"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Tuesday, June 26, 2012

Tugas ibu bapa sebagai daie yang pertama ..

Salam Mahabbah ^^


Kali ini sekali lagi aku update tentang kehidupan masyarakat . Tak pe la . Bukan untuk dipertontonkan kepada generasi sekarang . Semoga menjadi bacaan para kanak-kanak yang bakal menjadi para daie seuatu hari nanti .
Hari ini seperti biasa . Namun bezanya aku tidak ke parlimen menjalankan tugas-tugas seperti biasa aku lakukakan . Tugas aku hari ini mengisi borang MARA . Tapi nampak gaya macam tak dapat nih . Hadoyai .
Erm . Maka hari ini tergerak hati nak pergi gym sekali lagi . Mana tahu dapat jumpa awek comel kan ? hehe (guraw je k ?) .

Dalam aku berjalan mencari awek ... tak maksud aku dalam pencarian mencari gym . Maka ditakdirkan aku bertemu dengan pengunjung dari Kuwait . Tersenyum aku melihat gelagat anak-anak kecil arab yang sedang terkinja-kinja ketaksuban dengan keunikan dan kecantikan Malaysia .
Terjadilah perbualan antara mereka yang aku faham . Syukur Alhamdulillah aku mahir bahasa  . Semua yang aku dengari dari mereka segalanya agak aku faham walaupun ada sedikit ralat .

"Mama ,ta3bani Wallah , lekin ennu Maliziya hellu helle hellu wallah"
"mama2 , shuffu la hay shab"
"Mama2. hay maliziyyin :)))))"


Tersenyum aku mendengar . Asalnya niat aku tidak ingin menganggu perbualan mereka . Namun dengan melihatkan kanak-kanak itu begitu inginkan perbualan denganku . Maka aku membuka mulut .

"Taali ya 'ammurah  :))))"


"Mama2 . Hayy shab maliziy hakiy bil arabiy"


Panjang perbualan aku dengan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut . Sehinggalah kepada suatu tajuk yang menyentuh jiwa .

Kata si ayah : Malaysia ini aku lihat kurangnya kasih sayang dari ibu bapa . Menyebabkan ramai anak muda yang berkeliaran , liar tanpa arah tujuan . Apakah tidak timbul rasa malu di hati ibu bapa melihat anak tanpa ilmu ?
Tambah si ibu : Aku tidak dapat menahan sedih melihat ramai anak muda Islam yang dijanjikan sebagai panglima kini hanya tunduk kepada nafsu . Dimanakah tugas ibu bapa sebagai daie pertama ?

Terkedu aku mendengar kalam-kalam mereka . Benar kata mereka .

"IBU BAPA ADALAH DAIE YANG PERTAMA "


Tugas mendakwah dan mentarbiyah anak-anak jatuh kepada kedua ibu bapa tidak kiralah mereka berilmu atau tidak . Dalam menjaga dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak , terdapat dua cara yang selalu diadaptasi oleh masyarakat sekitar dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka .

1. Pembelajaran secara formal
-yang mana merangkumi ilmu dan ajaran guru-guru di sekolah . Seperti yang kita lihat ramai anak-anak muda berkembang pemikiran mereka dengan ajaran-ajaran guru di sekolah . Lebih singkat , anak-anak belajar dari persekitaran mereka .

2. Pembelajaran secara tidak formal
-skop pembelajaran ini yang banyak memberi kesan kepada anak-anak . Mereka belajar dan mengadaptasi perilaku dan kata-kata kedua ibu bapa dan disemat kukuh di dalam kehidupan seharian . Kajian saintis juga mengatakan pembelajaran secara tidak formal lebih besar effek dalam menentukan hala tuju dan cara pemikiran anak-anak .

Sehubungan itu juga kita sebagai parents ataupun ibu bapa sepatutnya menerapkan ilmu agama dan ilmu akhirat di awal usia mereka .Pembelajaran secara imformaliti banyak menolong si kecil dalam meraih maklumat dan membantu membina elektron di dalam otak mereka .

Maka tugas ibu bapa tidak lain tidak bukan memberikan ilmu yang sepatutnya kepada anak-anak . Berapa ramai ibu bapa yang menyalahkan anak-anak hanya kerana mereka tersalah membesarkan mereka ? Berapa ramai anak-anak yang disalahkan kerana kesalahan teknik dalam meraih mereka berpunca dari ibu bapa ?

Disini saya senaraikan beberapa aktiviti yang pernah ibu saya buat supaya saya semakin mencintai Islam .
  1. Memastikan anak2 bangun subuh
  2. Mengajar Qiraati seawal umur 4 tahun.
  3. Menggiatkan amalan menutup aurat apabila mencecah umur 7 tahun .
  4. Mengasingkan tempat tidur bermula umur 7 tahun .
  5. Memberikan tazkirah dan kata-kata selepas solat .
  6. Menetapkan jadual azan di rumah . (rumah kami ada speaker untuk azan .sampai sekarang ada lagi)
  7. Menetapkan jadual imam bagi anak-anak yang telah baligh .
  8. Memastikan anak-anak sudah mampu membaca Al-Quran pada umur 6 tahun .
  9. Sembahyang sentiasa berjemaah .
  10. Membaca surah2 penting setiap kali selepas soalt Maghrib dan Isya .
  11. Memastikan anak-anak menghafal sekurang-kurangnnya Juz Amma .

Itulah sedikit sebanyak yang diajar oleh ibu dan ayah . Dan Alhamdulillah kami 9 adik beradik mempunyai tarbiyah Islamiyah yang cukup . Yang lelaki semuanya mampu menjadi imam di masjid . Yang perempuan semuanya mampu menolong di dapur . Dan semua sembilan kami adik beradik mampu memberikan tazkirah serta telah menghafal surah2 penting seperti Yasin , Al-Mulk , Dukhan , Sajdah dan juga Zikir Ma'thurat .

Nampak bukan keberkesanan tarbiyah yang dijalankan oleh daie pertama ?
Sememangnya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat hasilnya . Percayalah , kami adik beradik ditarbiyah dengan begitu keras kerana kenakalan dan akhirnya segalanya membuahkan hasil .

"pokok durian memerlukan baja dan air yang cukup kadarnya , barulah buah durian akan segar dan isinya akan sedap . pokok durian mengambil masa 9 tahun untuk tegak berdiri dan mengeluarkan buah "

begitu juga mentarbiyah anak2 . kena ada cukup segala keperluan . memang lama . tapi hasilnya menyejukkan hati  :))


-Encik Hati-


2 comments: