"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Wednesday, February 1, 2012

Diari Penoktah Cinta Bab 1





Diari Penoktah Cinta V1


            Redup di hati masih sama .Rindu di jiwa masih serupa .Semuanya tidak pernah difahami insan-insan biasa yang masih keliru dalam menafsirkan erti madah cinta .Cinta itu mahal takrifnya .Rindu itu kelam ceritanya .Sayang itu pedih kisahnya .Seperti biasa , hanya empunya diri yang mengerti segala ujian adalah penguat tunjang keimanan kepada Pencipta .Jika tumpas kepada nafsu bukanlah bermakna dia lemah .Jika kalah kepada hawa itu bukanlah bererti dia lemas .Semuanya hanya kerana kudrat yang memaksa .Dan niat yang terpaksa .Serta pelaksanaan yang tergendala .Lantas cukuplah sifat hamba yang lemah kepada godaan dunia .Semoga itu semua menguatkan lagi iman untuk mengintai keredhaan Yang Maha Berkuasa  .....

***************************************************************************


            Titik .Jari manis tangan kanan  menekan butang publish post .Seperti biasa .Jam di dinding akan ditenung .Dan seperti kebiasaan juga .Pukul 3 pagi adalah waktu optimum untuk dia berhenti berkarya .Mata dah kuyu .Tangan dah layu .Tapi hari ni dia masih belum merasai kantuk yang selalu dia lalui pada hari-hari sebelumnya .Jiwa masih dibasahi rindu.
             Luar biasa pula ya kali ni ?Bertanya si hati .
             Ya . Jawab jiwa yang dari tadi menyepi .
Jatuh cinta lagi k ?Murung hati yang sunyi .
Mungkin jika itu takdir . Jawab sang jiwa lagi .Ceria .
Monolog sendirian ..Senyuman manis merekah di bibir .Ingatan tentang peristiwa kelmarin masih segar di ingatan .Semuanya masih terngiang-ngiang .Masih indah jika diperhatikan .Gelak tawa si dia .Cara sapaan .Cara teguran serta gelagat-gelagatnya sentiasa membukukan kenangan yang tidak akan dilupakan .Sekali-sekala kitaran ingatan itu singgah menyampaikan salam .Perlahan-lahan dia menjahit lembaran-lembaran kenangan sehinggalah lengkap menjadi lapisan-lapisan memori indah .Lantas tenggelam dia diatas keempukan tilam kasih sayang itu .



