"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, May 31, 2012

Dugaan berat .

Allah aku inginkan sampaikan air mataku pada mu .
Aku ingin tangisku Kau dengari .
Aku ingin sedihku ini Kau rasai .

Kenapa aku Ya Allah sebagai calon kepada ujian ini ?
Kenapa aku menjadi pilihanMu ?
Kenapa aku sedangkan aku tidak mampu tanggung semua ini seorang diri ?
Tega aku mendengar tangis si ibu .
Merana aku dihidangkan air mata pembakar semangat ku .
Sakit aku mati aku semua dibawah redha si ibu .

Bagaimana aku mampu tanggung semua ini ?
Bagaimana aku mampu jadikan duit sebanyak 3 ribu di depan mata ?
Bagaimana aku mampu ...

Sedangkan segalanya sudah aku lakukan sekadar yang termampu ..


Sedangkan aku hanya mampu mengesat tangisku .
Tanpa aku sedar aku hanya menangisi sesuatu dibawah kawalan Mu .

Ya Allah aku pohon jangan diberatkan ujian yang menggetarkan iman aku .
Aku mohon jangan dilimpahkan ujian sebesar ini .
Aku mohon tunjukkan aku jalan yang benar-benar memberi aku kebahagiaan .


Ya Allah jika kau ingin berikan aku pahala di sebalik kejadian ini
Aku mohon agar ibuku tetap kau naungi .
Mana mungkin sekeras-keras hati ku tidak akan lembut kerana tangis ibu .
Mana mungkin sejahil-jahil aku tidak tunduk dengan air mata ayah .


Kenapa Ya Allah kau libatkan mereka berdua ?
Sedangkan hanya aku yang berdosa ?


Kenapa mereka ??
Kenapa Ya Allah ?
............................................................................................................................................................



Mana nk cekau duit 3 ribu dalam masa sehari ??
Mana nak ambik duit sebanyak tu ??



Kak lina ...
Qawi tak tahu apa masalah yang pernah qawi cipta dengan kak lina .
Sampai macam ni sekali balasan kak lina ??
Sedangkan qawi bersengkang mata pukul 2 pagi hantar kak lina k mafraq ?
Qawi gadaikan ego dan maruah mintak maaf dengan tuan punya kereta hanya sebab salah kak lina ?
Sampaikan qawi biarkan paspot dengan tuan punya kereta selama 3 bulan ?
Tapi ini yang kak lina bagi qawi ?
Tiket yang tidak berbayar ???


Kak lina .
Kalau ye pon nak makan duit qawi .
Jangan sampai beribu .
Lagipon itu duit mak ayah .
Itu duit untuk qawi balik .
Ayah gadaikan niat nak besarkan rumah untuk bawa qawi pulang .
Ibu korbankan hajat nak beli cincin baru .
Tapi semua tu tak pernah pun kak lina fikir .
Yang qawi gadaikan segala hajat dan niat untuk itu dan ini semata-mata tiket tu .
Tapi kak lina tak pernah ambik tahu walaupun sesaat .

Jenis apa yang ada dalam hati kamu ...



Kalaulah aku tak mampu balik .
Aku redha Ya Allah ..

No comments:

Post a Comment