"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Monday, August 6, 2012

Hati Itu dilahirkan kotor namun perlu dijaga agar menjadi bersih .

Salam Mahabbah ^^

3 4 minggu kot terlupa menjenguk halaman ini .
Terlupa mencatit isi-isi kehidupan .
Terlupa memberkas segala memori dalaman .

Hari ni pun sebab ada yang bertanya di mana entry baru .
Jadi ..
Ini dia entry baru saya :)

      Menjaga pandangan diantara sesama muslim yang berlainan jantina mahupun yang sama jantina jarang dititikberatkan oleh masyarakat . Malah diri kita sendiri terlupa menjaga air mata dan riak muka yang mempamirkan rasa ingin bergaul bebas dengan orang yang lain . Kadang-kadang ada yang menyalah gunakan kuasa dan mandat yang diberikan untuk memuaskan nafsu . Malah ada yang bertindak secara terang terangan tanpa segan silu .

     Hari ini kita lihat masyarakat sekitar semakin alpa dengan aurat dan semakin lupa dengan ajaran supaya menutupnya . Malah mereka tega mempamirkan dengan megah dan dijadikan simbol kepada kecantikan tersendiri . Jika ditanya kepada mana-mana lelaki yang ada , tidak ada seorang pun yang menolak untuk melihat wanita yang berpakaian menjolok mata . Dan tidak ada juga dari mereka yang mampu menegah dari memandang golongan tersebut .

       Hal ini amnya berlaku kerana kekurangan tarbiyah dan didikan asal yang membawa kepada pengertian khusus mengenai aurat dan ajakan demi menutupnya . Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini , ramai yang berpendapat dengan berpuasa dan menjaga diri dari makan serta minum telah cukup memenuhi syarat dan terma berpuasa . "Fasting" yang bermaksud puasa di dalam Bahasa Inggeris juga menekankan etika menutup aurat dan menahan nafsu tidak kira berbentuk amarah mahupun syahwat .

     Hati manusia ini dilahirkan kotor dan tugasan membersihkannya jatuh ke bahu empunya badan . Pastinya dengan menjaga pandangan ataupun ghaddul basyar adalah salah satu cara menyucikan hati dari kekotoran dunia .

     Bulan puasa tahun ini menyaksikan ramai manusia yang mengaku ISLAM menyalahgunakan prinsip SAH puasa tersebut . Ramai yang beranggapan puasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sudah mencukupi ejaan SAH PUASA . Jauh berbeza apa yang diterapkan dalam nurani masyarakat hari ini .


RUKUN BERPUASA 
  1. Niat 
  2. Menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa bermula terbit fajar dan terbenam matahari .


     Ramai muslim pada hari ini mengambil frasa menahan lapar dan dahaga tanpa mempedulikan kata-kata PERKARA YANG MEMBATALKAN . Jumhur ulama telah menyenaraikan banyak perkara yang mampu membatalkan puasa . Menahan nafsu adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan demi mendapatkan puasa yang sah .

      Jika dilihat di mana-mana "bazar" mahupun mini market serta mega market , ramai wanita dan lelaki mengambil peluang mengenakan  pakaian bersahaja yang mana memberikan ekspresi "tidak mampu menahan nafsu syahwat" kepada orang sekeliling . Dengan berpakaian ketat dan menonjolkan anggota tubuh , mereka mungkin menjadi punca batalnya puasa muslimin muslimat di sekeliling .

     Ambil masa dan renungkan , kerana semua benda yang berlaku bukanlah terjadi dalam waktu yang pra-sedar . Belum menyentuh isu mereka yang bertudung labuh dan berjubah putih mulus . Menggunakan platform iman dan ajaran sebagai satu landasan melabuhkan nafsu mereka . Saya lihat berapa ramai mereka yang bertudung labuh dan berkopiah kemas menyalahgunakan alatan tersebut dalam menutup tirai keimanan mereka .

      Dalam menutup aurat secara sempurna dan berjalan dalam sunnah nabi , mereka mencemarkan nama pakaian suci Islam itu dengan bergaul bebas dan bertepuk tampar antara satu sama lain walhal tidak ada ikatan halal diantara mereka . Ini adalah salah satu induksi kecenderungan masyarakat untuk mendengar keapda para dai'e . Dengan ada pelakon handalan yang bertopengkan purdah dan tasbih , ramai yang memilih untuk mendengar dan meminta nasihat dari ustaz2 yang memakai Jeans .

     Perkara ini sememangnya satu corak masyarakat yang berlaku di Malaysia kala ini . Namun apakan daya kuasa seorang tidak mampu mengalahkan hati seribu orang . Renungkan semoga kita mendapat kebaikan dalam  bulan Ramdhan ini .

Ya muqallibal Qulub , Thabbit Qulubana 'ala Dinik , Wa'ala tho'atik .

Salam sahur semua :)



No comments:

Post a Comment