"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Sunday, November 4, 2012

Manusia Pendosa

Selawat dan Salam keatas nabi Allah .
Syukur kehadrat Illahi kerana masih bernyawa hari ini .
Ayuh kita perbaharui Iman yang masih belum kukuh ini .




Jauhkan diri dari manusia buat sementara .
Ambil masa bersama Pencipta .
Berfikirlah , kerana dunia ini banyak berdusta .
Hidup bukan kerana sesiapa namun hanya kerana Dia .
Perjuangkan Islam di mata dunia .
Buangkan sifat kebendaan dan harta .
Kukuhkan iman yang ada dalam jiwa .
Jauhkan lagha dan juga cinta ,
agar kehidupan lari dari kecewa .

Fikirkanlah .
Gapai visi hidup walau lelah .
Banyak berfikir ,banyak mentelaah
Namun hakikatnya nafsu tetap ditengah .
Laut manjadi saksi cinta nafsu serakah .
Dunia ini kecil sanggup diredah .
Tepian 7 gunung didaki tanpa mengah .
Lautan api direnang tak berkesudah .
Itulah manusia banyak beristilah .
Akhirnya tumpas berpaling tadah .

Hidupkan .
Jangan hanya diperkotak-katikkan .
Tahu menunding dalam berpakatan .
Menyalahkan dalam anggukan .
Mengiyakan dalam gelengan .
Pandai menjiwai namun jauh mengamalkan .
Sebati dengan keseronokan .
Tenggelam dalam sedutan syaitan .

Terbiar .
Pusaka lama hilang bersama akar.
Mekar .
Cekal mencari sekuntum mawar .
Tegar.
Pancaroba digulung bagai tikar .
Cemar .
Kebenaran diteguk terketa-ketar .


Penghukum .
Bertindak hebat bagai sang matahari .
Namun berkata-kata bagai kenari .
Kepandaiannya hanya menunding jari .
Kemahirannya dalam sifat 'membela diri'
Betul semakin berani .
Salah mula lari .
Jangan jadi sang penghakimi .
Yang hidup dibawah telunjuk jari .



-Manusia Pendosa-
-11.55 p.m-
-Irbid Jordan-

No comments:

Post a Comment