**********************************************************************************


            ‘Enta .Mana kertas kerja yang ana mintak tu ?Enta buat ke tak nih ? sergahan satu suara halus cukup untuk memecahkan lamunannya yang bergunung .Sepantas kilat dia bangkit dari khayalan yang berkecai tadi .Matanya terpisat-pisat .Sekujur jasad kecil molek bercekak pinggang dihadapannya .
            ‘Ha awatnya nih ?Pagi-pagi dah makan orang .kejap lah orang tengah susun satu-satu nih .Dia pon orang SMS semalam tak de pulak gatal tangan nak balas .Lepas tu datang je terkam macam ni .Orang pon penat jugak .Bukan dia je .’Dia merungut-rungut sambil menggaru-garu kepala .Hakikatnya memang kepala dia tidak gatal .Tapi sebagai medium untuk menunjukkan dia juga sedang sibuk .Lidah kelu untuk mengaku bahawa perbincangan semalam langsung tidak dihayati .
            ‘K fine .Sori ganggu .Tak ingat dia pegang segala jawatan kat Universiti nih .Tak ingat pulak yang dia nih ade sidang akhbar untuk projek terbaru dia .Tak ingat yang dia nih ada mesyuarat untuk rancangan Mukhayyam Tarbawi hujung minggu nih .Tak ingat yang saya nih tak de keje ape2 .Tak ingat saya nih hanya tunggul kayu jadi sekretari dia dalam semua program tu .Huh!!!‘.Lantas empunya diri berpaling dan melangkah pergi .Arghh jiwa kacau .Jika perbalahan tercetus .Memang itulah ayat yang sering dia dengar .Dengan cebikan bibir mengejek dan mimikan muka merengek , dia tahu dia perlu bertindak pantas memujuk demi kepentingan kerja-kerja yang tertangguh .
            Bangun dan berlari .Mereka yang melihat tak dipeduli .Mereka yang menegur juga dinafi .Si penolongnya juga tampak pantas menghayunkan langkah kearah pintu dewan utama .Laju pulak dia jalan ?Cetus hati .Kaki yang tadi perlahan kini semakin pantas mengatur gerak larian .Semakin lama semakin laju .Langkahannya menari dan menjangkah luas ke hadapan .Semakin hampir dan tubuh kecil itu semakin mampir .
            “Annys !!!!Awak tahu tak saya tak salin semua point-point dalam mesyuarat tu ?!!Awak tahu tak saya tak dapat tumpukan perhatian time meeting bila awak buat muka macam tu ?!!!Tak kan awak tak paham lagi ?!!!”.Jeritnya setelah penat mengejar .Dewan makan yang pada awalnya bising menjadi hening seketika .Berpusu-pusu renungan tajam dari segenap penjuru memerhatikannya .Perasaan malu menyerbu ke wajah .Darah merah yang mengalir berhenti bagai turut mengerti situasi yang berlaku .Nafasnya tersekat .Jantung dan paru-paru yang tergaman hilang segala fungsi .Cuba diraih kembali kekuatan namun sekadar dijana pada ketenangan yang semakin pudar .
            Bisikan-bisikan kembali mengusik ruangan utama dewan makan itu .Ternyata taktiknya menjadi kali ini .Annys dilihat tertampan dan pegun seketika .Dengan sedikit kerlingan .Annys maju kearah dia .
            “Sufi !! .Apa nih ?!!Hang tak btoi ka apa ni ?!!Orang ramai ni !!Kenapa buat perangai macam nih ??”.Nada berbisik namun keras menunjukkan ketegasan dengan menekankan tona suara untuk setiap kalimah .
            “Errr .Enti jalan cepat sangat .Sori”,Tanpa tercalit sedikit pun rasa sesal .Sufi mengangkat dua jarinya .
            “Peace .Jangan marah eaa .Jom sambung keje” .Sufi beralih dan berjalan tanpa mempedulikan Annys Sophea yang tercengang-cengang .



*********************************************************************************


Diari Penoktah Cinta V2


                Sufi termenung melihat cahaya bulan malam ini . Jejari tingkapnya bagai menari memanggil dia mendekati . Bangun dia dari kantuk . Cahaya itu tepat-tepat ke atas ubun-ubun . Sengaja dibiarkan biliknya kosong tanpa langsir . Demi menatap si bulan yang dijadikan objek sebagai ideologi kecantikan keatas seseorang wanita . Jendela itu masih lagi sama . Memanggil dia mampir . Jeda . Tersenyum dia melihat bayang-bayang yang dicipta sendiri . Mendekat dan menjauh diatas kehendak dirinya . Sufi menatap jam di dinding . Tepat 3 pagi sebagaimana yang diingini . Tuhan itu Maha Mengotakan Janji . Diminta agar rohnya kembali pada pukul 3 selepas mati untuk sementara dan itu yang dikota . Subhanallah . Sempat terukir pujian di bibir demi memastikan dia tidak terlepas untuk menempah tiket ke syurga .
            Belum sempat dia beralih dari kamar . Telefon bimbitnya bergetar . Memutarkan lagu "Kemuliaan Ramadhan" . Sejak 3 hari yang lepas , inilah mesej ringkas pertama yang diterima . Secara spontan tangan kanannya mencapai . Dibuka SMS tersebut .
         "Syakirah ??", guman Sufi  . Setelah bertahun wanita ini menghilang dari hidupnya . Kini muncul secara tiba-tiba . Diwaktu seperti ini . Namun digagahi juga . Ibu jari dipaksa menekan pad nombor . Rela dalam terpaksa dia membaca mesej tersebut .

"assalamualaikum .. Happy Ramadhan Kareen Suff . Never be astrayed so far away even if u r in d middle of happiness :) .May Allah bless u here n after . Forgive me for  any of my bad and wrongs , sorry for all . May each single experience  pitch us up forward . every problem u r encountering now an afterwards , just make it simple as Allah always by ur side . May u have a very bright future n blessed life . Any word that came from me , may u took it as advices , or as motivation for ur heart . I don't deserve such dat we call 'love' coz me , myself not even ready n perfect for that . Now i got my new life some new motive an some new concept . That nice Love can never be a true Love except u r putting it into Love of Allah . Allah make us as khalifa and give us hearts , y we give it to others ? May ur heart protected for another protected heart . I wish u all the best akhi :) . jge hati sekecil2 hati , terjagalah hidup ini :) wallau a'lam"


           Tertegun . Titik . Mesej itu berakhir . Lama masa dirasakan berlalu . Terlintas segala jenak erti berkasih suatu masa dahulu . Jauh didongakkan kenangan tersebut . Dahulu mereka intim . Mengikat janji sebagai kasih untuk melayari bahtera yang diimpikan setiap manusia pada usia muda . Namun dia sempat tersedar dari lamunan dan khayalan dunia . Dia masih belum bersedia untuk perkahwinan . Lantas diputuskan hubungan terlarang itu . Melarikan diri dari kenyataan mencintai seorang wanita perit bagi Sufi . Namun itu adalah solusi terbaik demi menjaga hati dia dan juga hubungan bersama Pencipta . Tuntasnya dia masih mencintai wanita bernama Syakirah . Maka tegak di hati , selepas 4 tahun di perantauan akan dia pulang melamar wanita tersebut .
         Siapa sangka angin tidak selalu bertiup ke arah timur . Matahari tidak selalu tinggi di atas . Bulan tidak selalu cerah . Siang tidak selalu hujan . Wanita itu bertindak liar dengan menjual kasih yang diimpikan dulu . Hidup bersama seorang lelaki yang tidak sepatutnya dijadikan teman hidup . Beransur di dalam kancah maksiat . Wanita itu tidak menemui jalan keluar . Malah terus menutup pintu hati dengan kunci syaitan . Zulmat . Hitam diselubungi dosa .
          Terus dilupakan wanita tersebut demi mencapai cita-cita sang ibu dan bapa . Setahun menangguk ilmu di perantauan . Dia pulang menjenguk kampung halaman . Sesekali terdengar berita mengenai Syakirah yang kini kembali merantaui pangkal jalan . Namun sudah lama jiwa dan cinta kepada wanita tersebut dihempaskan ke lautan dunia . Biarlah dirantai bersama kotak-kotak emas di dasar laut . Biarlah terbenam selama-lamanya di lantai air masin itu .


*********************************************************************************


          Tahajjud menjadi santapan rohani Sufi . Malam ke 4 di bulan Ramadhan seakan tenang . Membelai hati mana-mana jiwa yang ditelangkupi masalah duniawi . Cukup untuk menenangkan kalbunya yang sedang dilontar perasaan berbelah bahagi . Terngiang-ngiang kata gurunya .


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan dengan beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT, nescaya diampunkan baginya dosanya yang lalu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
************************************************************************************************************
                
               Sekali lagi bunyi telefon bimbitnya memecahkan keheningan malam . Sayup-sayup menanti balasan . Tergaman dia dalam dunia khayalan ciptaannya sendiri . Angin menyampaikan berita . Bayu singgah menyambut ceria . Hilai derai tawa mereka membawa dia ke dunia realiti . Warna kuning skrin memenuhi ruangan infiniti biliknya . Bangun dia secara perlahan . Sejadah dilipat dengan teliti . Tangan nya mencapai telefon bimbit . Sekali lagi benaknya dipaksa membaca SMS itu .
             " Kenapa ? Maaflah mesej tu ganggu awk " . Tidak ada gunanya maaf diwaktu ini Syakirah . Semua dh terlambat . Keluh Sufi melepaskan kekusutan di dalam kepala .
            "erm Syakirah ?saya baru bangun . termenung sekejap. ada apa ?" bukan berniat kasar untuk mencederakan sifat sopan . Namun terpaksa dilakonkan sebegitu rupa . Berat-berat dia menekan butang send . 
          "oh ye ke ?jangan termenung . erm saya nak tanya sikit boleh ?" .ini lah yang ditakuti . Dia semakin berlembut . Namun terpaksa .
         "ok tanya" .balasnya ringkas .
          "awak tak de impian ke nk kawen awal ?" .bergetar hati lelaki Sufi . Runtun tatkala ayat-ayat itu dibaca . Tak mungkin aku akan kahwini kau . Tak . Jauh sekali untuk kita kembali bersama . 
          "erm ?impian ?smua mnusia mst brmmpi utk prkra itu . Saya pun tk prnh trfikir utk itu . ye lah saya bljr di luar ngara , dgn mk ayah yg mgkin tdk akn beri keizinan . jd tdk prnh trlintas utk itu . knapa ?" 
          "Jum kawen nk ? Smntr awak blum keje . Bia fmly sy yg tnggung saya . Awk jgn pk lain plk ea ," Sekali lagi berderai hati bagai disambar halilintar . Mana mungkin . Setelah setahun aku dibiarkan tanpa jawapan . Setahun aku jana segala air mata dan doa . Namun kau lari dari menjaga hati . Dan hari ini kau minta aku datang memeluk kembali haruman yang kau taburkan . Tidak !! Walau sekali .
          "tp Syakirah , prkara ni brt . mn blh dlm stu mlm sy buat kptusan . sy msih ad cita2 utk dicpai .sy kna ambil kra lagi ibu bp dn kwn2 sy . lgipun ..." sengaja dibiarkan ayat itu bergantungan . Agar dia tidak menjatuhkan tabir hatinya .
            "xpe sy fhm :) just forget it k ?sy doakan awk berjaya :) "
          "bkn mcm tu . lgipun .." sekali lagi ayatnya digantung tanpa tali . Dia tidak mahu tabir hatinya terjatuh . Biarkan dia digelar egois . Namun hatinya perlu dijaga untuk seorang bernama isteri yang halal .
              "lagipun ??" satu balasan yang mengharapkan jawapan yang munasabah .
             " lgpun sy tdk pndai dlm mnjg hati dn bercnta . sy xnk semua brakhir spt dulu . cukup buat sekali " . Dititk noktahkan . Hatinya tidak akan lagi diberi pinjam begitu sahaja . 
             "sbb tu sy xajk awk bcinta . sbb sy dh fhm . Cinta sblm kawen x bwk k mana2 . tp cinta slps kawen InsyaAllah smpai k syurga "  . Tenang ayat itu berlari meluncur mulutnya . Benarkah dia berubah ??
             "sy tdk pnya ap2 . hnya seorang ank kmpung yg hnya ad diri sndiri dn keluarga . awk psti tdk snggp hdp dgn llaki spt sy . hdp sy tdk lain tdk bkn hny utk ibu bapa " . Dia tidak akan jatuh walau dipaksa . Tegap . Biarlah . 
             " awk ingt sy nk hrta awk ?saya just nk lelaki yg boleh bmbng sy . xpe sy fhm " . Rajuk dalam diam . Dia faham apa yang diperkatakan . Namun dia masih keliru diantara ikhlas dan nafsu .
              "mka aturkan prmintaan awk kpd Allah . Jgn dirayu sgla cinta dgn sy . Istikharah lah . Krna jwpn lisan sy tdk akn mmbuktikn apa2 " . Tirai itu dilabuhkan sedikit . Manusia mampu berubah jika niat suci . Bukan bermakna hatinya dilututkan untuk cinta yang hina dulu .
              "istikharah ? ok . mmg yg trbaik . tp ad jg lelaki yg gnakan prkataan itu utk mncri sbb lain .xpe . " . Dia menghidu segala ketidak senangan dengan pernyataan tersebut . Jika telah ditutup takdir bersama maka tidak akan lari walau terpisah 2 benua .
              "sy dh bnyk kli org mntk sy khwini . tp sy xberani . sbb itu sy mntk istikharah . tgok . wnita yg dlu ingnkn sy akhirnya brsm org lain hsil jwpn dri Illahi . " .Dibuka pekung di dada agar Syakirah mengerti . Perkahwinan bukan umpama memilih baju . Namun ia adalah sesuatu yang lebih berat dari itu . 
              "Jujur sy tnya . prmpuan lain pun awk ckp mcm ni jg ? " . Sudah terlihat belang di sebalik penyamaran itu . Belum langkah kaki dijejaki ke arah rumah tangga . Namun sudah ada rasa tidak senang pada diri Sufi . 
                " ye . smuanya sy ckp mcm ni . Istikharah lah Syakirah . Andai jwpn kita sama . mk sy tdk akn ragu awk sbgai pnman hdp sy . Nmn sy mohon brlaku adil kpd sy . Sy akn lakukn istikharah sy . Dn awk buat istikharah awk . Jwpn itu mohon diberitahu , dn brlaku adil walau jwpn itu menyimpang jauh dari hasrat hati " . Tiada jalan lain . Segala puji puja hanya untuk Allah . Ajal maut dan rezeki di tangan Nya . Maka jodoh dan perpisahan tetap terselit diantara semua itu .
               " sy mntx awk pn sm . andai sy bkn yg terbaik , britahu sy dn sy akn terima semua tu " 
              "baiklah . andai awk adlh jdoh sy . sy mhon awk jdi istri yg taat kpd suami . sggp lalui sush sng bersma . andai sy tiada kdrat untk brnyawa . mk jadilah jantung untk sy mmpu mnghirup chaya " , Itulah sandaran kata-kata yang selalu diungkapkan pada mereka yang mengharapkan dirinya .
                  " :) InsyaAllah . saya harap awk msj sy ni bkn smata-mata nk mainkan prasaan sy . sy akn cuba buat yg terbaik "  .Hurm . Keluh Sufi mengeluarkan seribu penyesalan . Betulkah jalan ini Ya Allah ? 
                  "  dn ingt , andai awk bkn jdoh sy . sy mhon tidk kita truskan mncari tali demi menyambungkan 2 jiwa kita . mohon undur diri . sy mngantuk . Salam "
           Perbualan itu ditamatkan . Keluh kesah dia dalam mencari ilham sejernih ilham dari Allah . Betulkah jalan ini Ya Allah ? Andai dia benar-benar dilantik sebagai ketua bidadari ku . Maka jangan Engkau limpahkan aku dengan kemaksiatan dan kealpaan sebelum menikahinya . Sinarilah aku dengan cahaya keberkatan mu . Bawalah aku dan dia ke jalan Mu . Bimbinglah kami jika benar termaktub jodoh itu ditulis nama kami bersama . Ya Allah aku pohon jalan yang kau tulis untuk aku .
           Namun , andai tidak pernah berselisih isi hati dan jodoh kami . Jangan disatukan agar aku tidak menyesal seumur hidup dan dia tidak menyesal sepanjang bersama aku . Andai tidak pernah hati ini bersatu kerana cinta kepada Mu , Jauhkahlah kami berdua walau dipisah 5 benua agar tidak bermaksiat kepada Mu . Berikan kami jodoh yang sesuai bersama kami . Agar kami tidak menyalahkan takdir mu .

Ya Allah Ya Rahman . Jika telah tercatat nama ku disisinya . Maka bimbing aku ke Raudhah-Mu.

          Sufi merintih dalam tangisan malam . Hujan mula renyai-renyai membasahi bumi . Turut mendalami jiwa Sufi . Tenggelam dia dalam kelayuan angin subuh .

*********************************************************************************
 
 
 Diari Penoktah Cinta V3



        "Sufi !!! " lantang jeritan dari luar memenuhi segenap penjuru rumah . Ayahnya bercekap pinggang .Menanti kelibat si anak yang sedang nyenyak dibuai mimpi .
         "Yaww ayah ??", Muhammad Sufi muncul dari tingkap biliknya . Gelap alam ditatap . Diselak sedikit rambut yang mulai memanjang . Ahh cerah fatamorgana di pagi hari ini .
        "Bersiap cepat . Nak pergi rumah kawan ayah . Dia ajak kamu pergi " , cepat ayah melafazkan kata-kata . Tertegun Sufi . Mengapa hanya dia yang dipelawa pergi sedangkan kesemua adik beradiknya mencukupi bilangan 9 orang . Namun segala tanggapan dan sangkaan ditolak . Mungkin ada yang pakcik itu nak bincangkan dengannya . Memandangkan dia memegang jawatan yang dalam beberapa buah persatuan .
        "Nanti pakcik tu tanya apa-apa , jawab dengan elok ye Sufi ? Jaga tutur kata dan adab dengan pak cik Husin tu . Dia dah tua " , sekali lagi pelbagai andaian yang tidak enak hinggap di benak Sufi . Apakah agenda ayahnya ? Apakah ? Namun persoalan itu hanya ada membeku di dalam dada .


***********************************************************************************



          Fortuner WRS 878 itu diparkir berhampiran garaj utama . Sufi melangkah . Kaki kiri mencecah bumi . Dia menghirup nafas . Mengambil kira segala kemungkinan yang terjadi .  Pandangan dialihkan ke rumah banglo bercat kuning itu . Atmosfera yang ada bagai menggamit lagi rasa ingin tahu yang ada di dalam dirinya . Ahhhh . Keluhan panjang dilepaskan . Memberi isyarat bahawa dia sedia melalui apa-apa dugaan .
         "Ha sampai dh ustaz Sulaiman ? Masuk-masuk . Jangan duduk kat luar je " . Uncle Husin tampil menghulurkan salam . Terkedu dengan khayalan yang dialami , Sufi pantas menyambut salam yang dihulurkan . Dia bangun demi menghormati orang yang lebih tua . Salam bertukar tangan . Sufi membalas senyum yang dilemparkan . Senyum itu penuh dengan harapan . Anak mata yang bercahaya .
         "Masuk lah Sufi . Tengok-tengok apa ada kat dalam " . Uncle Husim mempelawanya masuk sedangkan ayahnya berbicara sepatah dua perkataan di ruang tamu . Curiga mengetuk jiwa . Namun sebagai tetamu Sufi masuk ke dapur yang bersebelahan dengan ruang tamu .
        "Ah ini lah ye Sufi ? Auntie dah lama tunggu kamu . Ha duduk Sufi . Nanti Auntie mintak Ani hidangkan nasi " . Terpana Sufi . Siapa Ani ? Hidangkan nasi ? Makcik takkan la tak boleh hidangkan ?
       "Ha Sufi . Ini la Ani . Dia nak pergi belajar abroad sama dengan Sufi jugak . Jadi makcik mintak tolong-tolong tengokkan Ani ni ye ? Sebab dia ni budak-budak lagi . Tolong ye Sufi ?" . Harapan dilontar terus ke pundak Sufi . Dia faham benar kata-kata dan kalam itu . Namun terlalu awal bagi dia . Tak mungkin . Husy ...Keluhan berbunyi sesalan hanya bergema di hati . Sufi sedang bermonolog . Sepatutnya ayah dan ibu membincangkan hal ini sebelum mereka berangkat pergi . Dia juga punya hak menyuarakan isi hati . Tidak mungkin diterima wanita yang belum dia kenali walau nama penuhnya ?
       "Macam mana Sufi ?Sufi rasa ok k ? K nak buat ape ?" Wanita yang dikenali sebagai Auntie Zanariah bertanya dalam kuntuman senyuman . Berat untuk dia jawab . Senyum sekadar penggalas beban . Direnung mata perempuan yang bernama Ani itu . Ani bagai mengerti . Hati mana yang mampu menahan rasa malu . Hurm ..Sekali lagi keluhan dilepaskan berputar-putar di dalam jiwa . Berat untuk Sufi menjawab .
      "Eh Sufi . Meh duduk kat sini . Uncle nak borak dengan ayah kamu " , Uncle Husin mempelawa kerusi tempat duduknya ditukar . Mata Sufi merudum ke arah kiri . Mengelak pertemuan mata bersama Ani . Kerusi itu secara tepatnya bersebelahan Ani . Bingkas Sufi bangun cuba meraih tenaga . Namun kembali duduk dengan tenang .
      "Tak pe la Uncle . Saya duduk sini je la . Saya nak makan buah ni " . Jawab Sufi dalam tawa . Cukup untuk memberitahu dia belum bersedia untuk semua ini . Sunyi sepi ruang makan dengan jawapan Sufi . Walau hanya respon kepada pertukaran tempat duduk , namun ia sudah cukup simbolik kepada hati dan jiwa yang sedang dibicarakan .
     Belum tertutup malu Sufi , Ani bingkas bangun dan berjalan ke sinki . Meninggalkan ruangan makan . Maafkan saya Ani . Mungkin tidak ada yang tersimpul diantara kita . Saya belum bersedia untuk semua ni . Kita masih jauh dari mengenali hati budi masing-masing . Awak ada jejaka yang awak ingin lanjutkan jodoh dengannya . Begitu juga saya . Saya juga ada wanita yang saya ingin harungi hidup dengannya . Ambil masa yang ada . Fikir dan renungkan apa yang ada . Monolog Sufi melalui pertemuan mata bagai difahami oleh Ani . Namun Sufi masih belum mengetahui sejauh mana dan seserius mana semua ini .

**********************************************************************************

"PILIHAN KELUARGA ATAU PILIHAN SENDIRI ???"

    Status update dari Sufi mencecah jawapan yang beraneka warna dari sahabat alam maya . Ada yang menyokong ada yang membantah . Namun segalanya membuatkan Sufi berfikir lebih panjang dan matang dalam membuat pilihan .
     ISTIKHARAH CINTA . Ya . Itu adalah jawapan yang diterima dari sahabatnya . Hati manusia itu ada pada Sang Pencipta . Maka tanya Perekanya apakah yang terbaik demi memenuhi rasa jiwa dan cinta .
      :Nisah wei . aku ad mslh la .hurm : Send . Butang ditekan . Menghantar mesej kepada teman yang berlainan jantina ........

......................................
.......................................
......................................

      :Pehal wei ?Aku dalam kuliyah nih . Tapi takpe .. Bosan juga doe dalam mende ni . Ha story kat aku : Balasan yang diterima membazirkan waktu 10 minit menunggu . Masa bergerak lambat di pihak Sufi .
      :xde la kn . mk ayh aku bwk aku pg rmh kwn dia . srh aku kawen dgn ank dia . ad k ptut ? aku xknl2 pun pmpuan tu :( : Nisah . sahabat sehati sejiwa . Walaupun perkenalan mereka singkat . Namun dia menemui wanita ini seorang yang berpandangan luas . Tidak kurang juga sentiasa memberikan semangat yang bermotivasi .
      :Wei come tak perempuan tu ? Kalau comel ambik je la . Apa susah kan ? Kau jugak yang gila comel dari dulu lagi . : Agak sakit hati membaca . Namun itu yang menaikkan moral Sufi . Sentiasa cheer up dan happy-go-lucky .
      :bukan la . kau xphm nisah . aku xsedia lagi utk smua ni . lgpn ht aku kt org lain . mn aku mmpu sdgkn aku ska YAM : Sukar hati mengakui telah berkurun lamanya diculik namun Sufi tetap akur hatinya lumpuh kepada wanita bernama Maryam . Namun hasrat hatinya pernah diluahkan kepada empunya tubuh . Bagai dihentam halilintar , dia ditolak 3 tahun yang lepas secara mentah-mentah . Dengan berstatus lelaki playboy , Sufi merasakan egonya bagai dihempas . Segala wanita yang diingini sentiasa mendamping ketika dicairkan dengan kata-kata manisnya . Namun berbeza dengan Maryam , wanita itu tetap dengan prinsip dan visi yang tersendiri .
       :Yam ?Hurm aku tak tahu la .Kenapa kau tak cakap sendiri kat Yam kau suka dia ?At least kau dh dapat tahu jawapan dari dia . Tak de la aku tengok kau seksa . Dah 3 tahun Sufi . Aku tengok kau tak give up pon kat Yam : Masa berlalu pantas . 3 tahun Sufi mencintai wanita bernama Maryam dalam diam . Namun itu yang dipendam . Selama 3 tahun hatinya tertutup dari menyukai mana-mana wanita yang hadir .
        :kau xkn fhm nisah . aku xsggp kcwa lg . i'm not full mentally prepared . aku dh prnh kna tlk dgn dia dulu . aku xsggp prsaan aku kcwa . aku xpe kcewa . tp aku xnk tgk ht aku sedih lagi : Ya . Ditolak secara mentah-mentah 3 tahun yang lepas cukup memeritkan hatinya . Peristiwa itu memberi kesan yang mendalam dalam hidup Sufi . Hayatnya berubah 360 . Mula berubah secara perlahan-lahan menuju lelaki yang soleh . Hatinya tetap tidak mampu lari dari menghambat perasaan yang sentiasa bertambah dari hari ke hari .
      :Erm . Tapi kau nak buat ape ?Kau istikharah la Sufi . Pegi buat cepat . Aku ada kuiz esok . Tak leh nak ms8 kau lama2 . K salam . Buat tu istikharah :





************************************************************************************


    Sufi melabuhkan hatinya untuk Illahi . Memohon agar diberi segala yang terbaik di dalam hidupnya . Itulah gunanya istikharah . Jika jawapan tidak diingini maka itulah yang terbaik .Jika jawapan kena dengan hati maka itu juga yang terbaik .



Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan jodohku baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.





     Jika termaktub aku sebagai penemanmu di dunia dan syurga , Maka Ya Allah satukanlah aku walau apa yang terjadi dengannya . Sucikanlah aku dari was was dan segala anasi yang mengucar kacir hati ku dari membuat pilihan . Semaikan rumah tangga aku dengan bunga cinta dan kuntuman rindu . Taburkan benih sayang dan biarkan kelopak kasih kepada Mu bebas berterbangan di ruangan perkahwinan kami . Hati kami ini hanya layak sebagai hamba bukan sebagai raja . Maka jadikan cinta kami ini akar kepada tunjang kasih kepada Mu . Berikan kami ketabahan dan kesabaran jika rumah tangga kami dihentam bada dan dipulas puing masalah yang menimpa . Berikan kami hati yang sentiasa redha dengan harta , rezeki dan juga apa-apa yang ada pada kami . Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah .
  
-Masih menanti Maryam 
-If u were a tear , i dont want to cry because i might lost you forever .
    
Sufi melelapkan mata di atas sejadah . Berharap agar jawapan berbentuk mimpi muncul mencuit dan menenangkan hati yang gundah .
    



1 comment: