"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Thursday, May 24, 2012

Arghh . Cuma hanya 7 hari sebelum mejejakkan kaki ke rumah yang sebenar ..

Salam mahabbah semua ^^


Mana yang follow cerita blog peninta hati ini . Jangan bimbang setiap entri saya saya akan letakkan peringatan kepada Allah di sepanjang saya menulis . Demi merealisasikan kata-kata Al-habib Umar al-hafidz .

"Manusia akan mati bila-bila . Maka tulislah perkataan yang boleh menyebabkan kita gembira di akhirat kelak"


Ye saya tahu *n_n* . Dulu pernah ditegur kerana tulisan saya tidak langsung berpegang kepada tali Allah .
jadi jangan bimbang .

Walaupun saya jenis stedi dan friendly 
saya tetap kenal dan jaga satu larangan bernama 'BATAS"








Dalam ramai-ramai mereka yang suka dengan sikap kita . Akan ada juga yang menikam secara halus dari sisi dan belakang . *n_n* . Semua itu akan menjadikan kita semakin besar . Tambahan lagi apabila kita menjadi public figure . Jadi cara pergaulan kita semuanya dilihat manusia yang kita pimpin . ^^


Hurm . Memandangkan hari ini entry pasal benda nih .

Apa kata saya kongsikan cerita bagaimana Nabi Muhammad overcome tomahan dan juga perlakuan kasar seorang badwi kepadanya .

Kasihnya Nabi Kepada Wanita Tua Yang Selalu Menyakiti Baginda



 Terjadilah kisah pada zaman Rasulullah yang mana wujudnya seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Setiap kali baginda keluar untuk berdakwah dan ke masjid. Pasti akan ada halangan pada jalan yang dilalui baginda .Kerana sifat tawaddhu' dan juga sifat menghormati orang yang lebih tua .Baginda hanya tersenyum dan sentiasa mengucapkan kalimah syukur kepada Illahi .Dalam masa yang sama Rasulullah berdoa agar perempuan tua itu dikurniakan hidayah dari Allah .Setiap kali Rasulullah dihamburkan dengan perkataan kasar , setiap waktu jalannya dipenuhi dengan najis dan duri namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas.Maka pada suatu hari hairanlah baginda kerana tiada lagi maki hamun , tiada lagi najis serta duri dan sebagainya pada laluan yang rutin. Setelah disiasat dan diperhatikan , rupa-rupanya wanita tua tersebut telah jatuh sakit dan tiada langsung sahabat handai serta saudara mara yang melawat beliau .Rasulullah SAW adalah orang yang terawal dan terakhir menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda. 



wah2 . Kita tak punya kesabaran seperti itu bukan ? Cuba bersabar ni umpama menahan singa yang buas keluar dari sangkar yang tidak berpintu . hehe .
Moralnya sabar itu kunci kepada sempurnanya iman .


Huit . Tidor dulu . salam ....


-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment