"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Sunday, July 1, 2012

Mereka bernama ibu bapa juga mempunyai hati ..

Salam Mahabbah ^^


"dulu , sebesar-besar rumah ini tidak mampu menampung kenakalan kamu sembilan adik beradik
kini , sebesar-besar rumah ini tidak mampu menampung rindu umi terhadap kamu semua "


Satu ungkapan dari ibu yang membesarkan kami sembilan adik beradik . Cukup buat anak-anaknya sedar betapa sunyinya hati seorang ibu dari telatah anak-anak .

Pasangan ibu dan ayah apabila sudah melebihi umur 50 tahun , bukan duit yang mereka inginkan , bukan harta yang mereka dambakan , bukan kereta yang diimpikan , bukan rumah jadi harapan . Namun apa yang diminta adalah sepotong kasih sayang . Cuba kita lihat , berapa ramai anak muda yang menjauhkan diri dari ibu dan ayah setelah melangkah ke arah alam perkahwinan ? Dan berapa ramai anak muda yang sanggup jaga mak ayah selepas mereka berkahwin ?

Ibu bapa itu apabila menjelang tua , mereka sinonim dengan perkataan kesunyian . Ibu saya juga pernah menyebut

"Orang tua bila dia mula rasa sunyi , dia mula bercakap seorang diri , bercakap dengan binatang dan bercakap tanpa ada suatu tajuk yang khusus"


Justeru saya lihat fenomena itu sering terjadi keapda kedua orang tua saya sendiri . Pertamanya ibu mula bercakap dengan lembu dan kucing secara tiba-tiba . Keduanya ibu mula bercakap dengan kereta . Apabila diperhatikan , sememangnya apa yang sedang dibicarakan adalah luahan perasaan beliau sendiri . Begitu juga ayah , ayah mula duduk seorang diri di tepi sawah , mula berada di kandang lembu berjam-jam . Mula melakukan kerja seorang diri . Dan malam ini ...

Ayah ajak tengok cerita sekali dengan dia .... Tak sanggup kaki nak bawa diri pergi dari depan TV sedangkan ada orang call .

Ayah semakin sunyi . Anak2 ramai dh kawin tapi sorang pun tak yang duduk kelantan . semua duduk luar negeri ..




Kebanyakan kita sebagai anak-anak muda berfikiran dengan menghantar wang ringgit ke kampung sudah cukup memadai untuk membalas jasa ibu dan ayah . Tapi jarang kita fikir , kasih sayang yang ibu dan ayah bagi macam mana ? Pernahkah kita balas ??Pernahkah kita terfikir untuk satu saat bahawa orang tua ini perasaannya seperti kanak-kanak kecil ?Juga dipinta untuk diluangkan masa kepadanya . Namun ramai juga yang terperangkap didalam situasi-situasi yang berlainan .

Situasi pertama ..


  L- "Lepas awak kahwin dengan saya . Saya nak awak duduk dengan ibu ayah saya . Dosa awak sekarang saya yang tanggung . Ibu ayah awak dan tak de terikat dengan awak", 
  P- " Tapi ... macam mana saya nak balas jasa mereka yang membesarkan saya...awak tak tahu betapa besar mereka berjasa dalam membesarkan saya"
  L- " Tapi saya punca awak masuk syurga atau tidak !! apa-apa pun saya nak awak jaga mak ayah saya "

Ramai wanita yang bergelar isteri pada zaman ini melalui perkara yang sama . Kerana kurangnya sikap TOLERANSI di dalam berkeluarga , ini lah akibatnya . Ya betul kata si lelaki , selepas berkahwin seorang isteri 100 % semestnya mentaati suami dan berbakti hanya kepada suami . Melakukan suruhan suami dan menjaga keaiban suami sudah pasti menjadi tiket untuk si isteri masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukai . Namun bukanlah kuasa suami untuk memutuskan rasa sayang dan rindu seorang anak kepada ibu yang melahirkannya ...



Situasi kedua ..


  P- "Abang , xpayah pergilah ke rumah ibu abang , jom tidor kat rumah sayang . Boleh kita jumpa dengan ibu ayang . Ea??"
 L- "Okelah jom jom . Kita tidur rumah ayang la malam nih"




Ramai juga lelaki berkerjaya sekarang memegang tittle DAYUS tanpa dia sedari . Secara berterus-terang , perkara seperti ini juga berlaku di dalam keluarga saya . Saya sendiri mengakui . Amat memeritkan sebagai adik yang hanya mampu melihat tagedi ini berlaku , sedangkan lidah kita hanya mampu dikunci dan membisu . Sebagaimana seorang raja enggan menerima nasihat dari seorang hamba , maka seperti itulah jika seorang adik menegur abangnya .



Situasi ketiga ..


  L- " awak , jom kita pindah ke Kuala Lumpur . Kita bina hidup baru "
  P- " erm bang , jom lah . Kita hantarlah mak ayah tu pergi rumah orang tua "




4/5 manusia sekarang ini memilih jalan mudah dengan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua . Malah ada yang lebih biadap dengan menghalau ibu bapa dan ada juga yang meletakkan kedua-duanya dipintu masjid dengan harapan ada yang datang memelihara . Percayalah , setitik air mata seorang orang tua yang tumpah kerana murka kepada anaknya , nescaya murka Allah akan turun menghadap dalam keadaan yang hina .


Dalam kita sedang sibuk membesar sebagai dewasa
Kita terlupa mereka juga semakin tua .


Pelajaran dan dunia yang mana dulunya kerana ibubapalah kita mengenal mereka .Sia-sia jika hanya kerana ini kita mengabaikan orang tua .
Apa fungsi rumah orang tua ? Untuk kita mengenal pasti manakah tempat berlindung yang sesuai untuk kedua ibu bapa .


-Sayang ibu bapa- (tak rugi walau sesen)


-Encik Hati-

No comments:

Post a Comment