"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, May 31, 2012

Masih kosong ....

Hurm .
Masih kosong .
Status tiket yang sudah burn .
Juga keluarga yang telah bersiap sedia untuk sambut di Airprt .
Juga hadiah yang bakal aku tayangkan kepada mereka .
Menerima kata terima kasih .
Senyum dan bergelak tawa .
Sambil menyiapkan hantaran untuk kak huda dan abg badi .

Tapi semua tu kabur .
Hanya ada dalam minda .
Jiwa ku sekarang ini masih dalam perjalanan ke Malaysia .

Ayah qawi akan duduk di sini je .
Mungkin sudah takdir tak dapat balik .
Duit tu ......
Qawi janji dengan darah daging serta nyawa qawi .
Qawi akan ganti walaupun terpaksa bayar seringgit sehari .

Hati masih menangis Ya Allah .
Jiwa masih kacau bilau Ya rab ..
Tunjukkan jalan .
Aku masih belum ketemu jalan untuk menuju ketabahan .

Senyumku hanya menutup kesedihan .
Tawaku hanya untuk insan yang lain .
Manis hanya pada air mata ku .
Cantik itu tetap ada .
Namun masih berselikan sisa-sisa permata .

Jika aku telah ditakdirkan begini .
Maka seribu air mataku yang tumpah tetap tidak merubah segala keputusan .
Tapi apa yang aku mampu ..
Hanyalah menangis ..
Tiada jalan seindah semalam .
Tiada jalan sekabur esok hari .
Namun jalan berliku terpaksa ku tempuh hari ini .
Tersepak tersungkur tak mampu aku gagahi .
Rebah aku hanya kerana janji manis .
Tumbang aku hanya kerana tipu daya .
Tumpas aku hari ini menunjukkan hina .
tersimpuh jatuh kukuh ..
Aku yang menelan segala jadam .

Kata mereka 
"ada hikmah di sebalik kejadian ni"
Namun aku yang menelan semua keburukan .
Aku yang tertelan pahitnya hempedu cubaan ini .
Aku yang terpaksa meneguk kebenaran .

Ku mohon jangan susahkan diri kalian .
Aku masih mampu membentuk silang kata ini .
Kepada yang bertanggungjawab .
Sebelum kamu berikan jawapan kepada Allah .
Aku pohon jawapan kukuh dan utuh .

Dan aku akan pastikan sesuatu dari ku buatkan kamu ingat aku .
Dan pastinya ia tidak enak .
Tidak akan menjadi seindah ciptaan .
Tapi aku akan pastikan ada tanda diri ku pada ingatan mu .

Umi , Ayah ....
Biarkan lah qawi tetap di sini .


4.20 a.m.

-Hati bersama Saudi SV 658 menuju KLIA . Perjalanan masih panjang-

-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment