"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, May 17, 2012

Rancangan Program Di Irbid

Salam Mahabbah ^^ .


  Memegang jawatan ini umpama sedang memegang sebiji gelas kaca . Sesuaikan pegangan tangan agar gelas itu tidak menggelungsur turun dan pecah .


Setelah lama berfikir , menerima tugasan sebagai perwakilan tidaklah susah jika kita tidak memberatkannya .
Namun kerja kena la sentiasa jalan . Mesyuarat punya mesyuarat , rasanya tidak salah kalau saya ingin senaraikan program yang bakal saya invest untuk adik2 KMKJ sesi 12/13 .


Pertamanya program yang telah berjalan lancar semasa kendalian saya sendiri adalah Futsal Cinta bersama adik beradik KMKJ tahun satu irbid bertempat di Courst Futsal Paradise pada minggu lepas bersamaan 8 hb 5 pada pukul 10-12 malam .

Dan program seterusnya hanya menunggu ketibaan adik2 KMKJ yang baru . Dan program akan dijalankan mengikut senarai-senarai berikut :

1) Halaqah Cinta- Yang mana membabitkan saf kepimpinan KMKJ 12/13 di Irbid dan jika berpeluang akan diluaskan skopnye kepada mu'tah , mafraq serta amman . Khas untuk pengenalan kepada adik2 baru yang bakal menjadu Ahli Jordan .

2)Program Kenali Diri - Akan menggunakan tenaga kerja PZ-PZ dan juga tenaga Perwakilan serta Biro Kerohanian Rohani dan Minda . Tujuannya agar adik2 baru kekal bersama KMKJ . (takutnya jadi amcam sesi ni adik beradik kmkj pakat2 lari dari persatuan) . Membabitkan PZ dan Biro Kerohanian .

3)Usrah Cinta - Rasanya maklumlah Program Usrah antara pelajar Kelantan ni jarang dilihat di mana-mana mantiqah khasnya di Irbid . Secara tidak langsung kita kan memperkuatkan ukhuwah antara ahli . Dan secara terusnya ingin mencungkil bakat kepimpinan antara ahli . Membabitkan junior serta senior dan Biro Kerohanian dan Biro Kebajikan .

4)Liga YDP - Masih dalam perancangan untuk Irbid . Menggabungkan adik2 baru dan senior2 . Menggunakan tenaga kerja Biro Sukan dan Biro Ekonomi .

5)Pengukuhan Ammi - Masih dalam perancangan .

6)Jaulah 2nd Q - Asalnya ingin dibuat di seluruh manatiq . Membabitkan kos yang agak besar . Tapi rasanya jika duit itu dikumpul dari kalangan ahli . InsyaAllah akan ada improvement . Seperti mana berjayanya First Q di Mu'tah . Menggunakan tenaga kerja Biro Multimedia dan Biro Ekonomi seta PZ .

7) SPB (sambutan pelajar baru) - Khas untuk adik2 kelantan dalam urusan mencari rumah dan sebagainya . Jika dilihat beberapa persatuan besar di setiap manatiq kurang kemas dalam menjalankan gerak kerja . Secara tidak langsung kita akan tolong persatuan2 utama di setiap manatiq . Menggunakan tenaga PZ serta Biro Kebajikan .

Masih banyak lagi program yang bakal menyusul . Rasanya untuk perancangan awal tujuh program ini akan dijalankan dengan lancar . InsyaAllah .


Sekian .






Penat pegang jawatan nih . esok imtihan .apa pon xbaca lagi .lusa imtihan pulak .haish .semoga dipermudahkan urusan .kalau xdapat nk jawab xtahulah .boleh lulus pon dh ok .

No comments:

Post a Comment