...

Namun dalam kita kesedihan ...
Ada manusia dalam kesusahan ..

Jauh kita dibawa tangisan ...
Maka ramai lagi menanggung kesakitan ...



Entry ini khas untuk mereka yang membantu saya dalam meraih semangat dan jiwa ketika menempuh dugaan berkenaan tiket tempoh hari . Hari itu hanya tuhan yang mengetahui betapa hancur jiwa lelaki dipermainkan wanita yang dipercayai . 3 hari bermalamkan air mata . Tanpa segan silu , saya telah jauh dari berharap kepada Allah . Terus menerus menyalahkan takdir dan hilang tempat bergantung kepada tuhan . Sedangkan saya tahu ...

"Allah itu menurunkan musibah kepada hambanya kerana Dia terlalu rindukan rintihan hambaNya itu"


Namun sudah menjadi tabiat insan bertopengkan keimanan yang palsu , sudah pasti hilang tempat bergantung . Maka , tanpa tangan yang menghulur . Jauh sekali hati untuk berbalik kepada mencari Illahi .

Sehinggalah satu suara

"Sabaq la qawi , apa-apa benda Allah dah letak yang terbaik aih "


Hanya sebaris kalam yang menyedarkan . Maka terdetik di hati , begitu jauh aku meninggalkan Allah sedangkan segalanya hanyalah dari kudrat dan jangkauan kuasaNya . Sekali diberi musibah , maka terujilah hati manusia yang rapuh dengan kecintaan kepada dunia .

Terima kasih Kak Wani . Kerana pacu kembali semangat . Semoga cepat sihat d^_^b .

Dan kepada mereka yang tak ditag nama .jangan bimbang .


saya tulis kat sini ----> Kak Salamah , Kak Bieha , (serta kak2 dari dari Unisza .tak ingat nama) kerana sentiasa bersama dalam mencari wanita tersebut . juga dalam membantu memulihkan semangat .
Kak Alya dari mafraq -meminjamkan duit sebanyak 200 dinar tambah2 membantu mengurangkan beban
Kak Asma sekeluarga + Kak baya + faqih -ajak makan di mafraq dan bincangkan segalanya .
Sakinah - yang turut sama membantu dalam mesyuarat
Zulfa - tolong kalutkan keadaan
Najah - tulung ngepek
Ahli qisim Lughah - yang menghulurkan tangan dalam menangani masalah ini
Abbad Saufi - turut datang ke Irbid dalam membantu memulihkan semangat
Shaiful - sentiasa dengan gelak tawa
Muiz- senior kedebe kito . bantu tulung telefon kepada orang2 penting .
YDP Alimin - sebagai abe sulung tlg tgok adik dalam masalah .
Ahli rumah B.T.T - kerana memahami semasa diri dilanda masalah
Zaini - tlg telefon tulung kesian tlg beri kata-kata nasihat , meme saye ko saing hk nih .
Mukrim & Syuk - post atah wall kata-kata nasihat supaya sabar .
Ali Tarmizi - yang mengalami masalah tiket yang sama (dia balik seminggu selepas kejadian itu dan dia juga ada masalah yang sama .juga beli tiket dengan wanita tu )


Dan juga paling penting kepada Faysal - 3 hari 3 malam dia tak tidor semata-mata nak tgokkan sahabat dia yang berselimutkan air mata . agak-agak berapa banyak duit dia habis tulung beli nasik lagi .. walaupun sebelum ni saya tinggalkan dia selama sebulan sebah salah faham . tapi dia tetap membantu . salute ah sahabat ;) ...

Sekian ucapan terima kasih sejuta kali ucap pun tak dapat nak balas lagi jasa kalian . Syukran .

Friday, June 29, 2012

Tugas sebenar agen perubahan ...

Salam Mahabbah ^^

Dalam menjejaki alam ilmu dan juga zaman siber , ramai diantara kita tersungkur dalam mencari identiti sebenar . Sedangkan ditetapkan seseorang insan mempunyai tujuan dan juga identiti tersendiri . Namun dengan perwatakan yang berbeza , itu tidak menghalang setiap yang bernyawa itu menjadi khalifah . Atau dengan lebih spesifik , agen kepada perubahan zaman kini .

"what ?kau semayang ba'diah ?hahah wei kau tu tuhan terima entah semayang kau .hahaha"
"hahaha , wei kalau setakat nak derma sebab nk tunjuk dekat aku kau banyak duit baik kau bakar je lah duit tu "
"wei orang macam kau naik jadi imam , habis satu kampung berdosa malam nih .hahaha "


Setiap orang punyai memori yang berbeza . Di atas saya letakkan beberapa kerat nostalgia dari beberapa helaian kenangan yang saya pernah lalui sebelum ini . Didalam menjadi agent of the change , ini adalah dugaan yang pertama kita harus lalui . Menelan jadam dan juga menghadam isi-isi di atas ketidakperilakuan yang pernah kita lakarkan sebelum ini . Pahit ???Sememangnya sakit bukan menelan semua ??Apatah lagi kata-kata dari sahabat umpama menikam di dalam gelap .

Kerana itu Allah tetapkan setiap mereka itu menjadi khalifah dan juga agen perubahan . Percayalah , manusia sentiasa berubah dari sehari ke sehari . Namun yang membezakan adalah adakah perubahan itu membawa kepada kebaikan ataupun sebaliknya ? Percayakah anda ?? Manusia kerap berubah hanya kerana laluan dan jalan mereka tidak sama dengan manusia sekeliling . Dan manusia hanya kerap mendengar rungutan insan yang lain hanya kerana tidak mahu diabaikan atau disisihkan . Kerana itu setiap perubahan yang dilakukan tidak pernah kekal lama . Hanya kerana nawaitu yang tidak sesuai dalam menetapkan hala tuju .

Ada juga mereka yang berubah dari zaman yang buruk kepada zaman yang baik dengan perubahan yang agak drastik . Ada yang berubah hanya 0.1 peratus sehari . Malah ada yang tetap , namun berubah pada akhir hari . Kadar perubahan itu tidak penting . Namun yang menentukan adalah kualiti perubahan tersebut .





Saya berikan contoh cerita yang saya adaptasi dari kisah hidup saya sendiri :

  Ahmad . Remaja yang nakal . Pernah diberi tugasan sebagai naqib usrah seawal usia tingkatan 2 dan menyandang gelaran Nuqabat Terbaik pada zamannya . Namun bermula kehidupan gelapnya apabila mencecah umur 15 tahun . Usia di mana remaja memilih jalan baik dan buruknya . Setelah menamatkan PMR di Maahad , ternyata prestasi pelajaran Ahmad menurun 360 darjah . Dia yang dulunya sebagai pelajar cemerlang hanya mampu meraih sebanyak 3a di dalam PMR . Selepas kejadian itu Ahmad mula disisihkan dari keluarganya dengan alasan tidak mampu mengekalkan reputasi keluarga yang bersejarah yang mana setiap kakak dan abangnya mendapat 8a di dalam PMR . 
   Kerana proses penyisihan yang dilakukan oleh ahli keluarga , Ahmad muda bertindak liar . Jika dia dulunya  berpegang teguh dengan peraturan sekolah dan juga undang-undang , namun dia hari ini menjadi orang pertama yang memecahkan tradisi . Setiap hari setiap minggu nama Ahmad semakin memburuk , dengan kes keluar tanpa kebenaran setiap malam menjadikan dia dan rakan-rakannya diletakkan di dalam list pertama sebagai pelajar yang bakal dipindahkan sekolah .
   Namun petunjuk dari Allah membuka mata Ahmad , pada pertengahan tahun tingkatan 4 , dia mula sedar akan kepentingan pelajaran lantas memacu kembali kepandaian yang sudah lama dibiarkan berkarat di dalam minda . Tetapi hari tidak sentiasa cerah bagi Ahmad , guru-guru di sekolah tersebut tidak mempercayai dengan perubahan beliau malah sentiasa mengejek dan mencerca Ahmad di muka khalayak ramai .
   Kerana sebab itu , maka Ahmad berputus asa dari dunia kebaikan lantas memalingkan muka kembali menjadi remaja nakal . Sehinggalah beliau mengakhiri tingkatan 5 , nama Ahmad tetap membusuk didalam memori guru-guru yang pernah mengajar dia . Semakin lama nama dia semakin dikenali dengan kenakalan walaupun sudah setahun di meninggalkan sekolah tersebut . 
    








   Jelas bukan ??Bagaimana yang dihadapi remaja tersebut , dalam keadaan dia menyahut cabaran sebagai agent of change dalam situasi itu juga di disisihkan . Dan hanya kerana pandangan masyarakat , niat murni itu terbatal .

Sememangnya sebati dengan sikap Melayu , mengingati yang buruk dan melupakan yang baik . Walau seribu kebaikan yang dibuat , namun hanya kerana satu kejahatan sudah cukup memadamkan sejuta perkara yang baik tentang seseorang . Itulah kelemahan yang perlu diatasi . Tidak dapat tidak mengubah zaman bukanlah kerja yang senang . Bagaikan meruntuhkan bangunan yang lama dan membangunkan penempatan yang baru dalam masa singkat . Kerjanya seakan bernada mustahil , namun jika jumlah pekerja yang digunakan melebih sejuta ? Pastinya penempatan yang baru itu mampu dibina dalam masa yang singkat . *n_n*

















-Encik Hati-

Taklimat ringkas adik-adik yang bakal ke Jordan ..

Salam Mahabbah ^^



Ahhh . Penat betul hari . Pulang dari markaz PAS di Kuala Lipis bersama Jentera Pemuda PAS Pahang untuk menjalankan gerak kerja untuk memastikan PAS memerintah Pahang . Sampai pukul 5 pagi , pukul 6 pagi terus ke MADU (Majlis Dewan Ulama) di Machang .
Tanpa sarapan mahupun air minuman , terus dipanggil untuk memberi taklimat ringkas mengenai Irbid .
Cakap je ringkas , 4 jam dari pukul 7 setengah sampai pukul 12 tgh hari cakap .hehe

Antara perkongsian yang diberikan hari ini


  • Jordan adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar mata wang yang agak tinggi dibandingkan dengan Malaysia.
  • Di Irbid khususnya , populasi pelajar melayu meningkat dari tahun ke tahun , secara tidak langsung menyebabkan ramai pelajar melayu memilih untuk tidak bergaul dengan orang arab dan memberi kesan di dalam penggunaan bahasa arab harian .
  • Language Shock dan juga culture shock yang sentiasa melanda pelajar-pelajar melayu pada permulaan pengajian .
  • Masalah penempatan yang mengambil kira musyarakah dengan sohib dan juga masalah air .
  • Maklumat berkaitan dengan markazil lughah yang dikhabarkan akan diwajibkan kembali kepada pelajar melayu sedikit menimbulkan kegusaran pada pelajar tahun ini .
  • Musyarakah dan muamalat di dalam dewan kuliyah mempengaruhi mindset doktor dan juga rakan sekelas .
  • Sistem pembelajaran di Yarmouk yang mana dibahagikan keapda dua bahagian , kelas sejam dalam amsa 3 hari , serta kelas sejam setengah dalam masa 2 hari .
  • Sistem muaddal terbaru Yarmouk - 40 markah dibuang Uni - bawah 50 reject qisim .
  • Duit dan juga akaun bank - pelajar harus membuat akaun yang telah didaftar dan diaktifkan fungsi antarabangsa tidak kiralah bank HSBC mahupun Mybank serta Standard Chartered .
  • Tiket penerbangan dan juga pihak SPB setiap mantiqah .

Banyak lagi yang tidak tercatat .
Apa apa pon mike nk tidor dulu . Penat bawak motor .



Tuesday, June 26, 2012

Tugas ibu bapa sebagai daie yang pertama ..

Salam Mahabbah ^^


Kali ini sekali lagi aku update tentang kehidupan masyarakat . Tak pe la . Bukan untuk dipertontonkan kepada generasi sekarang . Semoga menjadi bacaan para kanak-kanak yang bakal menjadi para daie seuatu hari nanti .
Hari ini seperti biasa . Namun bezanya aku tidak ke parlimen menjalankan tugas-tugas seperti biasa aku lakukakan . Tugas aku hari ini mengisi borang MARA . Tapi nampak gaya macam tak dapat nih . Hadoyai .
Erm . Maka hari ini tergerak hati nak pergi gym sekali lagi . Mana tahu dapat jumpa awek comel kan ? hehe (guraw je k ?) .

Dalam aku berjalan mencari awek ... tak maksud aku dalam pencarian mencari gym . Maka ditakdirkan aku bertemu dengan pengunjung dari Kuwait . Tersenyum aku melihat gelagat anak-anak kecil arab yang sedang terkinja-kinja ketaksuban dengan keunikan dan kecantikan Malaysia .
Terjadilah perbualan antara mereka yang aku faham . Syukur Alhamdulillah aku mahir bahasa  . Semua yang aku dengari dari mereka segalanya agak aku faham walaupun ada sedikit ralat .

"Mama ,ta3bani Wallah , lekin ennu Maliziya hellu helle hellu wallah"
"mama2 , shuffu la hay shab"
"Mama2. hay maliziyyin :)))))"


Tersenyum aku mendengar . Asalnya niat aku tidak ingin menganggu perbualan mereka . Namun dengan melihatkan kanak-kanak itu begitu inginkan perbualan denganku . Maka aku membuka mulut .

"Taali ya 'ammurah  :))))"


"Mama2 . Hayy shab maliziy hakiy bil arabiy"


Panjang perbualan aku dengan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut . Sehinggalah kepada suatu tajuk yang menyentuh jiwa .

Kata si ayah : Malaysia ini aku lihat kurangnya kasih sayang dari ibu bapa . Menyebabkan ramai anak muda yang berkeliaran , liar tanpa arah tujuan . Apakah tidak timbul rasa malu di hati ibu bapa melihat anak tanpa ilmu ?
Tambah si ibu : Aku tidak dapat menahan sedih melihat ramai anak muda Islam yang dijanjikan sebagai panglima kini hanya tunduk kepada nafsu . Dimanakah tugas ibu bapa sebagai daie pertama ?

Terkedu aku mendengar kalam-kalam mereka . Benar kata mereka .

"IBU BAPA ADALAH DAIE YANG PERTAMA "


Tugas mendakwah dan mentarbiyah anak-anak jatuh kepada kedua ibu bapa tidak kiralah mereka berilmu atau tidak . Dalam menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak , terdapat dua cara yang selalu diadaptasi oleh masyarakat sekitar dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka .

1. Pembelajaran secara formal
-yang mana merangkumi ilmu dan ajaran guru-guru di sekolah . Seperti yang kita lihat ramai anak-anak muda berkembang pemikiran mereka dengan ajaran-ajaran guru di sekolah . Lebih singkat , anak-anak belajar dari persekitaran mereka .

2. Pembelajaran secara tidak formal
-skop pembelajaran ini yang banyak memberi kesan kepada anak-anak . Mereka belajar dan mengadaptasi perilaku dan kata-kata kedua ibu bapa dan disemat kukuh di dalam kehidupan seharian . Kajian saintis juga mengatakan pembelajaran secara tidak formal lebih besar effek dalam menentukan hala tuju dan cara pemikiran anak-anak .

Sehubungan itu juga kita sebagai parents ataupun ibu bapa sepatutnya menerapkan ilmu agama dan ilmu akhirat di awal usia mereka .Pembelajaran secara imformaliti banyak menolong si kecil dalam meraih maklumat dan membantu membina elektron di dalam otak mereka .

Maka tugas ibu bapa tidak lain tidak bukan memberikan ilmu yang sepatutnya kepada anak-anak . Berapa ramai ibu bapa yang menyalahkan anak-anak hanya kerana mereka tersalah membesarkan mereka ? Berapa ramai anak-anak yang disalahkan kerana kesalahan teknik dalam meraih mereka berpunca dari ibu bapa ?

Disini saya senaraikan beberapa aktiviti yang pernah ibu saya buat supaya saya semakin mencintai Islam .
  1. Memastikan anak2 bangun subuh
  2. Mengajar Qiraati seawal umur 4 tahun.
  3. Menggiatkan amalan menutup aurat apabila mencecah umur 7 tahun .
  4. Mengasingkan tempat tidur bermula umur 7 tahun .
  5. Memberikan tazkirah dan kata-kata selepas solat .
  6. Menetapkan jadual azan di rumah . (rumah kami ada speaker untuk azan .sampai sekarang ada lagi)
  7. Menetapkan jadual imam bagi anak-anak yang telah baligh .
  8. Memastikan anak-anak sudah mampu membaca Al-Quran pada umur 6 tahun .
  9. Sembahyang sentiasa berjemaah .
  10. Membaca surah2 penting setiap kali selepas soalt Maghrib dan Isya .
  11. Memastikan anak-anak menghafal sekurang-kurangnnya Juz Amma .

Itulah sedikit sebanyak yang diajar oleh ibu dan ayah . Dan Alhamdulillah kami 9 adik beradik mempunyai tarbiyah Islamiyah yang cukup . Yang lelaki semuanya mampu menjadi imam di masjid . Yang perempuan semuanya mampu menolong di dapur . Dan semua sembilan kami adik beradik mampu memberikan tazkirah serta telah menghafal surah2 penting seperti Yasin , Al-Mulk , Dukhan , Sajdah dan juga Zikir Ma'thurat .

Nampak bukan keberkesanan tarbiyah yang dijalankan oleh daie pertama ?
Sememangnya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat hasilnya . Percayalah , kami adik beradik ditarbiyah dengan begitu keras kerana kenakalan dan akhirnya segalanya membuahkan hasil .

"pokok durian memerlukan baja dan air yang cukup kadarnya , barulah buah durian akan segar dan isinya akan sedap . pokok durian mengambil masa 9 tahun untuk tegak berdiri dan mengeluarkan buah "

begitu juga mentarbiyah anak2 . kena ada cukup segala keperluan . memang lama . tapi hasilnya menyejukkan hati  :))


-Encik Hati-


Monday, June 25, 2012

Apabila nafsu menjadi raja .

Salam Mahabbah ^^


Hari ketiga berada di parlimen Malaysia . Menimba sendiri pengalaman pembubaran sesuatu rang undang-undang . Malah mendengar sendiri isu penyelewengan dan korupsi yang dilakukan sesetengah pihak . Kadang-kadang aku terfikir , bagaimana seorang pemimpin yang dilantik rakyat mampu menjadi seorang corrupter terbaik negara sehingga dikatikan dengan kerajaan Perancis dan Sepanyol serta sekutu-sekutunya . Satu sahaja jawapan ayah yang menyedarkan aku ....

"Apabila nafsu menjadi raja"


Ye betol . Apabila nafsu itu menjadi raja . Maka tomahan orang lain dan cercaan orang lain berunsur nasihat sudah tidak dipeduli .

Oke berbalik kepada tajuk apabila nafsu menjadi raja .

Hari ini aku ponteng kerja sebagai S/U tanpa gaji ayah aku . Maka dengan penuh bangga aku melangkah keluar hotel nk k KLCC katanya . Pergi kat train tu ....

"err kak , nak k KLCC macam mana ea ?"   Tak tahu memang la kena tanya kan ? hehe . Insan-insan bergelar parasit Kuala Lumpur semua tgok aku . Ceh mentang-mentang aku ni jarang k KL .

Maka berjalanlah aku seorang diri meredah paya Kuala Lumpur . Semakin lama aku rasa semakin jijik . Wanita berpakaian lelaki sementelahan lelaki memakai pakaian wanita . Aku dengan t shirt kosng berseluar jeans dan selipar jepun . Kiri dan kanan aku couple yang tak cukup duit nak beli kain . Wanita dengan gaya meluahkan buah dada tanpa rasa segan silu . Lelaki dengan cara mempamirkan bulu kaki yang tidak seberapa . Remaja itu pastinya beragama Islam . Dengan nama panggilan Azri , aku rasa tidak ada nama ini didaftarkan dibawah institusi Kristian .

Pertukaran train dari PWTC melalui Masjid Jamek . Sekali lagi aku melalui banjirnya manusia dalam lingkungan dosa . Tiada yang aku temui berpakaian menutup aurat secara total . Malah jauh untuk aku lihat purdah yang selalu aku tatap di Jordan . Jauh sekali untuk kelibat baju kurung pamir menampilkan diri .

Maka dengan bersusah payah . Sampai la jugak aku k KLCC . Book masuk nak tgok muvee .

PERGH !!!!!LELAKI PAKAI GINCU ?!! HOMAIGOD !!!


tak dapat aku nak tahan geli yang ada . argh ...
Masuk lah aku duduk sorang diri dalam panggung wayang . Satu fenomena yang aku dapat cam . Mereka ni nk datang tgok muvee k nk beromance ??
Boleh bayangkan aku kat tepi boleh dia main cium-cium pipi ???? Wadde hell ?? Bayangkanlah sendiri lelaki dan perempuan melayu macam tu ,
Agak2 la kan . Kang aku pegang aku hantuk kepala kat kerusi baru dia tahu mana sedap cium pipi dengan cium kerusi .

Ini remaja Islam . Remaja Islam . Bila aku tgok semua ni , aku tak dapat bayangkan bagaimana nasib generasi selepas ini . Bagaimana nasib anak-anak aku terutamanya . Mereka bakal lahir kedunia penuh kemaksiatan . Kalaulah aku dan isteri aku (unknown) dah jatuh pada nafsu awal-awal lagi sebelum masuk k gerbang perkahwinan , agak-agak berkat tak rumah tangga kami ?

Bagaimana seorang remaja Islam tidak mampu menghayati apa it I.S.L.A.M. . Sebenarnya semua itu bermula dari rumah dan tangga . Bila mak dan ayah tidak mentarbiyah anak-anak mereka dengan sepenuh-penuh tarbiyah , ini la hasilnya . Dah ramai yang kita lihat rosak . Bukan tidak mampu dibaiki , namun siapa yang nak baiki ? Dai'2 hari ini dan terbengkalai . Rosak . Malah daie sendiri dipengaruhi rasa nafsu dan syaitan .

Natijahnya , rumah tangga bukanlah satu perkara main-main . Jangan pula umur baru setahun dan semuda jagung kita dah tempuhi benda tu . Ilmu biarlah setinggi gunung . Walaupun tiada ilmu keduniaan asalkan dilimpahi ilmu akhirat .

Bila sampai waktu anak-anak kita , waktu itu godaan dan cabaran zaman lebih dasyat lagi . Maka kita sebagai pemangkin generasi akan datang perlu bersiap sedia demi menghadapi pasca perubahan zaman seperti zaman tersebut .

