"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, May 31, 2012

Masih kosong ....

Hurm .
Masih kosong .
Status tiket yang sudah burn .
Juga keluarga yang telah bersiap sedia untuk sambut di Airprt .
Juga hadiah yang bakal aku tayangkan kepada mereka .
Menerima kata terima kasih .
Senyum dan bergelak tawa .
Sambil menyiapkan hantaran untuk kak huda dan abg badi .

Tapi semua tu kabur .
Hanya ada dalam minda .
Jiwa ku sekarang ini masih dalam perjalanan ke Malaysia .

Ayah qawi akan duduk di sini je .
Mungkin sudah takdir tak dapat balik .
Duit tu ......
Qawi janji dengan darah daging serta nyawa qawi .
Qawi akan ganti walaupun terpaksa bayar seringgit sehari .

Hati masih menangis Ya Allah .
Jiwa masih kacau bilau Ya rab ..
Tunjukkan jalan .
Aku masih belum ketemu jalan untuk menuju ketabahan .

Senyumku hanya menutup kesedihan .
Tawaku hanya untuk insan yang lain .
Manis hanya pada air mata ku .
Cantik itu tetap ada .
Namun masih berselikan sisa-sisa permata .

Jika aku telah ditakdirkan begini .
Maka seribu air mataku yang tumpah tetap tidak merubah segala keputusan .
Tapi apa yang aku mampu ..
Hanyalah menangis ..
Tiada jalan seindah semalam .
Tiada jalan sekabur esok hari .
Namun jalan berliku terpaksa ku tempuh hari ini .
Tersepak tersungkur tak mampu aku gagahi .
Rebah aku hanya kerana janji manis .
Tumbang aku hanya kerana tipu daya .
Tumpas aku hari ini menunjukkan hina .
tersimpuh jatuh kukuh ..
Aku yang menelan segala jadam .

Kata mereka 
"ada hikmah di sebalik kejadian ni"
Namun aku yang menelan semua keburukan .
Aku yang tertelan pahitnya hempedu cubaan ini .
Aku yang terpaksa meneguk kebenaran .

Ku mohon jangan susahkan diri kalian .
Aku masih mampu membentuk silang kata ini .
Kepada yang bertanggungjawab .
Sebelum kamu berikan jawapan kepada Allah .
Aku pohon jawapan kukuh dan utuh .

Dan aku akan pastikan sesuatu dari ku buatkan kamu ingat aku .
Dan pastinya ia tidak enak .
Tidak akan menjadi seindah ciptaan .
Tapi aku akan pastikan ada tanda diri ku pada ingatan mu .

Umi , Ayah ....
Biarkan lah qawi tetap di sini .


4.20 a.m.

-Hati bersama Saudi SV 658 menuju KLIA . Perjalanan masih panjang-

-Encik Hati-

Dugaan berat .

Allah aku inginkan sampaikan air mataku pada mu .
Aku ingin tangisku Kau dengari .
Aku ingin sedihku ini Kau rasai .

Kenapa aku Ya Allah sebagai calon kepada ujian ini ?
Kenapa aku menjadi pilihanMu ?
Kenapa aku sedangkan aku tidak mampu tanggung semua ini seorang diri ?
Tega aku mendengar tangis si ibu .
Merana aku dihidangkan air mata pembakar semangat ku .
Sakit aku mati aku semua dibawah redha si ibu .

Bagaimana aku mampu tanggung semua ini ?
Bagaimana aku mampu jadikan duit sebanyak 3 ribu di depan mata ?
Bagaimana aku mampu ...

Sedangkan segalanya sudah aku lakukan sekadar yang termampu ..


Sedangkan aku hanya mampu mengesat tangisku .
Tanpa aku sedar aku hanya menangisi sesuatu dibawah kawalan Mu .

Ya Allah aku pohon jangan diberatkan ujian yang menggetarkan iman aku .
Aku mohon jangan dilimpahkan ujian sebesar ini .
Aku mohon tunjukkan aku jalan yang benar-benar memberi aku kebahagiaan .


Ya Allah jika kau ingin berikan aku pahala di sebalik kejadian ini
Aku mohon agar ibuku tetap kau naungi .
Mana mungkin sekeras-keras hati ku tidak akan lembut kerana tangis ibu .
Mana mungkin sejahil-jahil aku tidak tunduk dengan air mata ayah .


Kenapa Ya Allah kau libatkan mereka berdua ?
Sedangkan hanya aku yang berdosa ?


Kenapa mereka ??
Kenapa Ya Allah ?
............................................................................................................................................................



Mana nk cekau duit 3 ribu dalam masa sehari ??
Mana nak ambik duit sebanyak tu ??



Kak lina ...
Qawi tak tahu apa masalah yang pernah qawi cipta dengan kak lina .
Sampai macam ni sekali balasan kak lina ??
Sedangkan qawi bersengkang mata pukul 2 pagi hantar kak lina k mafraq ?
Qawi gadaikan ego dan maruah mintak maaf dengan tuan punya kereta hanya sebab salah kak lina ?
Sampaikan qawi biarkan paspot dengan tuan punya kereta selama 3 bulan ?
Tapi ini yang kak lina bagi qawi ?
Tiket yang tidak berbayar ???


Kak lina .
Kalau ye pon nak makan duit qawi .
Jangan sampai beribu .
Lagipon itu duit mak ayah .
Itu duit untuk qawi balik .
Ayah gadaikan niat nak besarkan rumah untuk bawa qawi pulang .
Ibu korbankan hajat nak beli cincin baru .
Tapi semua tu tak pernah pun kak lina fikir .
Yang qawi gadaikan segala hajat dan niat untuk itu dan ini semata-mata tiket tu .
Tapi kak lina tak pernah ambik tahu walaupun sesaat .

Jenis apa yang ada dalam hati kamu ...



Kalaulah aku tak mampu balik .
Aku redha Ya Allah ..

Wednesday, May 30, 2012

Esok penentu ....

Salam Mahabbah ^^


Wah bercampur baur segala rasa dalam hati .
Gembira , Excited , bahkan sayang nk tinggalkan tempat nih.

Huh .
Macam2 dugaan akhirnya tamat .
Okeh jom listkan sikit barang2 .
Mudah nak buat check up esok .

1. Baju Coat
2. Handbag (untuk girls kt rumah. haish)
3. Baju t shirt
4. Jersey kanak2
5. Chocolate
6. Hellwah
7. CD2 game (muahahah)
8. Seluar .
9. Kitab
    I: Sifat solat nabi - nasuruddin al bani
   II: Ibnu Aqil - jilid 1 dan 2
  III: Madkhal Ila ilmu Ijtima3 (memandangkan ini madah ni fail . balik ni nk telaah balik )


Okeh kita jumpa di malaysia :)

SALAM SELAMAT TINGGAL IRBID DAN SEGALA ISINYA >>>>

Tuesday, May 29, 2012

Dari Sehari Ke Sehari Masalah Semakin Banyak

Salam Mahabbah ^^


Macam mana ni ?
Esok perlu ke jamiah lah .
Kasyful alamat dengan isbat tolib tak buat lagi .

Tiket sampai hari ni tak sampai kat tangan .
Biarlah kak lina .
Kalau kak lina nak tipu saya .
Silakan .
Saya sudi menjadi mangsa penipuan kak lina .

Saya tak tahu pula sebelum ni dah ramai yang kak lina songlapkan .
Jika saya tahu nescaya saya tak letakkan 100 peratus kepercayaan saya kepada kak lina .
Tapi andai ini menjadi ibrah buat dosa saya .
Saya halalkan .

Andai hari ini kak lina mampu lepas dari saya .
Esok belum tentu kak lina selamat .
Semoga saya ambil pengajaran ini ye .
Hurm . :)
Mungkin tak rezeki .

Hari ni seperti biasa tolong angkutkan barang pindah rumah ye ?

