"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Friday, June 29, 2012

Taklimat ringkas adik-adik yang bakal ke Jordan ..

Salam Mahabbah ^^



Ahhh . Penat betul hari . Pulang dari markaz PAS di Kuala Lipis bersama Jentera Pemuda PAS Pahang untuk menjalankan gerak kerja untuk memastikan PAS memerintah Pahang . Sampai pukul 5 pagi , pukul 6 pagi terus ke MADU (Majlis Dewan Ulama) di Machang .
Tanpa sarapan mahupun air minuman , terus dipanggil untuk memberi taklimat ringkas mengenai Irbid .
Cakap je ringkas , 4 jam dari pukul 7 setengah sampai pukul 12 tgh hari cakap .hehe

Antara perkongsian yang diberikan hari ini


  • Jordan adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar mata wang yang agak tinggi dibandingkan dengan Malaysia.
  • Di Irbid khususnya , populasi pelajar melayu meningkat dari tahun ke tahun , secara tidak langsung menyebabkan ramai pelajar melayu memilih untuk tidak bergaul dengan orang arab dan memberi kesan di dalam penggunaan bahasa arab harian .
  • Language Shock dan juga culture shock yang sentiasa melanda pelajar-pelajar melayu pada permulaan pengajian .
  • Masalah penempatan yang mengambil kira musyarakah dengan sohib dan juga masalah air .
  • Maklumat berkaitan dengan markazil lughah yang dikhabarkan akan diwajibkan kembali kepada pelajar melayu sedikit menimbulkan kegusaran pada pelajar tahun ini .
  • Musyarakah dan muamalat di dalam dewan kuliyah mempengaruhi mindset doktor dan juga rakan sekelas .
  • Sistem pembelajaran di Yarmouk yang mana dibahagikan keapda dua bahagian , kelas sejam dalam amsa 3 hari , serta kelas sejam setengah dalam masa 2 hari .
  • Sistem muaddal terbaru Yarmouk - 40 markah dibuang Uni - bawah 50 reject qisim .
  • Duit dan juga akaun bank - pelajar harus membuat akaun yang telah didaftar dan diaktifkan fungsi antarabangsa tidak kiralah bank HSBC mahupun Mybank serta Standard Chartered .
  • Tiket penerbangan dan juga pihak SPB setiap mantiqah .

Banyak lagi yang tidak tercatat .
Apa apa pon mike nk tidor dulu . Penat bawak motor .



No comments:

Post a Comment