Bila kita nak ubah , jangan teragak-agak . Masa depan nanti bukan kita yang corakkan . Tapi cucu cicit ciak cokngek kita yang akan ukir semua tu .

*BTW . aku tgok muvee Abraham Lincoln : The Vampire Hunter . Aku suggest la sape2 nak tgok tgok lah . aku bagi rating 4 bintang . hahahaha (ketawa jahat supaya mereka di Jordan cemburu)

Ok . Selamat Menghadapi Hari Yang Indah .


-Encik Hati-

Friday, June 22, 2012

Sunway Putra Hotel .

Salam Mahabbah ^^


Dunia batu kaca .
Jangan diduga jika tiada permata .
Hanya kerana segalanya bercahaya .
Maka kita menjadi buta .


Akhirnya sampai ke Sunway Putra Hotel .
Lusa InsyaAllah ada appointment dengan pegawai mara .
Mohon pinjaman .
Dengarnya ramai juga yang direject Yarmouk .
Aku pun kena inzar dah .
Gara-gara madah sociologi tu yang fail .
Jatuh muaddal .
Maka take note lah mana-mana yang sekali dengan aku .
Jangan nk bermain sangat sem depan .

Mula-mula sampai ke depan Hotel 3 bintang ni .
Receptionist dia pandang atas bawah .
Datang pakai selipar jepun je .
Bawak beg laptop dengan beg sandang .
Ada pulak dia tanya .
"u want to stay here ?"

Pergh panas aku dengar .
Aku pun cakap .
"What ?u think i cant afford to pay for a week ?!!"

kemudian aku naik bilik .haha
sebenarnya hotel ni dh sebulan ayah duduk .
so aku nk datang xnk suka hati je la .hehe

Okeh itu saja .
Ingat nk bagi tazkirah sikit .
Tapi mata macam ngantuk .

maaflah post ni xbermanfaat sangat .
cuma ingin mohon doa semoga temuduga tu berjaya .
baru  la saya belanja semua yang ada .hehe .


Thursday, June 21, 2012

Juha dengan pemuda bijak pandai

Salam Mahabbah ^^

Post kedua untuk hari ini :)
Mata tidak mampu dilelapkan buat seketika .
Ingat cuba petik jari menyambung novel yang tertunggak .
Tapi akhirnya aku senyum .
Semua kisah dalam tu aku karang sebab emosi .
Sebab dendam .
Disebabkan kelumat dengki dan sebagainya . Sekali lagi aku akhirnya faham aku adalah aku .
(Mesti korang tak paham kan ?hahahah)

OKeh . Nampaknya ada yang merindui tazkirah dari Encik Hati .
Jom sama-sama .
Ini tazkirah Encik Hati buat sendiri ye. Tak de kopi dan pasta .hehe .

Bismillah .

Pernah suatu ketika seorang lelaki bernama Juha atau lebih dikenali sebagai Pak Belalang dalam dongengan melayu . Dalam dongeng arab lebih femes dengan nama Abu Nawas . Maka saya ambil nama yang tak femes yaitu Juha .

Walaupun dia terkenal diseluruh isi dunia dengan lawak dan telatahnya yang selalu mencuit hati . Namun Juha juga adalah seorang ulama yang disegani di seluruh isi alam dengan ilmu feqah serta ilmu ketuhanan yang tinggi . Maka dijadikan cerita pada suatu hari datanglah kepadanya seorang lelaki bijak pandai yang cuba memerangkap Juha dengan situasi yang jarang kita dengar .

Maka kata lelaki itu " Wahai saudara Juha yang disegani , aku berwasiat kepadamu jika aku meninggal dunia , maka kuburkanlah aku di dalam kubur orang-orang alim ulama yang dekat kepada Allah . Satukanlah kubur ku dengan kuburnya supaya malaikat yang menjaga kubur itu menyangkakan aku adalah orang alim itu lantas memasukkan aku di dalam syurga tanpa soalan dan sebagainya . Bukankah itu jalan yang mudah untuk aku ke syurga ?"

Termenung sejenak Juha mendengar wasiat lelaki itu . Tahulah dia bahawa ini adalah bahana yang menguji kepandaian  kerana insan yang berdiri di hadapannya adalah seorang manusia cerdik pandai . Maka tersenyum Juha dengan wasiat lelaki itu . Berkata Juha .

"Wahai insan budiman , sesungguhnya engkau punya hajat yang teramat mudah dan teramat senang untuk dilaksana . Aku juga punya cadangan yang lebih bernas . Apa kata aku sembelih kamu sebagaimana diperlakukan kepada lembu korban . Kerana bukankah setiap lembu yang menjadi korban itu adalah haiwan tunggangan di dalam syurga ?"

Maka terpaku lelaki itu dengan cadangan Juha . Merah padam mukanya mengenangkan kesilapan dia berhujah dan melawak dengan ahli alim ulama yang terkenal . Tanpa mengucapkan selamat tinggal ,berlalulah lelaki tersebut meninggalkan Juha yang tersenyum sendirian .


...................................................................................................................................................................


Tammat cerita Encik Hati .
Best ?

Moral dia .
Tiada kejayaan yang dicapai dengan cara yang mudah . d^_^b

selamat malam :)

Wednesday, June 20, 2012

kahwin itu sememangnya suatu yang baik .

Salam Mahabbah ^^


Kahwin ?
Err mungkin tidak buat masa ini .
Belum sampai masa lagi seorang seperti aku menjadi suami .hehe
Sahabat pun dah dekat 10 orang yang bakal berkahwin .
Mereka untung diberi peluang membina masjid di seawal usia kematangan .
Aku masih disini dibebani masalah jiwa .

Hehe .
Dengarnya kamu dh nk kahwin .
Baguslah .
Jangan pula jadi playgirl lagi .
Hahahah .

Bercakap mengenai kahwin .
aku tidak tega membawa bakal aku pulang .
aku tidak punya apa2 .
Hanyalah orang kampung .
Takutnya kotor tangan yang putih .
Takutnya berkedut kulit yang comel2 .
Takutnya timbul rasa tidak senang dalam diri .

Jadi aku ambil keputusan biarlah aku kecapi dahulu hidup yang agak sederhana .
Maka aku ambil keputusan untuk berkahwin walaupun usia aku agak lewat .
Aku punya ibu yang mengharapkan aku .
Juga ayah yang ingin hatinya dijaga ,
Adik2 yang bakal ditanggung .

Maka istilah kahwin itu jauh lagi dariku .
Jauh lagi aku untuk mendekati .

Maka jangan paksa saya untuk kearah itu .


Selamat Mengharungi Badai Rumah Tangga . :)

-Encik Hati-

Sunday, June 17, 2012

Dari mana datangnya Jeep tu ?

Salam Mahabbah ^^


   Hening malam menyapa . Masih lagi sendirian . Keseorangan . Melayan suatu entiti bernama perasaan . TV di hadapan ku pandang kosong . Portugal nampak gayanya bakal menelan Netherland malam ni . Sejuk aku bertatahkan selimut rindu kepada Jordan .

  Tiba-tiba .. Telinga ku menangkap bunyi deruan pacuan roda . Anggapan ku pertamanya mungkin kakak ku ingin ke bandar . Namun menyedari waktu ini sudah melewati pukul 2 pagi . Mana mungkin seorang wanita keluar . Aku menatap tingkap sepi . Biasan cahaya luar menusuk anak mata . Tergaman aku seketika . Nafas ku berulang alik memanjat halkum . Dada senak . Sesak kelaparan udara .

  Sebuah Jeep merah WJE .... . Penglihatan yang terbatas menyebabkan aku  tidak sempat menangkap akhir nombor plat tersebut . Betul-betul di hadapan halaman rumah aku . Sepeti telah melebihi sejam dia berada di situ . Gelap malam menyukarkan lagi pandangan aku untuk melihat wajah pemandu . Aku bergegas mendapat abang ku . Ku pinta dia lihat ke luar tingkap . Reaksinya juga sama .

  Terpana dengan kejadian itu , kami bergegas menuju pintu rumah utama . Melalui bilik anjung . Pintu bilik ayah ku terkunci rapat . Belum sempat ku ketuk , abang ku menarik tangan ku keluar . Jeep itu telah menghilang . Jauh . Ku lihat keluar panahan cahaya lampu suluh menyimbahi halaman pokok bunga ayah .
Siapa dia ???



Ya Allah . Selamatkan aku dan ahli ku dari mereka yang berhasad dengki .



huh , masuk kali ni . dah kali ketiga ada kereta asing masuk halaman rumah time2 pukul 2 dan 3 pagi .

macma mana ??herm .


-Encik Hati-

Saturday, June 16, 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah (PJ)

Salam Mahabbah ^^


     Bengkel Pengurusan Jenazah atau lebih singkat dipanggil PJ dan juga Pengurusan Orang Sakit Di Rumah (POSDIR) adalah program berkala tahunan yang dijalankan oleh Briged Bakti Negeri Kelantan amnya . Pada peringkat awal program tersebut , para peserta yang mengikuti dua program berkala ini akan diberi pendedahan awal mengenai cara menguruskan jenazah termasuklah mengkafankan jenazah , memandikan jenazah serta tidak ketinggalan menyembahyangkan jenazah .  Secara keseluruhannya peserta juga akan diberi pendedahan menyeluruh mengenai cara-cara yang paling mudah dan terbaik untuk menguruskan pesakit tanpa memberi sebarang bebanan kepada pesakit tersebut .

    Bengkel bermaklumat penuh ini juga bukan sahaja diadakan hanya pada peringat pembelajaran sahaja . Malah program susulan seperti pertandingan PJ (Pengurusan Jenazah) dan POSDIR (Pengurusan Orang Sakit Di Rumah) serta aktiviti tambahan yaitu PC (Pertolongan Cemas) , dikumpulkan pada waktu yang sama justeru beberapa pertandingan pada peringkat PPD akan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan .

    Tahun ini pertandingan tersebut akan diadakan di SMK Tok Batchok di Batchok Kelantan pada 17 hb 7 2012 . Bakal mengumpulkan puluhan buah sekolah yang aktif di dalam Briged Bakti samada sekolah menengah dibawah kelolaan YIK mahupun PPD . Berbekalkan ilmu yang ditangguk pada bengkel yang dijalankan di SMKA Wataniah Machang pada 15 dan 16 Jun 2012 . Mereka akan berentap demi memastikan nama baik sekolah dijulang tinggi pada pertandingan tersebut .

    Tidak ketinggalan juga para pelajar akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berguna seperti yang ada di dalam MKN 20 atau lebih mudah Majlis Keselamatan Negara 20 . Yang mana merangkumi cara-cara menyelamatkan mangsa kebakaran ataupun gemba bumi . Lebih spesifik disebut mangsa bencana alam . Asasnya MKN 20 ini dibentuk oleh gabungan PJ , PC serta POSDIR serta ditambahkan dengan sedikit elemen seperti cara-cara mengangkat streacher dan juga pembinaan depoh kilat .

   Tuntasnya Briged Bakti semakin lama semakin menuju kearah yang lebih baik dengan penambahan ahli tidak kira pada tahap keahlian negeri dan negara malah pertambahan ahli di dalam skuad sukarelawan remaja (SSR) . Secara tidak langsung Briged Bakti Malaysia (BBM) semakin mengembangkan sayap ke arah membuka mata negara dengan masuk melalui sekolah-sekolah berwawasan tinggi di negeri-negeri bukan negeri Kelantan . Dengan harapan semoga BBM akan mendapat tempat tertinggi dalam hati masyarakat bersaksikan motto " Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat" .



Menyiapkan laporan tahunan untuk bacaan diri sendiri . Argh hari ini teramat penat . Berulang-alik dari Pasir Puteh ke Machang demi menjaga waktu program . Hari juga bertemu kembali dengan adik2 MTS yang dulunya menjadi pelajar namun hari ini sama-sama mendirikan program Briged Bakti .
Hari ini sahaja muka sudah merah menahan malu .haiya ...

Jom tidor .Penat2 . Malu dengan budak2 tu masih belum hilang lagi . InsyaAllah akan ada gambar berilustrasi  untuk Pertandingan nanti insyaAllah .


-Encik Hati-

Thursday, June 14, 2012

Malam Gelap Ditemani Bunyi2 Ranting Patah ....

Salam Mahabbah ^^


    Malam sunyi . Aku masih sendirian menghadap tv 30 inci bergambarkan perlawanan Crotia menetang Itali .
Sedang larut aku dalam hening malam jumaat . Tiba2 terdengar bunyi derapan tapak kaki kian mendekat dari sisi rumah ku . Kejutan automatik , tangan kanan menarik bilah parang yang sentiasa ada di sisi .

  Sedang aku memerhatikan derapan tapak kaki itu , muncul kelibat ayah . Datang bersenjatakan parang panjang . Ya aku tahu . Seruan itu telah beberapa kali aku dengar . Aku bangun dari dudukku seraya mengambil lampu suluh . Kami terus ke pintu rumah berbekalkan parang yang tidak pernah dibiarkan tumpul .
   Derap itu menjauh . Disambut bunyi deruan enjin motor sayup-sayup menambahkan lagi gusar di hati ku .
Aku kini bertatapkan gelap malam . Dengan paparan skrin hitam tanpa sebarang bayang dan sinar . Selimut ketakutan aku singkap . Jerebu kesamaran aku redah bersama ayah .

  Ayah melingas mencari arah bunyi derapan itu . Kian menjauh dan semakin kami hampir ke halaman hadapan rumah baru . Aku juga memalingkan mata ku ke kanan dan kiri . Mencari sesusuk tubuh untuk disalahkan .

  Jam menunjukkan pukul 1 setengah pagi . Tepat . Aku masih di luar rumah bersama ayah bertemankan nyamuk pemangsa dan langau . Ayah masih mecari . Maka aku masih menanti . Gesah aku dalam peluh kebimbangan . Resah dalam menanti penuh ketenangan .


  Tiba-tiba .......


 Kelibat itu melintas ...
 Jam 1 40 pagi ...
Aku mengenggam erat hulu parang itu .
Dibeli dari seorang pembekal orang asli .
Parang ini pernah digunakan oleh mereka dalam beberapa perbalahan antara kaum .
Parang ini juga pernah menjadi saksi tamatnya beberapa nyawa orang asli pada matanya ,


  Beberapa ekor lembu jiran melintas . Argh lega di hati . Aku menuju ke arah kawanan itu lantas ku halau dengan suara bersederhanan . Tanpa berlengah lagi ayah meminta aku menemaninya ke hujung kampung . Ingin melihat 2 ekor lembunya yang ditambat di sana .

    Usai sudah kami kembali dari hujung kampung . Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi . Aku kepenatan .
Sememangnya rutin ini perlu dilakukan setiap hari memandangkan kes penghisap ganja dan perompak semakin berleluasa di kampung ku .


Sampai masanya aku melelapkan mata ...
Selamat malam malaysia .



2.00 a.m.

15/6/2012

Kg Gong Ketereh , Pasir Puteh Kelantan .


-Encik Hati bersama Ayah-

Saturday, June 9, 2012

Sahabat ....

Salam Mahabbah ^^


Tak tahu nk bercerita kepada sape .
Jadi blog ini jadi sasaran hari ini .

Tertulis blog ini dengan air mata .
Mengharapkan sahabat di Jordan memahami diri yang sedang dilanda masalah .
Tapi sebaliknya berlaku ,

Allah .
Nampak gaya ku kena pindah rumah .
Tak tahu pula sebenarnya aku adalah beban kepada mereka .




Aku mohon Ya Allah jangan dihentikan ukhuwah kerana kesilapan aku dari musibah Mu .

Wednesday, June 6, 2012

Jalan itu sentiasa luas tapi kita yang menyempitkannya .

Salam Mahabbah ^^


Seharian hari ini melayan karenah adik2 .
Penat tu tak perlu dihabaq lah .
Esok kena sambung lagi angkat barang2 masuk ke rumah baru .
Rasanya ada katil dan juga tilam serta almari yang masih belum habis diangkat .
Erm esok boleh lah saya update gambar rumah baru tu insyaAllah .

Okeh untuk pengupdatan iman kita .
Jom sama-sama kita hayati tazkirah ini .

Sifat Ar-Rahman Allah


Tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT adalah untuk menjadi khalifah dan hambaNya di muka bumi ini. Berdasarkan ayat 63-76 dari Surah Al Furqan, Allah SWT menyatakan sifat-sifat manusia yang layak menjadi hambaNya itu. Siri ini akan membincangkan perkara yang berkenaan. Selepas kita melihat sifat-sifat yang dinyatakan, kita tanya diri kita sendiri, adakah layak kita menjadi hamba Allah? Kalau tak layak, kita jadi hamba siapa?

  1. Dan hamba-hamba Ar Rahman itu ialah mereka yang berjalan di muka bumi beradab sopan. (ayat 63)
  2. Dan jika diajak bercakap atau dicela oleh orang-orang jahil mereka berkata ”selamat” (ayat 63)
  3. Dan mereka yang berada pada waktu malam, menyembah kepada Tuhan mereka dengan sujud dan berdiri (ayat 64)
  4. Dan mereka berdoa: Ya Tuhan kami!! Hindarkanlah kami daripada seksa neraka Jahanam (ayat 65)
  5. Dan mereka itu apabila membelanjakan hartanya tidaklah membazir dan tidak lokek – malahan pertengahan sahaja antara keduanya. (ayat 67)
  6. Dan mereka tidak menyekutukan Allah dengan Tuhan yang lain (ayat 68)
  7. Dan tidak pula membunuh manusia yang diharamkan melainkan dengan kebenaran (ayat 68)
  8. Dan tidak pula mereka melakukan zina (ayat 68)
  9. Dan barang siapa bertaubat dan beramal salih, Sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah dengan diterima taubatnya. (ayat 71)
10.     Dan tidak mereka itu tidak mahu menjadi saksi palsu (ayat 72)
11.     Dan apabila bertemu dengan perkara yang sia-sia mereka berlalu secara terhormat (ayat 72)
12.     Dan mereka apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidak memekakkan telinga dan tidak membutakan mata (ayat 73)
13.     Dan mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan anak-anak kami yang menggirangkan hati kami dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa” (ayat 74)



Argh . Esok hari yang panjang lagi .

-Encik Hati-

Tuesday, June 5, 2012

Tiada yang lebih indah dari rumah sendiri ......

Salam Mahabbah ^^



Entri tak boleh nk panjang sangat ,
Kena tidor awal untk elakkan jetlag .
Hurm balik k malaysia .


Akhirnya sempat sampai .
entri ni cuma ingin bagitahu sahabat2 yang banyak tlg start dari Jordan lagi .

Antaranya Faysal . Faqih . yang lain semua k Umrah .

Ramai akhawat yang hulurkan tangan .
Kak Wani , Kak Salamah , Kak Alya , Kak Ma , Kak Baya . Zulfa .


Terima kasih semua ,
Kerana tlg realisasikan air mata saya untuk sampai ke Malaysia .



*nanti update lagi tentang malaysia .
kena tidor . selamat malam .

Saturday, June 2, 2012

Kedua-dua mereka mati .

Salam Mahabbah .



Arghh sempena nak hilangkan fikiran tentang balik malaysia esok .
Hari ni tak sempat nk tgok anak kucen .
Akhirnya 2 dari 3 mati .
Hush .

Ni la .
Bila berendam air mata .
Semua benda di sisi kita leka .

Erm .
Rasanya dh lama tak update iman .

Apa kata kita bagi peringatan tentang hidup kita dikit ? :)


Jum sama2 .


Manusia sering kali bersyukur dengan apa yang bakal datang . Tapi jarang diantara kita pernah bersyukur dengan apa yang PERNAH kita ada . Ada manusia yang hidupnya senang , tidur diatas katil yang empuk . Tapi tidak semesti lena tidurnya . Ada orang yang tidur diatas tilam buruk yang ditemui di tepi jalan dan dikutip dari longgokan sampah . Tapi tidurnya seribu kali lebih dari mereka yang kaya .



Ada manusia yang besar dan banyak hartanya . Sering makan makanan berbagai lauk pauk . Makanan sentiasa mewah dan bertaraf VIP . Sekali makan melebihi 5 6 lauk . Namun tidak semesti kenyang itu singgah di perutnya . Namun ada mereka yang hanya makan 2 lauk sehari . Itupun ikan kering dan telur goreng . Tapi makannya itu pernuh dengan hamdalah dan syukur malah khasiat dan tahap kekenyangannya itu melebihi mereka yang sentiasa kaya dengan harta dunia .



Apabila manusia ini melihat dunia dari skop akhirat . Manusia itu sendiri akan merasakan duni ini begitu kecil berbanding hari yang kekal . Kita sering mencari sesuatu yang boleh buat kita gembira dan kaya . Namun jarang orang yang mencari kemiskinan . Kerana takut merana sedangkan kesederhanaan itu satu cara untuk mengingati betapa kerdilnya kita disamping Allah . Mencari harta itu tidak salah . Namun mensyukuri sesuatu yang dah kita ada itu perlu .
       " Dengan anggota badan sahaja sudah mencukupi sebab untuk kita syukur kepada tuhan . Ketika anggota badan ini masih lengkap berfungsi kita belum mengerti apa itu nikmat . Namun ketika diberi tubuh badan ini tidak berfungsi , maka ketika itu terujilah cinta kita kepada dunia"



Jangan kita menyesal suatu hari nanti kerana semakin lama kita menangguh syukur , Semakin jauh kita dalam mencari kemantapan iman .





Doakan saya supaya tiket balik k malaysia tidak lagi ada masalah  :( . tlg ya doakan .

-Encik Hati-


Tarikh 3 hb Jun . Adakah tandanya ataupun sekali lagi diuji ??

Salam Mahabbah  .


Tiba-tiba dapat notification esok dapat balik ke Malaysia .
Sekali lagi mengeluh .
Sudah banyak air mata dara yang tumpah kerana tiket tu .
Tak kira air mata sendiri juga air mata orang sekeliling .


Hurm .
Esok sekali lagi tempuhi ujian .
Hutang dengan senior pon dekat 2 ribu dah .
Kalaulah esok dapat balik tak pe .
Takut2 tersekat lagi .

Apa-apa pon nk print tiket nih hari ni .
insyAllah semoga permudahkan urusan .



         Ya Allah andai hambaMu ini berdosa
             Ampunkan aku buat sementara
         Berikan aku hidayah yang jelas di mata
             Agar aku dapat kembali bersama keluarga



-Encik Hati-