Rezeki banyak hari ni Alhamdulillah .


Umi ......
Kalau minggu depan qawi masih belum ada di hadapan umi .
Qawi mintak maaf ya umi .
Maaf sangat2 .
Ni kali terakhir qawi sakitkan hati umi .
Lepas ni qawi tak buat dah .

Sekali lagi maaf .

Allah tolong mudahkan urusan aku sebagaimana aku telah permudahkan urusan orang lain .

-Encik Hati-

Monday, May 28, 2012

3 hari lagi :))))

Salam Mahabbah *_*


Argh 2 hari tak sempat nak tulis apa-apa atas helaian ini .
Akhir-akhir ini semakin sibuk dalam mengendalikan banyak hal .
termasuklah muraqqib ke Amman untuk beli barang .

Walaupun agak penat dan tangan agak ingin patah .
Nice to meet everybody .
Happy to know them all .
Mereka tergolong dalam golongan kakak2 .

Dan mafhum bila kakak2 .
Cerewet la sikit dalam pilih barang .
tapi sweet sebab dalam fikiran mereka tak de pon pikir hal dan barang2 mereka .
segala dan semuanya dibelanjakan untuk keluarga di malaysia .

Wahh .
Semakin lama semakin perlu efficient dalam menjalankan tugas .
Borang zakat dah sampai .
tugas perlu bahagikan kepada mereka yang memerlukan .
Wahh agak kepenatan dalam hal tu .

Okeh kembali kepada tajuk asal .
Lusa jika masih dipanjangkan umur .
insyaAllah kaki ini akan berpijak ke bumi tanah tercinta .
Malaysia .
Macam mana la rupanya rumah nanti .
hehe .

okeh .
entry hari ni akan mengisarkan tentang kisah bagaiman iblis menolak suruhan Allah untuk sujud (hormat) kepada nabi Adam .

Semoga ambil ibrah dari kisah ini , Jangan pula kerana rezeki berlambak-lambak kita lupa siapa tuhan sebenarnya .

Kisah Iblis Yang Sombong 



Iblis laknatullah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah s.w.t. seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah s.w.t. yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis laknatullah merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah s.w.t..

Allah s.w.t. bertanya kepada Iblis laknatullah:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis laknatullah menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."Kerana kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. menghukum Iblis laknatullah dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis laknatullah dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah s.w.t.meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada Iblis laknatullah yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah." 


Dengan hanya kerana kesombongan ia dihalau dari Syurga .
Sedangkan kita pula manusia yang sentiasa riak dengan kehidupan harian .
Layakkan kita menjejakkan kaki ke dalam Syurga Allah ?
Fikir2kan lah .

Dan hari ini .
terdetik ingin luahkan satu perkara .

Pemimpin itu adalah rakyat kepada orang yang dipimpin 
Dan jika anda sebagai pemimpin terlalu banyak merasai kurnia melebihi rakyat 
Maka teluslah anda bukanlah pilihan yang sesuai sebagai ketua .

Pada waktu belajar dan tempoh masa sedang mencari sahabat inilah kita perlu berikan gambaran yang bagus tentang imej kita kepada masyarakat .
Saya pernah terlepas peluang untuk bersihkan imej dan personaliti kepada sahabat-sahabt ketika menuntut di MTS 
Maka izinkan saya bina imej baru kepada masyarakat yang baru tanpa perlu zaman jahiliyah dulu dilihat . InsyaAllah .

Semoga esok lebih baik dari hari ini 

-Encik Hati-

Friday, May 25, 2012

Argh . Ha ....

Salam ^^


Hui . Penat jugak ya xdak duit nih .
Semua benda susah nak dapat .

Erm . Ada lagi 7 hari sebelum balik .
Hari ni entry ksong .

Blank .
Dalam menulis ini kita hanya mampu diam .


Ada manusia yang mampu menulis dan mengarang .
Namun sukar baginya untuk berbicara dan berkata-kata.

Ada manusia yang petah berpidato .
Namun gagal dalam menulis manifesto .

Ada manusia yang mampu menulis dan mengucapkan kalam.
Tetapi sukar di dalam tindakan .

Tiada yang mampu menulis dan berkata-kata serta bertindak dalam satu masa yang sama .
Jika ada mungkin hanya satu dalam seribu . *n_n*


Kerana menulis itu perlukan kepakaran meluahkan sesuatu dari hati .

sekian . doakan semoga duit tu ada esok . haish .

-Encik Hati-

Hushy .... HSBC tlg jangan beri masalah time nak balik nih ...

Salam Mahabbah ^^


hurm .agak la stress . Nak dijadikan ceritanya duit telah dimasukkan pada hari rabu yang lepas .
Amaun tu agak la besar . Nak beli itu lagi ini lagi untuk bawak balik ke malaysia .
Tapi sampai ke saat ini duit tu belum masuk lagi .

Moga dipermudahkan urusan .
hush .
Time sempit2 wang ni mula la nak datang migrain .

Hutang dah berlambak keliling pinggang .
Cuma tunggu duit yang perlu masuk .
Kenapa dan mengapa ??

Esok kena jadi muraqqib ke amman ?
Lagi la .
Nak letakkan keputusan .
Ingin ditolak kecewa hati sahabat .
Diterima masalah masih banyak .

Jom ikuti kisah nabi ayub a.s. ketika baginda ditimpa musibah .

KISAH BAGI AYUB YANG DITIMPA PENYAKIT




NABI Ayub, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang.

Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu Basyar.
Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.
Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.
Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat keimanannya.
Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis.
Ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. Walaupun menghadapi ujian getir itu keimanan kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.
Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa
sama memupuk ketakwaan pada Allah.
Mengenai pelbagai ujian itu, Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”
Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang, beliau masih mampu mengingati Allah.
Disebabkan penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Nabi Ayub.
Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepada
isterinya.
Nabi Ayub berkata kepada isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.” Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”
Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”
Mengenai nazarnya, Nabi Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekad untuk melaksanakan nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai cara melakukan nazar itu. Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”


Nabi Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun .
Sampai begitu sekali .

semoga dipermudahkan urusan .

-Encik Hati-

hui

apa nih ?

Thursday, May 24, 2012

Arghh . Cuma hanya 7 hari sebelum mejejakkan kaki ke rumah yang sebenar ..

Salam mahabbah semua ^^


Mana yang follow cerita blog peninta hati ini . Jangan bimbang setiap entri saya saya akan letakkan peringatan kepada Allah di sepanjang saya menulis . Demi merealisasikan kata-kata Al-habib Umar al-hafidz .

"Manusia akan mati bila-bila . Maka tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita gembira di akhirat kelak"


Ye saya tahu *n_n* . Dulu pernah ditegur kerana tulisan saya tidak langsung berpegang kepada tali Allah .
jadi jangan bimbang .

Walaupun saya jenis stedi dan friendly 
saya tetap kenal dan jaga satu larangan bernama 'BATAS"








Dalam ramai-ramai mereka yang suka dengan sikap kita . Akan ada juga yang menikam secara halus dari sisi dan belakang . *n_n* . Semua itu akan menjadikan kita semakin besar . Tambahan lagi apabila kita menjadi public figure . Jadi cara pergaulan kita semuanya dilihat manusia yang kita pimpin . ^^


Hurm . Memandangkan hari ini entry pasal benda nih .

Apa kata saya kongsikan cerita bagaimana Nabi Muhammad overcome tomahan dan juga perlakuan kasar seorang badwi kepadanya .

Kasihnya Nabi Kepada Wanita Tua Yang Selalu Menyakiti Baginda



 Terjadilah kisah pada zaman Rasulullah yang mana wujudnya seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Setiap kali baginda keluar untuk berdakwah dan ke masjid. Pasti akan ada halangan pada jalan yang dilalui baginda .Kerana sifat tawaddhu' dan juga sifat menghormati orang yang lebih tua .Baginda hanya tersenyum dan sentiasa mengucapkan kalimah syukur kepada Illahi .Dalam masa yang sama Rasulullah berdoa agar perempuan tua itu dikurniakan hidayah dari Allah .Setiap kali Rasulullah dihamburkan dengan perkataan kasar , setiap waktu jalannya dipenuhi dengan najis dan duri namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas.Maka pada suatu hari hairanlah baginda kerana tiada lagi maki hamun , tiada lagi najis serta duri dan sebagainya pada laluan yang rutin. Setelah disiasat dan diperhatikan , rupa-rupanya wanita tua tersebut telah jatuh sakit dan tiada langsung sahabat handai serta saudara mara yang melawat beliau .Rasulullah SAW adalah orang yang terawal dan terakhir menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda. 



wah2 . Kita tak punya kesabaran seperti itu bukan ? Cuba bersabar ni umpama menahan singa yang buas keluar dari sangkar yang tidak berpintu . hehe .
Moralnya sabar itu kunci kepada sempurnanya iman .


Huit . Tidor dulu . salam ....


-Encik Hati-

Tuesday, May 22, 2012

Ahhh fail untuk madkhal . Sudah takdir . Terima je lah ^^

Salam ^^


Cuba teka . Ye tak pe . Madkhal fail . Markah tak cukup hanyalah 10 . Hurm ada hikmah la tuh . Selama ini yang belajar apa pun tak faham . Mungkin ada hikmah kena tahsin . Ok je . Kita balik malaysia cari duit untuk cover madkhal . Erm . Fannul ok lah . Agaklah markah dapat . Lulus pon dh ok .


Erm . Bahang Ramadhan sudah terasa .

Hurm . Selama hidup , tak pernah langsung merasai malam lailatul qadar .
Selalu lalai walaupun bibir mengatakan rindu . Betul bukan ? *n_n* . Biasalah manusia .




Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.

 Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Hurm . Semoga tahun ni pemburuan menuju lailatul qadar berhasil . InsyaAllah .

=Peninta Hati=

Monday, May 21, 2012

Ahhh 10 hari lagi sebelum balik .

Salam ^^

Tinggal lagi 10 hari .
Rasanya sudah sampai masa pack barang2 .
Hurm . Kak wani pun ada ajak teman dia ke amman .
InsyaAllah kak wani kalau tidak berkeberatan saya tolong jadi muraqqib untuk hari tu.


Ok semakin hari semakin dekat ramadhan dengan kita .
Apa kata kita lihat apa manfaat bulan ramadhan ni ^^.



Firman Allah Mengenai Puasa Ramadhan :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa"
(Q.S. Al-Baqarah: 183)
"(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Q.S. Al-Baqarah: 184).
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kalian, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kalian. Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Q.S. Al-Baqarah: 185)
-----
Fungsi / tujuan puasa selama satu bulan penuh di bulan suci ramadhan adalah sangat baik, yaitu untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Tuhan yang menciptakan kita Allah SWT. Di samping itu juga terdapat banyak sekali guna dan manfaat dari melaksanakan puasa ramadhan yaitu baik untuk jasmani maupun rohani.
Berikut ini adalah beberapa Manfaat dan Hikmah Puasa Ramadhan :
1. Membuat kita lebih taqwa kepada Allah SWT.
2. Mendapatkan pahala yang melimpah ruah.
3. Memberikan efek yang menyihatkan tubuh kita dan dapat menyembuhkan berbagai penyakit.
4. Melatih kita untuk menahan nafsu bejat selama hidup di dunia fana.
5. Mendorong kita untuk selalu berbuat kebajikan.
6. Bisa memasukkan kita ke dalam surga jika kita telah mati.
7. Melatih sabar, pengendalian diri, disiplin, jujur, emosi, dll.
8. Mempersempit jalan aliran darah di mana setan berlalu-lalang.
9. Mempererat tali silaturahmi dengan sahur dan buka puasa bersama.
10. Menghilangkan dosa di antara manusia dengan saling maaf-memaafkan di hari lebaran idul fitri kembali ke fitrah manusia.
Berikut ini adalah beberapa Keutamaan Puasa Ramadhan :
1. Orang yang berpuasa ramadhan bisa masuk ke dalam surga ar-raiyan.
2. Puasa bisa menjadi penebus dosa.
3. Orang yang berpuasa akan mendapatkan kegembiraan.
4. Puasa adalah penangkal.
5. Mendapatkan ganjaran dari Allah tanpa hitungan.
6. Bau mulut orang yang melakukan puasa bagi Allah SWT wanginya lebih wangi dari bau kesturi.
7. Puasa dan Al-quran memberikan syafaat.
Puasa hanya wajib bagi orang islam yang beriman kepada Allah SWT. Jika anda tidak beriman, maka anda tidak wajib puasa. Selamat menunaikan ibadah Puasa bagi yang menjalankannya. Semoga penuh puasanya dan jangan lupa niat puasa sebelum menjalankan ibadah puasanya :)

Nah itu dia . Puasa semakin dekat .
Semoga rindu yang kita simpan selama ini mampu diluahkan pada bulan ramadhan .

Ok . Perlu tidor sebentar .
-Peninta Hati-

Sunday, May 20, 2012

Salam *n_n*


Sekali lagi hari ini blog ini dikunjung . Sekadar nak dengar lagu je pun .hehe .
okeh . Imtihan syair ternyata tak dapat nk jawab . Hurm agak la susah . Tapi insyaAllah kheir .
Fannul agak la senang . Karangan hari ni penuh muka surat , Alhamdulillah .

Rasanya berkongsi ilmu itu tidak salah .

Di dalam Al-Quran . Ada satu surah yang tidak disunatkan membaca alfatihah . Ada juga yang mengatakan haram dibaca surah alfatihah pada awalnya dan makruh dibaca basmalah di tengah2 .

Yaitu surah Al- Taubah .

Kerana :

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...


 Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...


Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...


Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...


Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim"mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...



okeh . 

tunggu result imtihan keluar .kita layan game . tapi kenapa ya setiap kali beli .mesti game yang tak best .hush .

ok lah .perlu tidor .


Saturday, May 19, 2012

Imtihan dalam masa yang terdekat *n_n*

Salam Mahabbah d^^b


Imtihan sekali lagi menjenguk menandakan dia sudah sampai . Esok ada dua paper . Dan kedua-duanya masih belum habis di baca dan dihafal . Subuh dah datang . Mata masih belum rehat . Perut lapar . Tapi kerana semangat untuk mereka di Malaysia . Kadang-kadang kekuatan itu datang dengan sendiri .


Rancangan lepas time balik Malaysia .

1) mungkin apply sebagai guru tahfiz .
2) cari kerja untuk ajar2 kanak2 qiraati .
3) contract dengan masjid sudah tercapai .

Cuti dekat Malaysia tidak sepenuhnya cuti . Mungkin banyak kerja . Dalam masa yang sama perlu  banyak belajar dari mereka-mereka yang sudah dewasa .


Esok penentu berapa banyak madah yang dh diambil . Hurm . Hari xseberapa konfiden dalam menjawab soalan . Tapi insyaAllah kheir .

"Allah meletakkan beban itu bukan kerana dia menyeksa hamba-hambaNya . Namun kerana ingin melihat sejauh mana sayang seorang hamba kepada Pencipta"

Thursday, May 17, 2012

Rancangan Program Di Irbid

Salam Mahabbah ^^ .


  Memegang jawatan ini umpama sedang memegang sebiji gelas kaca . Sesuaikan pegangan tangan agar gelas itu tidak menggelungsur turun dan pecah .


Setelah lama berfikir , menerima tugasan sebagai perwakilan tidaklah susah jika kita tidak memberatkannya .
Namun kerja kena la sentiasa jalan . Mesyuarat punya mesyuarat , rasanya tidak salah kalau saya ingin senaraikan program yang bakal saya invest untuk adik2 KMKJ sesi 12/13 .


Pertamanya program yang telah berjalan lancar semasa kendalian saya sendiri adalah Futsal Cinta bersama adik beradik KMKJ tahun satu irbid bertempat di Courst Futsal Paradise pada minggu lepas bersamaan 8 hb 5 pada pukul 10-12 malam .

Dan program seterusnya hanya menunggu ketibaan adik2 KMKJ yang baru . Dan program akan dijalankan mengikut senarai-senarai berikut :

1) Halaqah Cinta- Yang mana membabitkan saf kepimpinan KMKJ 12/13 di Irbid dan jika berpeluang akan diluaskan skopnye kepada mu'tah , mafraq serta amman . Khas untuk pengenalan kepada adik2 baru yang bakal menjadu Ahli Jordan .

2)Program Kenali Diri - Akan menggunakan tenaga kerja PZ-PZ dan juga tenaga Perwakilan serta Biro Kerohanian Rohani dan Minda . Tujuannya agar adik2 baru kekal bersama KMKJ . (takutnya jadi amcam sesi ni adik beradik kmkj pakat2 lari dari persatuan) . Membabitkan PZ dan Biro Kerohanian .

3)Usrah Cinta - Rasanya maklumlah Program Usrah antara pelajar Kelantan ni jarang dilihat di mana-mana mantiqah khasnya di Irbid . Secara tidak langsung kita kan memperkuatkan ukhuwah antara ahli . Dan secara terusnya ingin mencungkil bakat kepimpinan antara ahli . Membabitkan junior serta senior dan Biro Kerohanian dan Biro Kebajikan .

4)Liga YDP - Masih dalam perancangan untuk Irbid . Menggabungkan adik2 baru dan senior2 . Menggunakan tenaga kerja Biro Sukan dan Biro Ekonomi .

5)Pengukuhan Ammi - Masih dalam perancangan .

6)Jaulah 2nd Q - Asalnya ingin dibuat di seluruh manatiq . Membabitkan kos yang agak besar . Tapi rasanya jika duit itu dikumpul dari kalangan ahli . InsyaAllah akan ada improvement . Seperti mana berjayanya First Q di Mu'tah . Menggunakan tenaga kerja Biro Multimedia dan Biro Ekonomi seta PZ .

7) SPB (sambutan pelajar baru) - Khas untuk adik2 kelantan dalam urusan mencari rumah dan sebagainya . Jika dilihat beberapa persatuan besar di setiap manatiq kurang kemas dalam menjalankan gerak kerja . Secara tidak langsung kita akan tolong persatuan2 utama di setiap manatiq . Menggunakan tenaga PZ serta Biro Kebajikan .

Masih banyak lagi program yang bakal menyusul . Rasanya untuk perancangan awal tujuh program ini akan dijalankan dengan lancar . InsyaAllah .


Sekian .






Penat pegang jawatan nih . esok imtihan .apa pon xbaca lagi .lusa imtihan pulak .haish .semoga dipermudahkan urusan .kalau xdapat nk jawab xtahulah .boleh lulus pon dh ok .

Sunday, May 13, 2012

termenung pulak hari ni ...

salam ^__^
exam pon dh dekat .tapi semua benda tak baca lagi .
biasalah dengan benda ni .
hari nak balik pun semakin dekat .
tiket ???hurm masalah la jugak .
tapi biarlah .
nak salahkan orang tak boleh jugak .
sepatutnya salahkan diri sendiri sebab gatal mintak orang yang sibuk belikan .
biarlah tiket tu .
ayah umi , andai qawi tak balik .
awal lagi qawi mintak maaf .
penat sudah tipu ayah bila ayah tanya tiket tu ada dalam tangan belum .
kali ini kalaulah ayah tanya lagi .
insyaAllah qawi jawab dengan jujur bahawa tiket tu entah ke mana .
ayah jangan bimbang , suatu hari nanti qawi bayar balik semua tu insyaAllah .

hurm . apa entah masalah biarkan je lah .
saya sudah penat menipu diri sendiri bahawa tak rasa nk marah .
selama ini saya mendayuskan diri sendiri mengalah dengan perempuan .
bukan kerana tiada ego .
bukan kerana tidak bermaruah .
namun kerana tahu kita semua punya masalah tersendiri .

hurmm .andai masa terputar dengan sendiri .
izinkan aku Ya Allah .
izinkan aku ambik soifi daripada aku terngadah seorang diri meminta tiket sampai ke tangan aku .
izinkan aku ambil soifi untuk tahun nih .
puas sudah aku fikir apa benda yang tak kena dengan tiket tu .

pada mereka yang menguruskan tiket tu .
tak perlulah rasa nak bersalah sangat .
saya cuba untuk memahami .
saya tahu anda akan baca blog nih .
especially kak alyaa .
tak pe lah klu banyak masalah sangat .
saya tawakkal dh .
apa nak jadi biarlah Allah tentukan .
dan kali ini saya mohon jika ayah saya bertanya kemanakah tiket tu .
izinkan saya jawab tiket tu masih belum ada .
izinkan saya bersikap jujur buat seketika .

mohon maaf sebab terlalu banyak mendesak .
bukan kerana saya suka memaksa.
tapi duit itu bukan hasil titik peluh saya .
andailah tiket itu dibeli dengan duit kutipanku sendiri .
saya halalkan walaupun anda songlap semuanya .
saya dari keluarga yang susah .
bukanlah asalnya dari orang yang ternama .
memanglah title ayahku itu besar pada pandanganmu .
tapi hakikatnya seorang wakil rakyat tidaklah sekaya yang kamu fikirkan .


lagipun ,
saya punya contract dengan beberapa orang yang sepatutnya saya tidak mungkiri contract tu .
andai diri ini tidak mampu menjejakkan kaki ke malaysia selepas ini .
saya maafkan kalian .
mohon selepas ini .
jangan lagi menyusahkan orang lain .
xpernah rasa sekelumit amarah apabila diperlakukan begini .
bahkan bersyukur mampu mengenali kalian .

saya rasa bangga diperlakukan seperti ini .
masih lagi saya ingat bersama sahabat memecut laju dari airport k tempat kamu dengan kereta yang berkondisi kurang bagus .
namun setelah sampai .
hanyalah debu dan angin yang menemani kami selama 2 jam berteleku di dalam kereta .
secara jujurnya sikap amarah tak kan pernah lari dalam hidup ini .
namun saya dan juga sahabat mengambil iktibar .
mungkin Allah sedang menguji kesabaran hambanya .

mungkin juga Allah sedang menguji hambanya dengan masalah tiket ni .
semoga tahap kesabaran saya masih lagi tetap mengharapkan Allah .

salam penggapi cinta Illahi .

Monday, May 7, 2012

Hey anda .salam *n_n*

haey anda ....di sana saya tahu anda sedang lihat saya .ye bukan niat nk berdiam diri .3 4 bulan tak sentuh blog bukan nk berdiam sebenarnya ,tapi takut nk menulis kerana dari tulisan itu mampu timbul seribu fitnah .


jadi dari kita timbulkan fitnah tu baik kita cegah .bukan ? *n_n* .hehe .xde nk bercerita apa2 .saya tahu awak juga sedang sihat di sana .jangan bimbang .akhir bulan 5 ni saya balik .jangan takut .saya akan pulang jika diizinkan Allah .


awak cepat2lah sihat .saya sedang tunggu berita baik dari awak .

tolong jangan sakit lagi ...saya sedang imtihan nihae .


erm kata2 hari ini ???


"jangan hanya mengangguk jika setuju namun juga turut akur dan terima jika kita tidak bersekutu"



*n_n* saya tak nak jadi kacang lupakan kulit .sebab saya tahu ..


saya sentiasa ada semua untuk saya .