"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Friday, June 29, 2012

Tugas sebenar agen perubahan ...

Salam Mahabbah ^^

Dalam menjejaki alam ilmu dan juga zaman siber , ramai diantara kita tersungkur dalam mencari identiti sebenar . Sedangkan ditetapkan seseorang insan mempunyai tujuan dan juga identiti tersendiri . Namun dengan perwatakan yang berbeza , itu tidak menghalang setiap yang bernyawa itu menjadi khalifah . Atau dengan lebih spesifik , agen kepada perubahan zaman kini .

"what ?kau semayang ba'diah ?hahah wei kau tu tuhan terima entah semayang kau .hahaha"
"hahaha , wei kalau setakat nak derma sebab nk tunjuk dekat aku kau banyak duit baik kau bakar je lah duit tu "
"wei orang macam kau naik jadi imam , habis satu kampung berdosa malam nih .hahaha "


Setiap orang punyai memori yang berbeza . Di atas saya letakkan beberapa kerat nostalgia dari beberapa helaian kenangan yang saya pernah lalui sebelum ini . Didalam menjadi agent of the change , ini adalah dugaan yang pertama kita harus lalui . Menelan jadam dan juga menghadam isi-isi di atas ketidakperilakuan yang pernah kita lakarkan sebelum ini . Pahit ???Sememangnya sakit bukan menelan semua ??Apatah lagi kata-kata dari sahabat umpama menikam di dalam gelap .

Kerana itu Allah tetapkan setiap mereka itu menjadi khalifah dan juga agen perubahan . Percayalah , manusia sentiasa berubah dari sehari ke sehari . Namun yang membezakan adalah adakah perubahan itu membawa kepada kebaikan ataupun sebaliknya ? Percayakah anda ?? Manusia kerap berubah hanya kerana laluan dan jalan mereka tidak sama dengan manusia sekeliling . Dan manusia hanya kerap mendengar rungutan insan yang lain hanya kerana tidak mahu diabaikan atau disisihkan . Kerana itu setiap perubahan yang dilakukan tidak pernah kekal lama . Hanya kerana nawaitu yang tidak sesuai dalam menetapkan hala tuju .

Ada juga mereka yang berubah dari zaman yang buruk kepada zaman yang baik dengan perubahan yang agak drastik . Ada yang berubah hanya 0.1 peratus sehari . Malah ada yang tetap , namun berubah pada akhir hari . Kadar perubahan itu tidak penting . Namun yang menentukan adalah kualiti perubahan tersebut .





Saya berikan contoh cerita yang saya adaptasi dari kisah hidup saya sendiri :

  Ahmad . Remaja yang nakal . Pernah diberi tugasan sebagai naqib usrah seawal usia tingkatan 2 dan menyandang gelaran Nuqabat Terbaik pada zamannya . Namun bermula kehidupan gelapnya apabila mencecah umur 15 tahun . Usia di mana remaja memilih jalan baik dan buruknya . Setelah menamatkan PMR di Maahad , ternyata prestasi pelajaran Ahmad menurun 360 darjah . Dia yang dulunya sebagai pelajar cemerlang hanya mampu meraih sebanyak 3a di dalam PMR . Selepas kejadian itu Ahmad mula disisihkan dari keluarganya dengan alasan tidak mampu mengekalkan reputasi keluarga yang bersejarah yang mana setiap kakak dan abangnya mendapat 8a di dalam PMR . 
   Kerana proses penyisihan yang dilakukan oleh ahli keluarga , Ahmad muda bertindak liar . Jika dia dulunya  berpegang teguh dengan peraturan sekolah dan juga undang-undang , namun dia hari ini menjadi orang pertama yang memecahkan tradisi . Setiap hari setiap minggu nama Ahmad semakin memburuk , dengan kes keluar tanpa kebenaran setiap malam menjadikan dia dan rakan-rakannya diletakkan di dalam list pertama sebagai pelajar yang bakal dipindahkan sekolah .
   Namun petunjuk dari Allah membuka mata Ahmad , pada pertengahan tahun tingkatan 4 , dia mula sedar akan kepentingan pelajaran lantas memacu kembali kepandaian yang sudah lama dibiarkan berkarat di dalam minda . Tetapi hari tidak sentiasa cerah bagi Ahmad , guru-guru di sekolah tersebut tidak mempercayai dengan perubahan beliau malah sentiasa mengejek dan mencerca Ahmad di muka khalayak ramai .
   Kerana sebab itu , maka Ahmad berputus asa dari dunia kebaikan lantas memalingkan muka kembali menjadi remaja nakal . Sehinggalah beliau mengakhiri tingkatan 5 , nama Ahmad tetap membusuk didalam memori guru-guru yang pernah mengajar dia . Semakin lama nama dia semakin dikenali dengan kenakalan walaupun sudah setahun di meninggalkan sekolah tersebut . 
    








   Jelas bukan ??Bagaimana yang dihadapi remaja tersebut , dalam keadaan dia menyahut cabaran sebagai agent of change dalam situasi itu juga di disisihkan . Dan hanya kerana pandangan masyarakat , niat murni itu terbatal .

Sememangnya sebati dengan sikap Melayu , mengingati yang buruk dan melupakan yang baik . Walau seribu kebaikan yang dibuat , namun hanya kerana satu kejahatan sudah cukup memadamkan sejuta perkara yang baik tentang seseorang . Itulah kelemahan yang perlu diatasi . Tidak dapat tidak mengubah zaman bukanlah kerja yang senang . Bagaikan meruntuhkan bangunan yang lama dan membangunkan penempatan yang baru dalam masa singkat . Kerjanya seakan bernada mustahil , namun jika jumlah pekerja yang digunakan melebih sejuta ? Pastinya penempatan yang baru itu mampu dibina dalam masa yang singkat . *n_n*

















-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment