"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Monday, March 9, 2015

The Day that I feared the most already here..

Hari yang paling aku takutkan akhirnya jejakkan kaki..
Ye.. mungkin anda tak tahu.. tapi aku yang mengalami.. aku yang sedang alami..
Akhirnya... bila sahabat balik ke malaysia berijazah. maka aku balik dengan tangan yang kosong..

 
1 hb 3 2015


      Ayah sampaikan berita yang aku rasa dah lama aku expect berlaku.. tapi tak pulak aku sangka secepat ni dia sampai.. Ayah kata 'ayah xmampu nak tanggung pelajaran qawi lagi'.. Nafas aku normal waktu tu.. aku yakin ini akan berlaku .. tapi bkn pada penghujung pelajaran yang hanya tinggal 4 sem berbaki.. Aku tarik nafas.. Garapkan realiti yang sedang terjadi.. Aku tanya ayah '4 sem lagi.. qawi kna balik k ni ?' .. Ayah dan umi hanya dia .. Kata umi 'Umi kering ni qawi. Rajeh nak masuk Uni.. Baha ke sekolah menengah.. Imtiyaz SBP.. Adik di IMTIYAZ Besut'
        Aku tahu perbelanjaan bulanan aku memakan hampir 70% kewangan keluarga dalam masa sebulan. Dengan status ayah sebagai pesara ahli politik yang membangkang kerajaan. Apa yang kami dapat harapkan dengan wang gaji pencen yang tertangguh dan terkadang tidak ditunaikan. Bagi aku itu perkara biasa yang terjadi. Tapi tidak aku jangka pada pengakhiran pelajaran. Dengan berbaki 4 sem atau 5 sem bergantung kepada keputusan. Siapa yang nak berpisah dengan Ijazah Sarjana Muda di depan mata. Hatta aku yang tidak pernah merasa manisnya Bahasa Arab ini pun merasakan sakitnya berpisah dengan kejayaan hanya di depan mata.
        Benar jika Allah ingin tarik sesuatu. Maka Dia tidak perlukan setahun, sebulan malah sehari.Dengan hanya sekelip sahaja mata harapan aku hancur. Maka aku terpaksa tinggalkan setiap pelajaran dan memori aku di sini.. Dan aku ambil tekad itu untuk pergi.



3 hb 3 2015


          Hari ini aku hanya menahan air mata. Ahmad di depan ku. Kami berjalan seiringan.. Dia punya 3 sem sahaja lagi sebelum bergelar Sarjana Muda Bahasa Arab. Dan aku hanya 4 sem sahaja lagi sebelum menggalas gelaran yang sama. Aku renung Ahmad. Bertanya adakah ini keputusan yang sepatutnya aku ambil ? Katanya sokongan 100 peratus sentiasa dia berikan tak kira kemana aku bawa diri selepas ini. Maka kami singgah di qabul tasjil. Soal keluar dari uni ini agak rumit ditambah lagi dengan pekerja dari orang arab. Aku hulurkan kad pelajar sambil berkata 'saya nak keluar dari yarmouk. sambung ke malaysia' .. Balasnya.. 'tamat sem ni kamu datang balik jumpa aku , ambil sijil dan bergambar' .. Allahu. Perit menular jantung. Air mata aku tahan.. Dada berombak. Tapi aku tegaskan bahawa aku ingin keluar dari uni dan sambung ke malaysia tanpa menamatkan pengajian aku di sini..
           Dokumen-dokumen berkenaan dikeluarkan. Maka berulang-aliklah aku dan Ahmad mencari tanda tangan dan juga cop dari orang atasan Yarmouk. Sekali dua aku dimarahi kerana tidak menamatkan pengajian walaupun sudah berbaki 4 sem sahaja lagi. Hanya senyuman mampu ku balas. Hambar.. aku tahu itu yang terlukis di wajah. Setelah tanda tangan setiap ketua unit telah aku ambil. Maka beransur aku ke perpustakaan untuk memenuhi tanda tangan yang terakhir.. Bersama kad pelajar aku hulurkan dokumen itu. Dicapainya tanpa sebarang kalam.
          'Prap'. Satu bunyi yang agak kurang menyenangkan menghiburkan suasana sunyi perpustakaan. Dikembalikan kad pelajar ku bersama dokumen. Yang pertama aku lihat adalah kad pelajarku yang berlubang. Tumpah air mata waktu itu. Ahmad masih lagi di luar maktabah ekoran tidak ada kad pelajar bersama beliau. Ku kesat air mata. Kerana ini takdir.. bukan yang ku pinta.


6 hb 3 2015

            Tiket oman telah aku beli untuk ke malaysia. Tarikhnya adalah 7 hb 4. Maka berbaki sebulan untuk aku berhibernasi dan berdiam diri di rumah. Ada sahabat yang tahu dan ada yang tertipu dengan topeng gelak tawa dan senyumanku. Sungguh aku menangis di malam hari menaruh air mata atas dugaan ini. Siangnya aku bergelak tawa menghitung duka di sebalik palsunya manis muka. Tapi hati ku sentiasa menangis dan luka. Goresannya halus tapi sakit tak dapat dilupa..
           Maka tuhan. Aku serahkan diriku pada Mu.. Sungguh aku tidak mampu melihat lagi masa hadapan yang tersedia untuk ku. Aku serahkan diriku pada Mu..

Thursday, January 1, 2015

Jana pengalaman dari pengamatan.


Ada orang tanya kenapa nama blog ni Dakwat Fajar..


Sebab tiap kali aku tulis .. mesti pukul 3 atau pukul 4 haha ..


Jadi kali ni banyak sebenarnya nak bercerita.. tapi bila tangan jatuh kat keyboard ni.. kosong pulak rasa ..
Natijahnya ak tulis je lah apa yang terlintas di kepala ..

Tapi kebanyakan orang yang sama umur dengna aku bila tulis blog .. banyaknya cakap pasla jodoh ..
Aku ni bukan apa .. aku sendiri pun belum tahu jodoh aku kat mana.. nak ditulis takut dikata syok sendiri.. tak tulis macam.. ye lah kan.. orang muda.

Tapi bila aku tengok ada senior ni sorang.. umur dah dekat 27.. tapi stedi .. awek takde.. belajar top.. aku pernah la tanya apa rahsia dia .. dia cakap 'kau kena berenti fikir pasal awek2 ni qawi' .. macam terkena.. tapi tak sakit sangat.. serius aku banyak abiskan masa fikir pasal gerbang kahwin tapi tak de langkah .. dia cakap lagi .. 'aku pun tak rasa nak kahwin pun qawi.. orang dulu2 tak kahwin kitab top2 boleh karang'

Bila kata2 tu keluar .. menusuk jugak .. dasyat sangat cara dia pikir .. aku pun mula nak try hidup macam dia (over sangat kalau macam dia .. takkan la orang macam aku ni) Pfft... jadi aku pun convert lah .. dulu selalu lepak2 dengan orang .. skrg aku stay rumah.. dulu selang sehari status update kt FB .. skrg 5 bulan sekali .. aku rasa aku ni dah anti sosial.. ye lah memang lah aku ni gamer duduk rumah 24 jam.. Tapi bukan 24 jam aku gaming .. aku nak rasa duduk tak bermasyarakat pulak .. dulu masa bermasyarakat banyak faedah .. tapi sakit pun banyak jugak..

Itu yang terlintas je lah .. kalau nak ikut hati panjang je aku karang pasal kahwin sini... satunya status aku pun bukan yang berada.. setiap kali aku cakap dengan mak ayah pun aku akan avoid pasal kahwin2 ni.. aku takut mereka fikir anak dia ni dah tak tahan dah .. aku kalau boleh nk stay single sampai boleh berdiri atas kaki sendiri..

Bukan apa... masa balik malaysia tahun ni .. (orang dok kata aku banyak duit balik tiap2 tahun) .. hakikat aku balik cari duit .. aku tengok keluarga aku tak sama macam dulu.. ye lah mak ayah dah masuk status warga emas .. dengan anak2 yang masih dalam proses pembelajaran .. kos sara hidup yang tinggi. .anak2 nak masuk Uni .. sekolah rendah pun belanja boleh sampai RM5 sehari.. aku tengok elok2 situasi ni aku tak rasa relevan kalau aku cakap aku nak kahwin .

Jadi bila balik aku tak de lah kerja kuat sangat  .. ringan2 je .. tapi selama 3 bulan tu aku dapat rasa .. dapat tengok kerutan kat dahi mak ayah tu hilang sedikit .. duit Astro aku setelkan.. servis kereta pun..(sebab 3 bulan aku je yang dk pakai keta haha).. bil telefon.. api air selama 3 bulan aku cuba sedapa upaya bayar.. tinggallah 2/3 dari duit gaji .. 1/3 aku kasi adik2 buat duit raya dan blanja..1/3 lagi aku kasi mak ayah .. (dorang senyap2 kasi balik .. letak atas meja)..

Mak pernah cakap.. "qawi.. hutang umi dengan qawi ada lagi 300"... aku terfikir .. sampai 300 tu pun mak boleh ingat.. padahal tiap2 bulan kat sini pun 500 dia masukkan..walau umi insist nak bayar.. aku letak balik dalam kocek ayah .. tapi kantoi jugak -_-... aku paham perasaan umi .. dia tak nak anak dia fikir mereka (ibu ayah) tak mampu sara anak2..

Bila agak dewasa.. aku tak rasa spending duit merata-rata itu wise decision.. (walau hakikat aku ni lambat lagi nak khirij) .. tapi aku minimakan impak penggunaan duit aku pada mak ayah.. (duit pinjaman pun habeh dah 0_0) .. tapi aku xcakap.. sebulan2 aku tak tanya pasal duit,. biar mak ayah yang tetapkan sendiri.. sebab aku paham ape yang terjadi..

Sampai satu tahap aku pikir nak balik kerja lah .. (sebab banyak madah lagi ni ><.. tambah2 yang tinggal madah susah2) .. walau aku ni tak sepandai orang lain.. tapi life skill aku pun decent..

Lepas balik 3 bulan hari tu.. banyak benda yang aku fikirkan .. sama ada nak sambung malaysia .. (memang dari awal aku nak sambung malaysia) tapi atas dasar kemanusiaan kepada mak ayah.. aku turuti kehendak.. jadi dalam banyak2 benda yang terfikir.. aku akhirnya dapat paham kata2 "mak ayah sanggup berlapar untuk anak2" .. tengok adik2 cukup makan .. kadang2 kita pun kenyang (aku makan jugak sebenarnya)..


Itulah,, kan dah panjang.. itu yang terlintas tu.. tak tulis lagi yang nak ditulis..
Apa pun ... semoga keluarga dalam aman damai dan direhai Allah .. Amin..

Nak tidor ..

Dakwat Fajar


Monday, October 20, 2014

Jauh berdagang ke dunia asing .. Jangan dilupa manusia di halaman..

Jauh berdagang ke dunia asing ,
Jangan dilupa manusia di halaman ,
Jatuh ke bumi hidup mengiring ,
Usah dilupa adat berteman.


Alhamdulillah .. sekali lagi Alhamdulillah .. dan Alhamdulillah.

Bukan apa.. kita manusia ni hidup pelupa..jarang2 jatuh bala baru tahu erti bersyukur tu macam mana.

Jadi...


Sem ni bermula dengan baik Alhamdulillah . Tak de sakit mana-mana madah . Walau ada madah di'tahsin' balik.. tapi ok .. bermula dengan baik akhirmya mohon baik juga insyaAllah.

Jadi ..
 


Tu lah ..


Ada lagi ??

Cukup lah tu ..

Thursday, February 6, 2014

2014 bukanlah suatu yang baru

Hahaha...



Setahun tak tersentuh blog ni. Tengok toolbar ada save Blogger Dashboard. Jadi bila buka.. Iye memang blog ni ada dan wujud lagi.

Takde update ape2.. ok je..

Ada lagi baki 2 tahun untuk khatam Bachelor B.A ni.


Cepat-cepat lah habeh weh..Penat dah .

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan bukan hanya berpuasa, malah ia juga medan tarbiyah.

Ramadhan al-mubarak .


:) . Blog ni umpama kekasih yang merindu . Atau kita boleh umpamakan sebagai 'stalker' . Ok cukup .


Dalam diam, sudah genap 11 hari berpuasa (posting ni dipublish pada 11 ramadhan). Namun apa pembaharuan yang kita terima dan kita berjaya ?? Meningkatkah tahap cinta kepada Allah dan Rasulnya ?? Atau sekadar puasa dan berlapar dahaga ??

Yang menjadi rebutan kita harian adalah mengenyangkan nafsu yang tak pernah berkesudahan. Jauh dari makna yang sebenar ramadhan itu didatangkan. Hikmahnya agar kita mampu merasai kelaparan faqir miskin juga mensyukuri nikmat tuhan dalam masa yang saman. Namun.. Masih ada dikalangan kita yang tega mengambil puasa tu hanya berkadar 'puasa' . Dimana letaknya penghayatan sebenar 'as-siyam' jika hanya tahu menahan dahaga dan lapar, tapi syahwat dibuar bermaharaja lela.


Bagaimana ?? Dimana sebenarnya penghayatan ramadhan. Ramadhan bulan pengislahan , tapi dimana pembaikian yang kita bina ?? Dekatkah kita untuk 'tittle' 'muttaqin' ???

(maaf post ini ditulis dengan hp maka tak dapat nak di salin ayat Quran)

Orang muttaqin itu disebut oleh Allah sebagai ' orang2 yang mengingati Allah ,tatkala bangunnya , juga ketika duduk atau ketika berada diatas (junub)nya *berbaring* . Dan mereka ini senantiasa berfikir di atas penciptaan langit dan bumi. Dan berkata (mereka) , wahai tuhan ku, sesungguhnya penciptaan langit dan bumi ini tidaklah dicipta secara sia2 ,maka ampunkan kami dan jauhkanlah kami dari api neraka" '


Sedikit-sebanyak perkongsian sebelum sahur ni . Semoga membawa keberkatan dan keampunan dari Allah .



Dan jemput2 datang berbuka puasa kerumah saya juga berterawih ke Masjid Besar Mukim Gaal .


Pasir Puteh, Kelantan .

12 Ramadhan
1.30 a.m.

Saturday, May 18, 2013

Ibu ku Syurga ku

Surat untuk ibu - terima kasih kerana menyayangiku.



Umi.
Dulu saya lemas dalam perut umi.
Doktor kata kalau tak belah perut saya boleh mati .Dan umi kata doktor belah perut umi tanpa bius.
Sakit kot .Tapi saya kecik masa tu , umi kata sakit pun saya gelak je.

Umi,
Kecik2 dulu saya nakal.
Pernah saya jatuh dari bumbung rumah tingkat 1 dan pengsan .Dan umilah yang pertama melompat dari tingkap dan rangkul saya. Saya ingat lagi.
Ada satu masa waktu tadika .saya potong tangan sendiri masa tengah kupas mangga. Umi yang pertama pukul saya sebab tak dengar cakap dia . Haih.

Dulu masa sebelum tidur umi ceritakan pasal sang kancil . Kadang2 dengan buaya , kadang2 dengan singa.Saya tak tahu kenapa saya minat sangat sampai umi terpaksa reka cerita untuk puaskan hati saya.

Umi ,
masa sekolah rendah cikgu kata murid2 kena hormati ibu bapa. Tapi saya balik rumah , baju , buku kasut saya baling merata-rata .Umi kata tak pe , umi ada
Umi sekolah rendah dulu kami adik beradik ada wallet yang umi buat pakai sapu tangan. Nampak kolot . Tapi entah kenapa kami tak pernah rasa malu pakai wallet tu malah bangga . Sebab umi kata sapu tangan tu boleh guna untuk lap hingus. Baguskan umi ?? 2 dalam 1

Umi ,
masa mother's day dulu , waktu saya kecik2 saya bagi umi pen dan tulis 'i love u' umi . Saya tahu umi tak menangis depan saya , tapi otw balik rumah tudung labuh umi basah. 5 tahun pen tu ada dekat dinding bilik umi . Saya pun tak tahu apa special pen yang harga 50 sen tu dekat umi.

Umi,
masuk sekolah menengah saya nakal.Saya lompat pagar , saya tak pergi kelas , saya lawan kata2 cikgu. Ramai cikgu kata saya ni tak boleh dibaiki dah. Tapi umi kata 'qawi yang terbaik sekali' . Walau orang cemuh , umi kata saya buat apa2 sekalipun , saya yang terbaik. Tapi saya tak berubah. Degil.

Umi pernah tanya saya ada suka sape-sape ?? Saya kata tiada . Umi kata itu kalau anak muda. Saya kata ada. Umi kata "jaga hati
insyaAllah perkara lain akan terjaga juga"

Umi,
ingat lagi masa saya kena h1n1 ??Umi dengan ayah datang melawat. Masa tu saya menangis , saya kata saya akan mati. Dan saya menangis sebab takut mati. Umi buat apa ?? Umi senyum je. Umi kata Allah uji tanda sayang hamba. Tiap2 hari umi melawat saya. Pasir Puteh dan Tanah Merah tu bukan jalan sehala. Tapi setiap kali maghrib umi ada. Bawa nasik dan berbagai benda.Umi , semua doktor takut nk masuk bilik rawatan saya. Kalau masuk pun pakai mask kat muka . Umi ?? Umi masuk selamba . Tak de mask tak de apa2 . Sebab umi kata saya tak sakit pun cuma mengada.

Dan bila besar , baru saya sedar. Tiap kali saya telefon umi, bukan kerana saya ambil berat. Bukan kerana saya rindu . Tapi sebab saya kesuntukan duit dan sibuk kejar dunia .Sekarang baru saya tahu , saya banyak meminta tapi pulangannya tiada. Kecil saya menjerit meronta ingin disusukan. Kanak2 , saya terkinja2 nak mainan itu mainan ini. Remaja, saya hancur , hanyut mencari diri sendiri . Dewasa , saya lupa siapa sebenar punca adanya saya .Umi, saya mungkin nakal , saya mungkin janggal . Tapi bila umi puji saya , bagi saya itu yang ada dan kekal .Saya jarang terima keputusan umi , saya banyak bantah kononnya ilmu ini ada di dada langit . Kononnya pengetahuan ini mengalir di laut 7 . Tapi saya alpa , ilmu umi jauh berbeza dengan saya darjatnya . Hakikatnya saya ni yang hina.Umi,maafkan saya .Sebab saya tak jumpa lagi cara untuk jadi anak yang mampu menerangi dunia ibu bapa.
Walau apa pun saya akan tetap mencuba .Umi ... Saya sayang umi dunia akhirat ...


-Anakmu-
 
 
 
 
Konvo Permata 2011
 

Friday, April 12, 2013

Jauh panggang dari api .

Salam Mahabbah ...


       Dunia dengan akhirat . Jauh panggang dari api . Macam langit dan bumi . Bagai aur dengan tebing. Semua benda yang pernah jadi pepatah boleh dibaratkan untuk dua perkara bipolar yang berbeza ni .  Namun dalam perbedaan mereka , ada satu bond dan ikatan yang kukuh . Betul ?? Tidak lengkap dunia dan akhirat jika dua alam ini tidak disaling kaitkan . Tidak pernah satupun penceramah yang bercakap hanya menyentuh isu dunia tanpa ada selitan tentang akhirat . Dan tiada yang menyampaikan sesuatu mengenai akhirat tanpa ada peringatan untuk amalan dunia .


     Yep . Dan dua benda ini yang tentukan sejauh mana pengalaman kita sebagai manusia . Ingat sebagai manusia yang Islam , tiada kehidupan kedua bagi kita seperti atheist dan juga penganut agama-agama lain . Mereka (orang cina dan sebagainya) berpegang kepada kehidupan selepas kematian . Dengan kata lain selepas mati , mereka akan dihidupkan sebagai kehidupan yang lain . Juga sebelum mereka dilahirkan , mereka dah lama hidup sebagai hidupan lain .


       Dan dunia dan akhirat ini adalah tunjang kehidupan asas manusia . Tanpa dunia manusia hanya akan berada di atas sejadah tanpa fikirkan dakwah kepada ummah . Tanpa jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak , seorang jiran dan seorang ummat islam . Dengan hanya ada dunia , manusia akan mabuk dibaham arus arak dan zina serta maksiat . Dan pasca era 20-an ini , banyak dari kita 'manusia' yang sudah mula hanyut dibuai mimpi yang bernama dunia .

  
      Dunia ini hanya akan jadi dunia . Suatu tembok ujian yang menjadi kayu ukur keimanan manusia . Ada manusia yang mampu merentangi tembok ini . Ada yang terkena lamunan sihir taman yang ada dibawah tembok ini . Dan dengan kekuatan yang ada itulah kita akan teruskan kehidupan ke alam dimana tiada penghujung .

    "Maka antara nikmat-nikmat Tuhan , yang manakah hendak kamu dustakan"
      -Ar-Rahman 14-

 

"Hidup ini membunuh kita berkali-kali , semakin hari semakin banyak nyawa kita dibunuh oleh makluk bernama 'hidup' . Mati hanya membunuh kita sekali sahaja "

    Bersediakah kita ??Untuk kunjungan yang bernama maut ??? Dengan keyakinan kepada tuhan pada waktu ini ???  Dengan keimanan yang ada sejengkal ?? Dengan Islam yang hanya timbul pada nama ???


"JAUH PANGGANG DARI API"    Betul bukan ????

Sunday, March 24, 2013

Allah musta'an

Salam Mahabbah ^^


       Akan ada suatu masa di mana kita tinggi dan ada masa kita rendah. Pernah diajukan satu kalam ini kepada seorang yang alim. Berkata anak murid beliau "wahai guru ku , aku tidak kuat untuk menghadapi kehidupan ini. Manusia di sekeliling sentiasa memandang serong terhadap aku dan aku sendiri tidak punya keyakinan untuk hidup" .
      Jawab guru itu sambil tersenyum "wahai anakku , kamu punya masa depan dan kamu punya kehidupan. Hargai sesuatu yang bernilai bukan dengan pandangan orang sekeliling. Tapi apa yang kamu lihat dari mata kamu itulah yang ada. Hidup ini ada naik dan turunnya. Ketika kamu berada di atas, gapailah awan seerat mungkin agar tidak jatuh ke bawah. Dan ketika kamu jatuh ke bawah , ingatlah bagaimana rasa ketika kamu memeluk awan itu , agar kamu tidak hilang semangat yang ada"
   
 

      Benar. Ada waktu di dalam hidup ini kita akan terperosok dan susut. Juga akan ada waktu di mana kita akan rasa diri kita ni hopeless. Dan ada waktu di mana kita rasa diri ini diabaikan oleh manusia sekeliling. Ya dan ia benar-benar berlaku pada kita pada jarak usia yang cuba mencecah dewasa. Namun disebalik semua itu , tahukah kita itu adalah saah satu ujian kedewasaan, Benar bukan ??? Manusia yang berfikir tidak akan mengulangi 2 kesalahan yang sama pada waktu yang sama.
       Ada masa tingkah laku kita disalah anggap oleh manusia dan pernahkah anda rasa ???Bagaimana anda cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan keadaan ??Dan hakikatnya apa yang anda sampaikan itu tetap disalah ertikan oleh orang lain ???Dan cuba lagi untuk kembalikan keadaan kepada yang asal ???Tapi akhirnya yang termengah adalah anda yang tidak tahu bagaimana caranya ???
       Fatrah itu banyak berlaku dalam kehidupan kita. Dan penyelesaian bergantung kepada invidu. Ada yang memilih untuk berdiam diri. Ada yang memilih untuk menjelaskan keadaan. Ada yang cuba menjarakkan dari masalah tersebut. Hakikatnya ia tidak akan selesai selagi tidak anda hadapi. Namun cukup kuatkah untuk kita tempuhi perkara seperti itu ???? Jawapan ada di dalam diri masing-masing. Cukupkah semangat untuk kita selesaikan masalah itu ???
      Ye. Dan pastinya yang timbul adalah , andai waktu itu dapat diputar balik, pasti aku tak buat perkara seperti itu. Sedar atau tidak kita hanyalah mengeluh dan hidup mengejar bayang-bayang. Ye ramai yang bertindak dan cuba hadapi masalah itu. Tapi ramai yang tidak berjaya.
     Akhir kata, hidup ini ada  naik dan turun dia. Ketika berada diatas , maka gunakan peluang yang ada sebaik mungkin . Ketika berada di bawah maka jangan cepat putus usaha.

Ingatlah Allah itu sebaik-baik tempat kembali . Sebagaimana Nabi Yaakub yang kehilangan anaknya Yusuf a.s. dek kerana benci dan dengki dari adik beradik Yusuf . Dan kata baginda
 و الله المستعان على ما تصفون

Ya Allah jika aku tahu keadaan akan bertukar seburuk ini , nescaya aku tidak akan pernah mencuba untuk mencari sesuatu selain kasih sayangMu .

Allah Musta'an ....

Monday, March 18, 2013

Adakah ini yang terbaik ???

Allah aku takut andai amanah ini menelanku dihadapan hamba-hambaMu kelak .

Allah berilah petunjuk kepada ku .
Tunjukkan aku jalan yang lurus .

Thursday, February 14, 2013

*Sujud Syukur*

Salam Mahabbah ^^



Selamat malam . Posting ini saya tujukan kepada ahli keluarga saya . Yang nak baca silakan Yang nak skip juga silakan :)


      Sujud syukur ... Ye .. balik ni ada 3 anak sedara menunggu nak dijaga . Firstly Hamza Youseff . Sekarang kalau tak silap dah masuk 6 bulan dah . Besar montel dan gemuk serta kuat tidor , itulah cucu pertama dalam keluarga Muhammad bin Hussain . Ayahnya bernama Hamedullah dan ibu diberi nama Syazwani , bayi pertama sejak mendirikan rumah tangga 2 tahun yang lepas . Hero pulak tu . Dasyat . Memang keluarga kami ni gen lelaki kuat .




      Kedua masih dalam berbaki 4 bulan sebelum dia di'ahlan wasahlan'kan ke dunia . Namanya masih belum tetap lagi . Tak pula bertanya khabar hero ke heroin . Tak pe2 . Keep in touch la 2 3 hari nanti . Oh lupa nak diperkenalkan ibu bapanya . Si ayah gagah dan kuat makan serta gemuk dan hensem adalah Badi'uzaman serta ibunya yang montel serta kuat makan jugak bernama Rj Etika a.k.a Kak Ika . Oh dia ada blog . Boleh klik sini . Kak Ika ..  .. Dia tak boleh nk on9 sangat . Bawaan budak katanya .Biasala first time mengandung ye . Bunting pelamin tu lagi . Katanya dia takut orang pk bukan2 pasal dia sebab bila dia check dia dah 6 minggu mengandung sedangkan baru kawen 5 minggu . Untuk pengetahuan , memang itu proses mengandung . Doc akan predict dan lebihkan seminggu . Kalau di korea , umur kita yang sebenar akan ditambah setahun sebab mengikut budaya Korea , umur kita dalam kandungan juga dikira sebagai umur . OK masuk Korea pulak ye . Dan katanya dia nak namakan Adib Raef jika hero . Aisyah jika heroin . :)


        Ketiga . Oh oh ini best , my sister Bintul Huda . Hari tu secara tiba-tiba dia chating . Katannya Woww Qawi . Kak huda pregnant ...... (baca nada dengki) . dan aku pun oh ye ke ???Woaww la jugak . Baru sebulan . Nice . Kalau dijangka2 . Bulan 9 la dia bersalin . Sempat la balik dan tengok sebab mungkin ambik soifi . Sempat2 . 3 newcomers dalam setahun . Kau ada ??? Ha xde . Oh ayah dia nama Fakhrizal . Tak sempat nak kenal sangat sebab awal datang ke Jordan . Dan dan katanya dia guru silat . Ada masa kita jumpa  . Oh ibu dia nama Bintul Huda . Kakak yang jaga aku start kecil sampai besar . Dia pun bunting pelamin jugak . Tapi lambat sikit . Mereka ni kawin dalam satu masa yang sama .





     Tu gambar masa majlis kahwin mereka . TGNA pun datang diatas jemputan khas . Dan pasangan berkaler putih itu Kak Huda dan Abg Fakhrizal . Kiri adalah Abg Badi dan Kak Ika .


      

        Jadi maknaya tinggal lagi Abdul Hadi yang masih belum kawen . Katanya 2 tahun lagi . Dia sekarang umur 22 . Aku umur 20 . Ada can la tu nak jalankan majlis perkahwinan sama2 insyaAllah .






 Oh oh itu gambar 2 tahun lepas . Jadi cuma tinggal masa untuk salah seorang dari kami berumah tangga . InsyaAllah . Semoga Allah kurniakan kami isteri solehah .


Ya Allah berkahilah keluarga kami serta keluarga-keluarga Islam di luar sana . Ampuni dosa kami . Dosa kedua ibu bapa kami . Dosa sahabat serta guru2 kami . Dosa para umat islam di dunia yang mati dan yang masih bernyawa . Matikan kami dalam iman Ya Allah . Berikan kami rezeki yang halal serta warisan yang sentiasa taat kepadaMu . 

Allahumma Amin....



Salam .




Keluarga Bahagia itu membawa ke syurga


   

Friday, February 1, 2013

Semakin lama semakin kotor ...

Salam Mahabbah ..


       Kian lama aku pandang kian jijik . Dunia makin hari makin berubah . Putaran semakin pantas . Cukup pantas untuk mengubah segala definisi kemanusiaan yang kian pudar hari ini . Segala erti belas kasihan serta makna kelembutan telah lama diadaptasi menjadi kekerasan . Kadang aku hairan , aku pun turut sama diubah kearah modelisme ????

       Kanak-kanak hari ini disogok kemajuan . Bangun pagi dikejutkan amah ringtone dari Iphone . Terus tangan dicapai Ipad yang entah berapa kali diupdate software-software di dalamnya . PSP tergeletak di kiri tanpa suis off ditekan menunjukkan tidurnya berulitkan game yang beraneka rupa . Itu budak-budak berumur 10 tahun . Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam mana-mana berita malah dihadapan mata aku sendiri  . Sehinggakan ibu bapa terpaksa menggunakan amaran untuk tidak membelikan Ipad agar anak-anak menjadi lebih rajin .
   
        Jelas .... Dunia hari ini dicacamarbakan oleh kemajuan yang membodohkan manusia . Seorang bijak pandai Albert Enstein pernah mengeluarkna keluhan beliau dan kerungsingan beliau dengna kemajuan . Katanya dia gusar jika suatu hari nanti manusia ini hanya dijadikan alat kepada perkara-perkara kemajuan . Nah sudah terang lagi bersuluh hari ini generasi muda bahkan dewasa kian lama kian tenggelam dalam keenakan alunan siber .

       Bahkan ... Akhlak serta 'attitude' manusia juga kian lama kian hambar . Berubah menjadi sesuatu yang tak pernah kita bayangkan pada waktu dahulu . Ye . Laman sesawang internet telah menjadi salah satu faktor yang amat besar dalam hidup manusia . Lihat sahaja kepada post-post seta komen yang ada . Perkataan seperti "shit" "f**k" "poop" serta dan sebagainya dibawa ke sana ke mari mengalahkan sepoi-sepoi angin . Damn it  . Right ??? Perkataan-perkataan ini dulunya dianggap kasar serta mejatuhkan maruah dan boleh dianggap sebagai pemutus silaturrahim . Namun hari ini manusia lebih jijik dari kucing , tanpa segan silu menyebut bahan buangan sendiri . Sedangkan kucing tahu bagaimana untuk menyembunyikan aib mereka .

     Dengan perubahan drastik , kadang-kadang aku terfikir . Apabila pencuri di supermarket dikenakan hukuman penjara lebih lama serta denda yang lebih tinggi dari perogol , aku tertanya-tanya bagaimana generasi-generasi selepas ku menjalani kehidupan seharian ???


..................................................................

Wednesday, January 30, 2013

Stressless . Boleh mulakan sem 2 dengan baik insyaAllah .

Salam Mahabbah ^^


   Dengan berakhir trip ke aqabah maka berakhirlah stress yang tiada penghujung selama ini . Segala hutang kemarahan dan noda nafsu amarah telah aku langsaikan di aqabah . Sehari namun cukup untuk menghilangkan tekanan yang tiada berkesudahan .

    Maka bermulalah proses kejar mengejar ilmu sekali lagi . Doakan :)































Saturday, January 26, 2013

A trip to Aqabah

Salam Mahabbah ..


      Setelah merencana membayar masa dan waktu ke Mekah , namun Allah gagalkan . Setelah merancang untuk bermuraqqib ke Aqabah , juga Allah gagalkan  . Mungkin belum waktu dan ketika aku untuk bertamu ke rumahNya . Indahnya mendengar khabar berita dari sisi rumahMu sudah cukup untuk aku telan pahitnya kegagalan Visa oleh pihak berwajib Saudi . Cukup aku lihat gambar sahabatku buat masa sekarang di sana . Jika masih udara yang sama dihirup , maka keizinan untuk menjadi VIP Allah akan tercapai . Benarlah kata-kata mereka , Allah itu memilih tetamuNya , Yang tidak dipilih bukan kerana tidak Dia mahu , namun kerana rencana Allah lebih luas dan tiada siapa yang mengetahui malah punyai ilmu tentang rancanganNya .

     Hari ini dan saat ini , takdirku di bawa ke Aqabah , cukup melihat Saudi dari pinggiran menambahkan lagi azam untuk bersemangat mengejar title VVIP Mekah .

     Setelah dihentam ujian tidak putus-putus bermula salah kiraan markah dari jamiah , lawatan tergesa-gesa delegasi Negeri Kelantan , kewangan , penangguhan trip umrah selama seminggu , pembatalan status muraqqib free ke aqabah , serta tomahan dan kata umpatan dari pihak berwajib , kini aku akan ke Aqabah sekali lagi . Allah andai diberi peluang , izinkan aku berehat sebentar dari ujianMu kala 2 atau 3 hari . Berat kepala ini menanggung segalanya . Sudah 2 minggu tidur ku tidak lena , izinkan mata ini menerima rehat secukupnya . Juga terima kasih diatas ujian dan dugaan yang masih belum mampu merenggut iman ku . Benarlah kata Mu , "tidaklah ujian itu diturunkan kecuali hamba-hambaMu itu mampu menanggungnya" .

    Allah , juga sampaikan salam buat keluarga ku disana . Sembunyikan air mata halusinasi ku dan kesedihan  fantasi agar tidak menjadi suatu kebimbangan bagi mereka . Sihatkanlah tubuh badan mereka dan berilah mereka rezeki dan rahmat dari sisi Mu . Jauhkan mereka dari segala gangguan manusia dan jin serta manusia yang berhasad dengki . Dan Kau jauhilah aku dan sahabat2 ku serta semua umat islam dari segala bencana dunia dan akhirat serta fitnah wanita dan fitnah Dajjal .
Amin ....

  Doakan aku sebagai driver pertama ke aqabah pukul 1 pagi nanti (waktu Jordan) .

Salam ....

Pesisir pantai Aqabah

Sifat dan sikap .. Berbeza namun sama .

Salam Mahabbah ..



Allah Ta’ala berfirman:
  إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)   

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى المسلمِ خَمْسٌ: رَدُّ السَّلامِ، وَعِيادَةُ الْمَرِيْضِ، وَاتِّباعُ الْجَنائِزِ، وَإِجابَةُ الدَّعْوَةِ، وَتَشْمِيْتُ الْعاطِسِ
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima: Menjawab salam, menjenguk yang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan, dan mendoakan yang bersin.” (HR. Al-Bukhari no. 1240 dan Muslim no. 2162)


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
لا تحاسدوا ولا تَناجَشُوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ,وكونوا عباد الله إخواناً. اَلْمُسْلِمُ أَخُو المسلمِ: لا يَظْلِمُهُ ولا يَخْذُلُهُ ولا يَكْذِبُهُ ولا يَحْقِرُهُ. اَلتَّقْوَى هَهُنا – يُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ- بِحَسْبِ امْرِيءٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخاهُ الْمُسْلِمَ. كُلُّ الْمسلمِ عَلَى المسلمِ حَرامٌ: دَمُهُ وَمالُهُ وعِرْضُهُ
“Jangan kalian saling hasad, jangan saling melakukan najasy, jangan kalian saling membenci, jangan kalian saling membelakangi, jangan sebagian kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain, dan jadilah kalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim bagi lainnya, karenanya jangan dia menzhaliminya, jangan menghinanya, jangan berdusta kepadanya, dan jangan merendahkannya. Ketakwaan itu di sini -beliau menunjuk ke dadanya dan beliau mengucapkannya 3 kali-. Cukuplah seorang muslim dikatakan jelek akhlaknya jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Setiap muslim diharamkan mengganggu darah, harta, dan kehormatan muslim lainnya.” (HR. Muslim no. 2564)



    Jelas 2 nas diatas merujuk kepada bagaimana seorang muslim sepatutnya menghormati seorang muslim yang lain . Tanpa penjelasan lain , maklumat diatas jika dicerna satu-satunya merujuk kepada bagaimana akhlak dan tahap kehormatan seorang muslim terhadap satu sama lain .

    Namun hairan bukan  ??? Kenapa dan mengapa masih ada yang sentiasa berkata buruk terhadap saudara seislam yang lain . Nah di situ menunjukkan ketidakmatangan dalam kehidupan seharian . Jika mereka mengaku berlandaskan syariat yang haq dan Islam yang haqiqi , mustahil untuk timbul perkara seperti khabar angin dan tomahan serta fitnah .

   Ye manusia itu tidak semua normal . Ada mereka yang berpakaian dengan koyak dan ada yang berpakaian sempurna  . Kerana itu manusia ini diciptakan universal .

   Sedangkan mengata si mati itu diharamkan apatah lagi berkata buruk tentang manusia yang masih hidup .

     Selama saya menulis di dalam blog ini , tidak pernah saya mentionkan nama sesiapa dan nama apa perkara serta benda yang berlaku secara personal . Namun saya hairan jika blog saya disalah ertikan dengan hanya perkara2 syubhah dan tak jelas . Jadi untuk apa timbulkan khabar angin tentang itu ??

    Jika 3 insan alami masalah , kenapa perlu ada campur tangan insan yang keempat ??? Bukan merungkai suasana , namun merumitkan keadaan .

   Hentikan tomahan kasar anda . Tegurlah denganc ara yang elok . Saya mendengar dan tidak pekak .

Sunday, January 13, 2013

Mampukah aku ????




Mampukah aku ??
Dalam proses mencari Pencipta
Kadang aku jatuh terluka
Terkadang aku rebah merana 
Keluh kesah terbit mainan jiwa 
Menyesal tidak lagi menjadi siapa 
apa dan bagaimana
 kerana semua itu halusinasi yang direka 
dan wujud kerana dicipta ..


Mampukah aku ??
 Terhalang kerana dosa 
Tanggunganku langsung tidak menggendong pahala
Namun segala amalan wujud menuju neraka 
Allah adalah aku ini masih hambaMu ???
Yang dikau janjikan nikmat syurga
dan bakal terhindar dari neraka ??
Masihkah aku ???



Mampukah aku ??
Cuba untuk aku mencuba
Dalam cubaan aku menduga
Dirempuh halangan aku terpana
Sirna
Aku masih dilema
namun tetap didalam leka 

 
Mampukah aku ??
Membuang segala duniawi dan menelah ukhrawi 
Mampukah aku ??
Berjalan disebalik semak yang berduri 
Mampukah aku ??
Hidup berkiblatkan syariat nabi 
Mampukah aku ??
Bermayakah aku ???

Allah bantu hambaMu ini ....

Monday, January 7, 2013

Turkce ..

Gunaydin ...

(Hos geldiniz)

A: Hosgeldin
B: Hosbulduk . Merhaba
A: Nasilsin ???
B: Bende iyiyim . Sen nasilsin ??
A: Iyiyim . Tesekkuler . Sen adiniz ne ??
B: Benim adin Ahmet . Adiniz ne ??
A: Benim adin Mehmet . Nereden gidiyorsun ???
B: Malaysia'den geliyorum . Sen nereden gidiyoursun ???
A: Turkiye'den geliyourum .
B: Biz oturuyoruz ???
A: Istanbul'dan oturuyoruz . Ne is yapiyorsun ???
B: Ben ogrenciyim . Tesekkuler . Gule-gule
A: Rica ederim . Iyi gunler .
B: Iyi gunler .



(Sayilar)

1- Bir    2- Iki   3- Uc   4- Dort    5- Bes    6- Alti    7- Yedi    8- Sekiz    9- Dokuz     10- On


10- On   11- On bir    12- On iki  .........


20- Yirmi   30- Otuz   40- Kirk  50- Elli   60- Altmis   70- Yetmis    80- Seksen    90- Doksan   100- Yuz ..


5673 - Bes bin alti yuz yetmis uc
1087 - Bin seksen yedi
101   - Yuz bir
9361 - Dokuz bin uc yuz altmis bir




Dan banyak lagi tentang turki yang bakal diekzengkan dalam pukul 11 (waktu Jordan) . Doakan :)

Saturday, December 29, 2012

Salam Imtihan Final :)

Salam Mahabbah ^^


  Maafkan aku wahai sahabat . Bukan niat nak berdiam diri sebenarnya . Tapi tengah sebok study . hehe . Jangan ditanya kenapa aku tak on FB . Oh ye buat pengetahuan , aku ni sekarang sedang exam final . So agak jarang kalau nak On9 tu . Lepas exam kita sambung la . No hal punya .

Apa apa pun :) . Imtihan final dah dekat .



6/1 Arudh
8/1 Turki
10/1 Nathar .

InsyaAllah persiapan akan cuba buat sebaik mungkin :)

Friday, December 21, 2012

Selami Dalam-Dalam ...

Salam Mahabbah ^^

       Alhamdulillah selesai sudah program selami dalam dalam anjuran MMY dan Qisim Bahasa Arab. Alhamdulillah saya sebagai pengacara dan 4 lagi senior2 sebagai peserta berjaya sampaikan apa yang tersirat dalam bahasa arab ini sebenarnya . Dan titik tolak dari itu barulah orang kenal apa itu Bahasa Arab sebenarnya .  
      Kecil kepala rasa . Duduk dengan senior2 yang bakal khirij tak lama lagi . Ramai yang berilmu dan berpengalaman . Semoga Allah beri peluang untuk saya contohi mereka .

    Btw best team ever :) . Semua sporting semua co-operate dan mahasiwa/wi Yarmouk pun bagi kerja sama jayakan program tu . Tak pasti ada k tak orang rakam . Tapi gambor tu banyak la .

Jom tengok team Selami Dalam-Dalam  :D
































Itulah antara sedutan team Selami Dalam-Dalam . Ah Btw mereka tu senior2 yang bakal khirrij bulan 1 nanti insyaAllah . Tahun 4 semua . Kak Liyana je tahun 3 dan saya tahun 2. Nice bekerja dengan semua . InsyaAllah ada masa boleh kerja sekali lagi .

Sekian ....

Monday, December 17, 2012

-Izinkan aku memberi nasihat-

Salam Mahabbah ^^



Ye dalam dunia kita banyak lagi perkara selain cinta .
Jadi jangan targetkan hadaf hidup hanya berdasarkan perkataan C.I.N.T.A. .
Pernah diutarakan kata-kata ini oleh penulis kepada audiens , dan hasilnya aku menerima kata cacian dan habuan jerkahan serta tomahan yang menyakitkan hati .

Kata mereka aku tidak pakar dalam ilmu cinta manusia untuk menidakkan rasa asli seorang insan . Kata mereka aku tidak handal mengendalikan bait kalam ku untuk tidak mengiyakan rasa naluri seorang manusia .
Kata mereka itu dan kata mereka ini .
Kata mereka aku sialan kerana tidak pernah merasai kehidupan dalam sayang dunia .

Ya .
Aku mungkin sialan kerana mengelakkan hati ku berkelubung nafsu .
Aku mungkin hina kerana menundukkan nafsu dan memenangkan nafsi .
Aku mungkin jahil kerana tidak merasai manisnya hidup bercinta .


Tapi ....
Bukan kerana aku tidak handal ,
Bukan kerana aku sial ,
Bukan kerana aku sundal ,

Tapi kerana aku telah lama berselubung dalam fatamorgana cinta nafsu dan cinta monyet .
Tapi kerana aku sudah lama bermain kata bermanis muka .
Tapi kerana aku BOSAN dan merasa HINA .


Sahabat ..
Aku mohon jika aku banyak berdosa di hadapan mu .
Aku mohon andai aku kurang pahala di sisi mu .

Aku mohon ...
Dengari kalimah ku .
Hayati dendangan ku
Aluni melodi nasihatku .
Kerana yang berkata-kata adalah "aku"
Bukanlah aku yang "dulu"

Iktibar wahai sahabat .
Aku insan bergelumang dosa .
Bagai ingin ke syurga .
Tapi akhlak menjurus neraka .
Hidup sebagai hamba .
Namun enjoy persis tiada Pencipta .

Tapi aku mohon kata-kata ku tidak engkau siakan .
Kerana aku juga manusia yang cuba menggapai Jannah seperti mu .

Izinkan aku memberi nasihat
Kerana agama itu sendiri berunsurkan taujihad .....


-Izinkan aku memberi nasihat-

-Buluh Lentur