"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Saturday, June 16, 2012

Bengkel Pengurusan Jenazah (PJ)

Salam Mahabbah ^^


     Bengkel Pengurusan Jenazah atau lebih singkat dipanggil PJ dan juga Pengurusan Orang Sakit Di Rumah (POSDIR) adalah program berkala tahunan yang dijalankan oleh Briged Bakti Negeri Kelantan amnya . Pada peringkat awal program tersebut , para peserta yang mengikuti dua program berkala ini akan diberi pendedahan awal mengenai cara menguruskan jenazah termasuklah mengkafankan jenazah , memandikan jenazah serta tidak ketinggalan menyembahyangkan jenazah .  Secara keseluruhannya peserta juga akan diberi pendedahan menyeluruh mengenai cara-cara yang paling mudah dan terbaik untuk menguruskan pesakit tanpa memberi sebarang bebanan kepada pesakit tersebut .

    Bengkel bermaklumat penuh ini juga bukan sahaja diadakan hanya pada peringat pembelajaran sahaja . Malah program susulan seperti pertandingan PJ (Pengurusan Jenazah) dan POSDIR (Pengurusan Orang Sakit Di Rumah) serta aktiviti tambahan yaitu PC (Pertolongan Cemas) , dikumpulkan pada waktu yang sama justeru beberapa pertandingan pada peringkat PPD akan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan .

    Tahun ini pertandingan tersebut akan diadakan di SMK Tok Batchok di Batchok Kelantan pada 17 hb 7 2012 . Bakal mengumpulkan puluhan buah sekolah yang aktif di dalam Briged Bakti samada sekolah menengah dibawah kelolaan YIK mahupun PPD . Berbekalkan ilmu yang ditangguk pada bengkel yang dijalankan di SMKA Wataniah Machang pada 15 dan 16 Jun 2012 . Mereka akan berentap demi memastikan nama baik sekolah dijulang tinggi pada pertandingan tersebut .

    Tidak ketinggalan juga para pelajar akan didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berguna seperti yang ada di dalam MKN 20 atau lebih mudah Majlis Keselamatan Negara 20 . Yang mana merangkumi cara-cara menyelamatkan mangsa kebakaran ataupun gemba bumi . Lebih spesifik disebut mangsa bencana alam . Asasnya MKN 20 ini dibentuk oleh gabungan PJ , PC serta POSDIR serta ditambahkan dengan sedikit elemen seperti cara-cara mengangkat streacher dan juga pembinaan depoh kilat .

   Tuntasnya Briged Bakti semakin lama semakin menuju kearah yang lebih baik dengan penambahan ahli tidak kira pada tahap keahlian negeri dan negara malah pertambahan ahli di dalam skuad sukarelawan remaja (SSR) . Secara tidak langsung Briged Bakti Malaysia (BBM) semakin mengembangkan sayap ke arah membuka mata negara dengan masuk melalui sekolah-sekolah berwawasan tinggi di negeri-negeri bukan negeri Kelantan . Dengan harapan semoga BBM akan mendapat tempat tertinggi dalam hati masyarakat bersaksikan motto " Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat" .



Menyiapkan laporan tahunan untuk bacaan diri sendiri . Argh hari ini teramat penat . Berulang-alik dari Pasir Puteh ke Machang demi menjaga waktu program . Hari juga bertemu kembali dengan adik2 MTS yang dulunya menjadi pelajar namun hari ini sama-sama mendirikan program Briged Bakti .
Hari ini sahaja muka sudah merah menahan malu .haiya ...

Jom tidor .Penat2 . Malu dengan budak2 tu masih belum hilang lagi . InsyaAllah akan ada gambar berilustrasi  untuk Pertandingan nanti insyaAllah .


-Encik Hati-

1 comment:

  1. slm. saya nak panduan pengurusan jenazah.. permahakahan semua skali..untul pertandingan.. ada x? klau ada sila email d068230@siswa.upsi.edu.my tq..

    ReplyDelete