"Bersabarlah . Kerana sabar itu sifat yang disukai Allah"

Saturday, March 24, 2012

berhikmah ,dan berhemah ,dua perkara berbeza namun mempunyai tujuan sama .

Assalamualaikum ..



-kadang-kadang kita akan tersenyum untuk menyembunyikan kesedihan .kadang-kadang kita tertawa untuk menyembunyikan kesedihan .kadang-kadang berpura kuat untuk menghilangkan kesakitan- +quoted+

   Sepatutnya semakin kita kearah dewasa semakin kita menjana fikiran kearah kepimpinan . Bukanlah untuk menjadi seorang hamba yan lemah ditujah angin perbezaan . Sepatutnya juga kita semakin cakna kepada isu-isu kemasyarakatan dan hal-hal yang berkaitan dengan globalisasi . Arus globalisasi pada zaman ini semakin lama semakin menyimpang dari kemaslahatan dan ketamadunan asalnya . Mahasiswa/wi pada zaman ini seharusnya lebih berwaspada dan tekun dalam mengkaji kesinambungan dan kejayaan-kejayaan para ilmuan terdahulu demi melangkah setapak kehadapan dan mengharungi era intelektual ini . Jurang persaingan semakin lama semakin membesar dan persaingan semakin sengit dek arus kemajuan yang semakin maju menuju negara yang berwawasan .


-kearah menajamkan fikiran dan minda .ketika itulah banyak dugaan singgah .

No comments:

Post a Comment