"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Monday, June 25, 2012

Apabila nafsu menjadi raja .

Salam Mahabbah ^^


Hari ketiga berada di parlimen Malaysia . Menimba sendiri pengalaman pembubaran sesuatu rang undang-undang . Malah mendengar sendiri isu penyelewengan dan korupsi yang dilakukan sesetengah pihak . Kadang-kadang aku terfikir , bagaimana seorang pemimpin yang dilantik rakyat mampu menjadi seorang corrupter terbaik negara sehingga dikatikan dengan kerajaan Perancis dan Sepanyol serta sekutu-sekutunya . Satu sahaja jawapan ayah yang menyedarkan aku ....

"Apabila nafsu menjadi raja"


Ye betol . Apabila nafsu itu menjadi raja . Maka tomahan orang lain dan cercaan orang lain berunsur nasihat sudah tidak dipeduli .

Oke berbalik kepada tajuk apabila nafsu menjadi raja .

Hari ini aku ponteng kerja sebagai S/U tanpa gaji ayah aku . Maka dengan penuh bangga aku melangkah keluar hotel nk k KLCC katanya . Pergi kat train tu ....

"err kak , nak k KLCC macam mana ea ?"   Tak tahu memang la kena tanya kan ? hehe . Insan-insan bergelar parasit Kuala Lumpur semua tgok aku . Ceh mentang-mentang aku ni jarang k KL .

Maka berjalanlah aku seorang diri meredah paya Kuala Lumpur . Semakin lama aku rasa semakin jijik . Wanita berpakaian lelaki sementelahan lelaki memakai pakaian wanita . Aku dengan t shirt kosng berseluar jeans dan selipar jepun . Kiri dan kanan aku couple yang tak cukup duit nak beli kain . Wanita dengan gaya meluahkan buah dada tanpa rasa segan silu . Lelaki dengan cara mempamirkan bulu kaki yang tidak seberapa . Remaja itu pastinya beragama Islam . Dengan nama panggilan Azri , aku rasa tidak ada nama ini didaftarkan dibawah institusi Kristian .

Pertukaran train dari PWTC melalui Masjid Jamek . Sekali lagi aku melalui banjirnya manusia dalam lingkungan dosa . Tiada yang aku temui berpakaian menutup aurat secara total . Malah jauh untuk aku lihat purdah yang selalu aku tatap di Jordan . Jauh sekali untuk kelibat baju kurung pamir menampilkan diri .

Maka dengan bersusah payah . Sampai la jugak aku k KLCC . Book masuk nak tgok muvee .

PERGH !!!!!LELAKI PAKAI GINCU ?!! HOMAIGOD !!!


tak dapat aku nak tahan geli yang ada . argh ...
Masuk lah aku duduk sorang diri dalam panggung wayang . Satu fenomena yang aku dapat cam . Mereka ni nk datang tgok muvee k nk beromance ??
Boleh bayangkan aku kat tepi boleh dia main cium-cium pipi ???? Wadde hell ?? Bayangkanlah sendiri lelaki dan perempuan melayu macam tu ,
Agak2 la kan . Kang aku pegang aku hantuk kepala kat kerusi baru dia tahu mana sedap cium pipi dengan cium kerusi .

Ini remaja Islam . Remaja Islam . Bila aku tgok semua ni , aku tak dapat bayangkan bagaimana nasib generasi selepas ini . Bagaimana nasib anak-anak aku terutamanya . Mereka bakal lahir kedunia penuh kemaksiatan . Kalaulah aku dan isteri aku (unknown) dah jatuh pada nafsu awal-awal lagi sebelum masuk k gerbang perkahwinan , agak-agak berkat tak rumah tangga kami ?

Bagaimana seorang remaja Islam tidak mampu menghayati apa it I.S.L.A.M. . Sebenarnya semua itu bermula dari rumah dan tangga . Bila mak dan ayah tidak mentarbiyah anak-anak mereka dengan sepenuh-penuh tarbiyah , ini la hasilnya . Dah ramai yang kita lihat rosak . Bukan tidak mampu dibaiki , namun siapa yang nak baiki ? Dai'2 hari ini dan terbengkalai . Rosak . Malah daie sendiri dipengaruhi rasa nafsu dan syaitan .

Natijahnya , rumah tangga bukanlah satu perkara main-main . Jangan pula umur baru setahun dan semuda jagung kita dah tempuhi benda tu . Ilmu biarlah setinggi gunung . Walaupun tiada ilmu keduniaan asalkan dilimpahi ilmu akhirat .

Bila sampai waktu anak-anak kita , waktu itu godaan dan cabaran zaman lebih dasyat lagi . Maka kita sebagai pemangkin generasi akan datang perlu bersiap sedia demi menghadapi pasca perubahan zaman seperti zaman tersebut .

Bila kita nak ubah , jangan teragak-agak . Masa depan nanti bukan kita yang corakkan . Tapi cucu cicit ciak cokngek kita yang akan ukir semua tu .

*BTW . aku tgok muvee Abraham Lincoln : The Vampire Hunter . Aku suggest la sape2 nak tgok tgok lah . aku bagi rating 4 bintang . hahahaha (ketawa jahat supaya mereka di Jordan cemburu)

Ok . Selamat Menghadapi Hari Yang Indah .


-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment