"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Wednesday, June 6, 2012

Jalan itu sentiasa luas tapi kita yang menyempitkannya .

Salam Mahabbah ^^


Seharian hari ini melayan karenah adik2 .
Penat tu tak perlu dihabaq lah .
Esok kena sambung lagi angkat barang2 masuk ke rumah baru .
Rasanya ada katil dan juga tilam serta almari yang masih belum habis diangkat .
Erm esok boleh lah saya update gambar rumah baru tu insyaAllah .

Okeh untuk pengupdatan iman kita .
Jom sama-sama kita hayati tazkirah ini .

Sifat Ar-Rahman Allah


Tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT adalah untuk menjadi khalifah dan hambaNya di muka bumi ini. Berdasarkan ayat 63-76 dari Surah Al Furqan, Allah SWT menyatakan sifat-sifat manusia yang layak menjadi hambaNya itu. Siri ini akan membincangkan perkara yang berkenaan. Selepas kita melihat sifat-sifat yang dinyatakan, kita tanya diri kita sendiri, adakah layak kita menjadi hamba Allah? Kalau tak layak, kita jadi hamba siapa?

  1. Dan hamba-hamba Ar Rahman itu ialah mereka yang berjalan di muka bumi beradab sopan. (ayat 63)
  2. Dan jika diajak bercakap atau dicela oleh orang-orang jahil mereka berkata ”selamat” (ayat 63)
  3. Dan mereka yang berada pada waktu malam, menyembah kepada Tuhan mereka dengan sujud dan berdiri (ayat 64)
  4. Dan mereka berdoa: Ya Tuhan kami!! Hindarkanlah kami daripada seksa neraka Jahanam (ayat 65)
  5. Dan mereka itu apabila membelanjakan hartanya tidaklah membazir dan tidak lokek – malahan pertengahan sahaja antara keduanya. (ayat 67)
  6. Dan mereka tidak menyekutukan Allah dengan Tuhan yang lain (ayat 68)
  7. Dan tidak pula membunuh manusia yang diharamkan melainkan dengan kebenaran (ayat 68)
  8. Dan tidak pula mereka melakukan zina (ayat 68)
  9. Dan barang siapa bertaubat dan beramal salih, Sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah dengan diterima taubatnya. (ayat 71)
10.     Dan tidak mereka itu tidak mahu menjadi saksi palsu (ayat 72)
11.     Dan apabila bertemu dengan perkara yang sia-sia mereka berlalu secara terhormat (ayat 72)
12.     Dan mereka apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidak memekakkan telinga dan tidak membutakan mata (ayat 73)
13.     Dan mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan anak-anak kami yang menggirangkan hati kami dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa” (ayat 74)



Argh . Esok hari yang panjang lagi .

-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment