"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, June 21, 2012

Juha dengan pemuda bijak pandai

Salam Mahabbah ^^

Post kedua untuk hari ini :)
Mata tidak mampu dilelapkan buat seketika .
Ingat cuba petik jari menyambung novel yang tertunggak .
Tapi akhirnya aku senyum .
Semua kisah dalam tu aku karang sebab emosi .
Sebab dendam .
Disebabkan kelumat dengki dan sebagainya . Sekali lagi aku akhirnya faham aku adalah aku .
(Mesti korang tak paham kan ?hahahah)

OKeh . Nampaknya ada yang merindui tazkirah dari Encik Hati .
Jom sama-sama .
Ini tazkirah Encik Hati buat sendiri ye. Tak de kopi dan pasta .hehe .

Bismillah .

Pernah suatu ketika seorang lelaki bernama Juha atau lebih dikenali sebagai Pak Belalang dalam dongengan melayu . Dalam dongeng arab lebih femes dengan nama Abu Nawas . Maka saya ambil nama yang tak femes yaitu Juha .

Walaupun dia terkenal diseluruh isi dunia dengan lawak dan telatahnya yang selalu mencuit hati . Namun Juha juga adalah seorang ulama yang disegani di seluruh isi alam dengan ilmu feqah serta ilmu ketuhanan yang tinggi . Maka dijadikan cerita pada suatu hari datanglah kepadanya seorang lelaki bijak pandai yang cuba memerangkap Juha dengan situasi yang jarang kita dengar .

Maka kata lelaki itu " Wahai saudara Juha yang disegani , aku berwasiat kepadamu jika aku meninggal dunia , maka kuburkanlah aku di dalam kubur orang-orang alim ulama yang dekat kepada Allah . Satukanlah kubur ku dengan kuburnya supaya malaikat yang menjaga kubur itu menyangkakan aku adalah orang alim itu lantas memasukkan aku di dalam syurga tanpa soalan dan sebagainya . Bukankah itu jalan yang mudah untuk aku ke syurga ?"

Termenung sejenak Juha mendengar wasiat lelaki itu . Tahulah dia bahawa ini adalah bahana yang menguji kepandaian  kerana insan yang berdiri di hadapannya adalah seorang manusia cerdik pandai . Maka tersenyum Juha dengan wasiat lelaki itu . Berkata Juha .

"Wahai insan budiman , sesungguhnya engkau punya hajat yang teramat mudah dan teramat senang untuk dilaksana . Aku juga punya cadangan yang lebih bernas . Apa kata aku sembelih kamu sebagaimana diperlakukan kepada lembu korban . Kerana bukankah setiap lembu yang menjadi korban itu adalah haiwan tunggangan di dalam syurga ?"

Maka terpaku lelaki itu dengan cadangan Juha . Merah padam mukanya mengenangkan kesilapan dia berhujah dan melawak dengan ahli alim ulama yang terkenal . Tanpa mengucapkan selamat tinggal ,berlalulah lelaki tersebut meninggalkan Juha yang tersenyum sendirian .


...................................................................................................................................................................


Tammat cerita Encik Hati .
Best ?

Moral dia .
Tiada kejayaan yang dicapai dengan cara yang mudah . d^_^b

selamat malam :)

No comments:

Post a Comment